Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, August 22, 2010

Pasukan EM1M 'duta' negara

saiful haizan hasam

VIENNA (Austria) 21 Ogos - Kedutaan Malaysia di Budapest menyatakan rasa bangga dengan inisiatif pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang disifatkan sebagai duta kecil yang berperanan menonjolkan nama negara di mata dunia.

Duta Besar Malaysia ke Hungary, Datuk Kamilan Makson berkata, penganjuran EM1M adalah satu idea yang bernas kerana pesertanya menyalurkan minat terhadap aktiviti bermotosikal untuk manfaat negara.
Katanya, lebih dikagumi ialah kos eskpedisi ke 17 buah negara ditanggung sendiri oleh pasukan EM1M kerana tidak ramai yang sanggup berbuat demikian untuk menaikkan imej Malaysia.

"Peranan untuk memperkenalkan Malaysia bukan sahaja tugas kedutaan di luar negara malah semua rakyat Malaysia boleh memainkan peranan umpamanya melalui ekspedisi segini.

"Pasukan EM1M kini berada di negara-negara membangun, tunjukkan kehadiran anda bahawa anak Malaysia juga boleh setanding dengan mereka walaupun berada dalam kategori negara membangun," katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Pasukan EM1M tiba di Budapest lewat petang Rabu lalu dan bermalam di kediaman rasmi Kamilan selama dua malam selain berkesempatan untuk berbuka puasa dan bersahur bersama pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di sana.

Dalam pada itu, Kamilan berharap inisiatif pasukan EM1M dapat memberi inspirasi kepada kepada generasi muda untuk tampil dengan idea tersendiri bagi membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.

Lebih penting katanya, pasukan EM1M berjaya membuktikan bahawa 1Malaysia bukannya semata-mata impian malah ia sudah direalitikan melalui kejayaan menggabungkan peserta yang berbilang bangsa untuk sama-sama menghadapi cabaran.

"Penglibatan berbilang kaum dalam apa jua perkara yang dilakukan perlu diteruskan oleh rakyat Malaysia , saya terharu melihat keakraban dan solidariti yang wujud antara anggota pasukan EM1M.

"Saya harap keakraban sebegini dapat diterjemahkan dalam konsep yang lebih besar untuk kebaikan rakyat Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, pasukan EM1M dilepaskan oleh Kamilan dari kediamannya bagi sektor perjalanan Budapest ke Vienna, Austria tengahari semalam disaksikan oleh isterinya, Datin  Zubaidah Abdullah; Ketua Canseri, Sharifah Ezneeda Wafa; Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Belgrade, Amiza Fadzli Rajali; Setiausaha Ketiga, Ahmad Salman Mansor dan kakitangan kedutaan yang lain.

Kamilan kemudiannya mengetuai konvoi kakitangan Kedutaan Malaysia untuk mengiringi pasukan EM1M meninjau sambutan Hari Kebangsaan Hungary yang disambut semalam sebelum berpisah di sebuah stesen minyak di pinggir Budapest.

EM1M merupakan projek ekspedisi bermotosikal ke 17 buah negara bagi mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dan untuk menyumbang secara online, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334.

Hungary
Pasukan EM1M bersama pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia diketuai oleh Datuk Kamilan Makson (memegang bendera) di Budapest, Hungary
HungaryHungary
Pasukan EM1M bersama Datuk Kamilan Makson, isterinya, Zubaidah Abdullah, pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Budapest, Hungary
20 Ogos, 2010.

Hungary Hungary
Hungary Hungary
Hungary Hungary Hungary
Pasukan EM1M berkunjung kedai pengedar Kawasaki di Budapest.

Di sebelah kiri sungai Danube ialah Buda dan di sebelah kanan poula Pest,
digabungkan menjadi satu bandar bernama Budapest.
Hungary Hungary Hungary
Hungary Hungary Hungary Hungary
Hungary Hungary Hungary
Hungary Hungary Hungary
Hungary Hungary Hungary
Hungary Hungary
Suasana di Budapest yang disifatkan oleh Duta Besar Malaysia ke
Hungary, Datuk Kamilan Makson sebagai bandar hasil kerja  seni.

No comments:

Post a Comment