Maklumat dan sumbangan sila layari:


Saturday, July 31, 2010

Day 31 Turkmenistan: Turkmenabat

Salam tuan/puan kepada Imam Al Bukhari telah kami sampaikan. Left Samarqand to Turkmenabat. No fuel supply in Samarqand. Utilized our emergency fuel. Another 380km to go. Pray for us. Tq
SMS di terima 12:58pm (waktu Malaysia) 31 Julai, 2010
EM1M juz clrd the Uzbek's border clearance. Nxt wil be Turkmenistan border. Hope everything running smoothly. Keep praying for us!
 SMS di terima 7:51pm (waktu Malaysia) 31 Julai, 2010
Wohoo! It's took us juz 1.5 hours to clear 2 borders, Uzbek n Turkmenistan! Thank you very much to Wisma Putra n Malaysian Embassy in Tashkent! Great job done. SALUTE! Arvd Turkmenabat, Turkmenistan!
SMS di terima 9:55pm (waktu Malaysia) 31 Julai, 2010

Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan
Turkmenistan

Pasukan EM1M dikawal ketat polis Turkmenistan

Friday, July 30, 2010

Day 30 Uzbekistan: Samarqand

We are leaving the hotel and heading to Samarqand. 320 km away fm Tashkent. Oil changed done. Our horses are fully ready to follow our next instruction.
SMS di terima 9:33am (waktu Malaysia) 30 Julai, 2010
Here we come! The Historical land of Samarqand. Safely arvd here. Clocked 310 km fm Tashkent. 36 deg C.
 SMS di terima 4:25pm (waktu Malaysia) 30 Julai, 2010

Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan

EM1M di bandar bersejarah Samarkand


saiful haizan hasam/pix
saiful.hasam@utusan.com.my

ASHGABAT (Turkmenistan) 2 Ogos  - Selepas 9,600 kilometer (km) meninggalkan tanah air sebulan yang lalu, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) petang Jumaat lalu tiba di Samarkand, Uzbekistan yang pernah menjadi saksi kegemilangan Islam di Asia Tengah.

Samarkand bermaksud tempat pertemuan kerana lokasinya terletak di pertengahan Laluan Sutera yang menjadikannya sebuah bandar yang sibuk dengan urusan jual beli antara pedagang dari Timur Tengah dan China pada era kegemilangnnya.

Menurut pemandu pelancong kami yang dikenali sebagai Akmal, kawasan bandarnya pada masa itu jauh lebih besar daripada sekarang namun ia telah dimusnahkan sewaktu penaklukan Genghis Khan.

Bagaimanapun selepas 2012, suasana Samarkand dijangka berubah kerana pihak berkuasanya telah menggariskan pelan penyusunan semula yang sedang giat dilakukan dengan pembinaan bangunan-bangunan baru.

Besar atau kecil bandarnya tidak menjadi satu persoalan yang besar kerana tarikan utamanya ialah tinggalan sejarah kegemilangan Islam yang boleh dilihat di segenap ceruk  Samarkand.

Walaupun kesuntukan masa, kami berpeluang melawat beberapa tarikan pelancongan seperti tugu Emir Timur yang merupakan seorang pemerintah selama 40 tahun pada kurun ke-11.

Emir Timur yang dimakamkan di sini, turut membina beberapa buah masjid besar dengan yang paling terkenal ialah Masjid Bibi Khanum- sebuah masjid yang dibina bagi mengenang isteri ke empatnya.

Turut kami kunjungi ialah Rajestan, sebuah kompleks yang menempatkan tiga buah pusat pengajian tersohor yang dibina pada kurun ke 15 dan 17 sewaktu era kegemilangan Samarkand.

Senibinanya amat halus dan berkualiti tinggi sekaligus menggambarkan ketinggian ilmu arkitek-arkitek Islam terbaik yang dibawa dari seluruh dunia oleh Emir Timur ke Samarkand.

Sementara itu, perjalanan EM1M semalam bermula dari Tashkent tepat pukul 9 pagi diiringi kereta peronda polis yang dipanggil 'Militsiyasi' kerana ia merupakan peraturan yang dikenakan terhadap ekspedisi berkenderaan membabitkan rakyat asing.

Walaupun perjalanan sejauh 320km itu diringi kereta peronda polis pada setiap masa, kami tidak boleh mengambil mudah dengan keadaan lalu lintasnya kerana corak pemanduan rakyat Republik Uzbekistan tidak sama dengan rakyat Kazakhstan yang jauh lebih berhemah.

