Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, August 1, 2010

Day 32 & 33 Turkmenistan: Ashgabat

Due to language prob & miss comm between the Turkmen's police escort and us, instead of Turkmenabat is our destination, we end up in Bayram-Ali. Hahahaha! Wil be leaving to Ashgabat at 2pm M'sian time. Again, we are 1 day ahead. Spend xtra nite in Ashgabat.
 SMS di terima 1:00pm (waktu Malaysia) 1 Ogos, 2010
31 July 2010, the EM1M reached the 10000th km counter fm KL to London somewhere in the middle of Turkmenistan DESERT! Thank God! Keep praying for us.
 SMS di terima 1:10pm (waktu Malaysia) 1 Ogos, 2010
Genap sebulan yg lalu EM1M bermandikan hujan dr Kuala Kangsar. Hari ini kami bermandi peluh merentasi gurun dr Bayram-Ali menuju ke Ashgabad, Turkmenistan. Terkehadapan 1hari, jadinya EM1M boleh bermalam di sini selama 2 malam. 3 Ogos akan memasuki negara Iran di pintu sempadan Bajgiran. Salam kerinduan dr EM1M.
  SMS di terima 10:03pm (waktu Malaysia) 1 Ogos, 2010
Our special thanks to Mr Ambassador Abd Aziz Harun and Malaysian Embassy staff in Tashkent who made our journey smooth as silk. And not to forget, our old timer biker - Mr Zaki @ Newrider @ Mullah who shared the contacts in Ashgabat with EM1M! THANK YOU VERY MUCH! May Allah bless u always!
SMS di terima 10:33pm (waktu Malaysia) 1 Ogos, 2010


Turkmenistan Turkmenistan
Turkmenistan Turkmenistan

Terpukau dengan keindahan 'bandar marmar' Ashgabat

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

ASHGABAT (Turkmenistan) 4 Ogos - Ashgabat dalam bahasa Turkmen bermaksud 'bandar cinta' dan anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang pertama kali berada di negara ini juga tidak dapat mengelak untuk jatuh cinta dengan keindahannya.

Rasa kagum kami dengan Ashgabat tidak dapat dibendung sewaktu kami dibawa menyusuri jalanraya kawasan bandar barunya oleh seorang pemuda tempatan bernama Shokrat yang merupakan rakan kepada bekas Pengurus Carigali Petronas, di sini, Zaki Ibrahim.

Berada di bandar ini dirasakan umpama berada di Putrajaya dengan deretan bangunan yang menampilkan seni bina unik menggunakan marmar sepenuhnya sehingga ia diberi jolokan 'bandar marmar".

Membezakannya dengan Putrajaya ialah suasananya lebih sibuk walaupun pada waktu malam selain dipenuhi bangunan apartment dan kondo mewah yang kelihatan umpama hotel lima bintang.

Bangunan-bangunan kerajaan yang disirami limpahan lampu bewarna-warni benar-benar mengasyikkan cuma sayangnya kami tidak berpeluang untuk merakamkan gambar kerana perbuatan berkenaan dianggap sebagai satu kesalahan.

Pengalaman berada di Ashgabat benar-benar membuka mata kami mengenai kekuatan ekonomi Turkmenistan walaupun pada mulanya kami beranggapan ia hanyalah negara yang 'tiada apa-apa' kerana di sepanjang perjalanan ke sini, di kiri dan kanan kami hanyalah kawasan gurun yang tandus.

Tanpa bantuan Shokrat dan Zaki, pastinya kami hanya terperap di bilik hotel dan terlepas peluang menikmati keindahan sebenar Ashgabat yang merupakan bandar tercantik yang pernah kami singgahi di sepanjang ekspedisi setakat ini.

Turut mencuri perhatian kami ialah semua kereta peronda polis yang digunakan di Ashgabat ialah kereta mewah Mercedes C280 - bagaikan menjadi pelengkap kepada kehebatan 'bandar marmar'.

Sementara itu, perjalanan kami dari Bayramaly bermula tepat pukul 11 pagi juga diiringi oleh sebuah kereta peronda polis yang menjadikan kami seperti 'orang tawanan' kerana mereka tidak mahu berhenti walalupun Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim berulang kali memberikan isyarat perlu berhenti untuk makan tengahari.
Walaupun umpama 'orang tawanan', kami diberikan layanan bertaraf VIP di atas jalan raya kerana semua kenderaan lain akan berhenti apabila mendengar siren kereta peronda dibunyikan.

Adakalanya kenderaan yang berhenti utnuk memberi laluan kepada kami hampir terlibat dalam kemalangan kerana ia dilakukan dengan mengejut.

Selepas beberapa kali memberi isyarat tangan untuk makan tengahari, kira-kira pukul 3 petang barulah kami mendapat peluang berkenaan selain dibawa ke sebuah stesen minyak untuk mengisi semula petrol yang beharga tidak sampai RM1 seliter. 

Pemandangan di bandar Ashgabat, ibu negara Turkmenistan, 2 Ogos 2010.
Turkmenistan Turkmenistan Turkmenistan
Turkmenistan Turkmenistan Turkmenistan

1 comment:

  1. Salam....selamat meneruskan perjuangan! Salam kerinduan dari famili di penang n semua di Ma'sia buat Capt.Azizi n team
    Wslm

    ReplyDelete