ANKARA (Turki) 12 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia
(EM1M) menyambut ketibaan 1 Ramadan semalam dengan melakukan perjalanan sejauh
340 kilometer (km) dari Amasya ke ibu negara republik ini.
Ia bukan perjalanan yang mudah bagi Ketua Ekspedisi, Kapten
Azizi Hashim dan penulis yang berpuasa kerana cuaca agak panas sehingga kami
berdua nyaris-nyaris meneguk air mineral yang dibawa.
Mujurlah perjalanan semalam membabitkan jarak yang pendek
dan kami tiba di sini kira-kira pukul 3 petang, jika ia perjalanan jarak
jauh pastinya kami akan menggunakan kelonggaran yang diberikan untuk orang yang
bermusafir.
Kemeriahan ibadah puasa di Turki tidak begitu dirasakan,
mungkin kerana kami terlalu membandingkan suasana di tanah air yang sebenarnya
terasa lebih meriah hanya kerana pesta makanan di bazar Ramadan.
Waktu berpuasa di sini agak panjang dengan imsak pada pukul
4.15 pagi manakala waktu berbuka puasa pula pada pukul 8.18 malam.
Sebagaimana di Iran, di sini juga umat Islam yang tidak
berpuasa bebas untuk makan di tempat terbuka tidak seperti di Malaysia yang
mempunyai pemantauan ketat walaupun kerajaanya dilabelkan sebagai tidak islamik
oleh pihak tertentu di dalam negara.
Dalam perkembangan berkaitan, EM1M juga tidak berdepan
dengan masalah untuk 'menawan' bandar kedua terbesar di Turki ini kerana
pengguna jalan rayanya boleh dikatakan agak bertimbang rasa dengan suasana
trafik menyamai Kuala Lumpur.
Dengan bantuan GPS, kami langsung tidak bermasalah untuk
mencari Kedutaan Malaysia yang terletak di Gaziosmanpasa sebelum menuju ke
sebuah hotel berdekatan yang telah ditempah oleh pihak kedutaan.
Bagaimanapun kami diberi ingatan oleh rakan-rakan yang
pernah menunggang motosikal di Turki bahawa lalu lintas di Istanbul pastinya
akan 'memeningkan' kepala kerana ia sesak tidak kira malam atau siang.
Sementara itu, kelmarin, pasukan EM1M meninggalkan Kelkit
pada pukul 8 pagi dan tiba di Amasya lewat petang walaupun jarak perjalanan
hanyalah 370 km kerana terlalu banyak berhenti rehat.
Amasya walaupun sekadar bandar kecil, ia berada dalam kelas
yang tersendiri kerana menyaksikan kelahiran ramai raja dan permaisuri, artis,
saintis, penyair dan pemikir daripada Raja Pontus kepada pakar geografi,
Strabio sehinggalah beberapa generasi pemerintah Empayar Uthmaniyyah.
Ia juga merupakan lokasi mesyuarat terakhir oleh Mustafa
Kemal Atatürk untuk membentuk angkatan askar Turki dalam usahanya menubuhkan
sebuah republik berikutan keruntuhan Empayar Uthamaniyyah.
Pemandangan di Amasya, Turki |
Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu
menuju ke
Ankara, Turki |
kat Malaysia pun panas terik jah. Petei2 gak, terjelepuk tok tehei panas.
ReplyDeleteSemoga tabah mengharungi perjalanan sepanjang bulan Ramadhan ini...
ReplyDelete