Khidmat kereta peronda berkenaan pula bukannya percuma malah sejumlah besar wang terpaksa diperuntukkan untuk tujuan itu walaupun kami sebenarnya lebih selesa untuk bergerak secara bersendirian. 

Wednesday, July 28, 2010

Day 28 & 29 Uzbekistan: Yallama, Tashkent

At YALLAMA. Kazakh-Uzbek border. Clearing our documents. Welcome to Uzbekistan Republikasi tertera d papan tanda.
 SMS di terima 1:44pm (waktu Malaysia) 28 Julai, 2010
Safely chk in at La Grande hotel in Tashkent, Uzbekistan. Turkmenistan's visa obtained. Hooray! Tqvm to the Malaysia Embassy in Tashkent. Tomoro is our off day. Laundry time! C ya
  SMS di terima 8:44pm (waktu Malaysia) 28 Julai, 2010
~~~~~~~~~~
Leaving the hotel heading to Malaysian Embassy in Tashkent for a courtesy visit to the H.E Mr Ambassador Abd Aziz Harun and staff.
SMS di terima 5:39pm (waktu Malaysia) 29 Julai, 2010


Pasukan EM1M bersama kakitangan sebuah stor syarikat bas yang menjaga motosikal kawasaki versys di Tashkent, Uzbekistan. 28 Julai 2010.

Suasana di Tashkent, Uzbekistan 28 Julai 2010.


Menara pemancar siaran televisyen yang merupakan menara tertinggi di Tashkent, Uzbekistan. 28 Julai 2010.

'Kaya' sekelip mata di Uzbekistan



Anggota pasukan EM1M bersama Abdul Aziz harun di Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan, Tashkent 29 Julai 2010.
Pasukan EM1M bergambar dihadapan Masjid Jamek yang berada dalam kawasan Hazrati Imom Maj'muasi di Tashkent, Uzbekistan 29 Julai 2010.


20100729-04 20100729-05 20100729-06 20100729-07 20100729-08 20100729-09 20100729-10 20100729-12 20100729-13 20100729-15

Kedutaan Malaysia di Uzbekistan prihatin



Tuesday, July 27, 2010

Day 27 Kazakhstan: Taraz to Shymkent

Sempadan Uzbekistan telah kami hampiri. Selamat tiba di Shymkent, Kazakhstan. Cuaca mulai panas. Esok jam 10am waktu Uzbekistan insyaallah kami tiba di Khodja Khan, sempadan Uzbek. Salam dr kami utk semua di mana jua berada. Teruskan doa tuan/puan. Capt Azizi.
  SMS di terima 4:50pm (waktu Malaysia) 27 Julai, 2010


Pasukan EM1M sewaktu tiba di Taraz, Kazakhstan 26 Julai, 2010.

Pasukan EM1M sewaktu menuju ke Taraz, Kazakhstan 26 Julai, 2010.

Makan tengahari dengan nasi lemak yang disediakan isteri Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datin Jenny Saw sewaktu menuju ke Taraz 26 Julai, 2010.

~~~~~~~~~~

Azizi Hashim menandatangani buku autograf anak seorang pemilik stesen minyak di Taraz, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Chua Chern Kwang menaiki seekor keldai sewaktu dalam perjalanan ke Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Seorang peniaga makanan menunjukkan daging kuda yang telah dimasak sewaktu pasukan EM1M dalam perjalanan ke Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Pasukan EM1M sewaktu berada di tempat tinggi berdekatan Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Kazakhstan tersemat dalam hati

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

SHYMKENT (Kazakshtan) 27 Julai - Hari ini merupakan hari kelima pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M)  berada di Republik Kazakhstan dan esok jika perancangan berjalan dengan lancar, kami akan memasuki Uzbekistan.


Walaupun tempoh penjelajahan di negara ke sembilan terbesar di dunia ini amat singkat dan hanya membabitkan jarak kira-kira 1,300 kilometer (km), terlalu banyak kenangan tersemat dalam hati anggota pasukan EM1M khususnya sikap memuliakan tetamu di kalangan rakyatnya.

Sebagai contoh, dalam perjalanan ke Taraz daripada Almaty semalam, anggota pasukan EM1M tidak putus-putus menerima lambaian daripada penduduk kampung dan pemandu kenderaan yang berkongsi laluan dengan kami.

Mereka kelihatan begitu seronok menerima kehadiran pasukan EM1M dan sebagai menghormati sapaan mereka, kami turut membalas lambaian mereka setakat yang termampu.

Khidmat penunjuk arah 'percuma' untuk mencari hotel juga tidak sukar untuk diperoleh, semalam seorang usahawan muda, Tigay, 22 , yang kami temui di satu persimpangan lampu isyarat di Taraz menghulurkan bantuannya. Tigay turut menjemput kami mengunjungi kelab esklusif miliknya yang diberi nama Infinity -
tempat berkumpul anak-anak muda daripada keluarga berada di sekitar Taraz.

Penulis dan Maxwell Ripin yang memenuhi undangan berkenaan bagi pihak EM1M terkejut besar apabila Tigay secara peribadi melayan kami di kelab miliknya  walaupun baru sahaja beberapa jam berkenalan secara tidak sengaja.

Menyedari kami segan dilayan sedemikian, beliau yang fasih berbahasa Inggeris berkata "Jangan risau, anda tetamu saya di Taraz,".

Tigay juga meninggalkan kelabnya dan membawa kami berdua menikmati keindahan suasana malam di sekitar bandar berkenaan menaiki sebuah kereta mewah miliknya sehingga kami tertanya-tanya, adakah seorang usahawan muda yang amat sibuk di Malaysia akan memberikan layanan sedemikian kepada rakyat asing yang baru dikenali.

Perjalanan kami hari ini dari Taraz ke sini turut menerima kejutan apabila anak kepada pemilik sebuah syesen minyak yang kami singgahi menghulurkan buku autograf kepada Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim.

Kejutan berkenaan membuatkan kami menyedari bahawa sikap memuliakan tetamu oleh rakyat republik ini sukar ditandingi sebagaimana cantiknya anak-anak gadis Kazakhs sehingga ayat dalam bahasa Russia pertama yang kami hafal ialah : "Devushka, ochen krasivaya"" (Adik, kamu sungguh cantik).

Monday, July 26, 2010

Day 26 Kazakhstan: Almaty to Taraz.

We are 400km to the west of Almaty. Another 150km to Taraz. Enjoyed our late lunch "tapawed" by Datin Jenny, the Ambassador's wife at Merke bus stop. Burrppp... Tqvm Datin!
SMS di terima 6:04pm (waktu Malaysia) 26 Julai, 2010
EM1M now in Taraz, Kazakhstan. Clocked 570 km for today fm Almaty. Arnd 350 km away fm Tashkent, Uzbek.
 SMS di terima 10:11pm (waktu Malaysia) 26 Julai, 2010



Nasi lemak 'Almaty' pengubat rindu tanah air



Saturday, July 24, 2010

Day 24 & 25 Kazakhstan: Almaty

Wohoo! Another 80 km to Almaty! Superb weather and driving ethics. Not forgetting, beautiful blondes too. Ahaa.. Fuel is cheaper than water. Dushhh..
 SMS di terima 12:02pm (waktu Malaysia) 24 Julai, 2010
Safely arvd Almaty. Disambut oleh Tuan Mohd Irfan Zulkurnain, Setiausaha Kedua, Kedutaan Malaysia di Almaty. Dan kami "mati kutu" baca signboard tulisan Rusia. Thank god local rider sudi membantu kami.
 SMS di terima 2:28pm (waktu Malaysia) 24 Julai, 2010
~~~~~~~~~~~
Salam dari EM1M di Almaty, Kazakhstan. Zon waktu 2 jam lewat dr M'sia. Hari ini hari rehat utk kami di sini. Insyaallah jam 8am esok kami akan menghala ke Merke dan makan malam kami hari ini akan dihoskan oleh Duta Malaysia di Kazakhstan, Datuk Saw dan Datin Jenny di kediamannya. Tq in advance Datuk.
 SMS di terima 2:38pm (waktu Malaysia) 25 Julai, 2010

Seorang pegawai kastam China menyerahkan pasport anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) selepas berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan di pintu sempadan Korgos, China, Jumaat 23 Julai 2010.

~~~~~~~~~~~

  Perhentian bas inilah yang menjadi tempat tidur anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu menuju ke Almaty, Kazakshtan 24 Julai 2010.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersama rakyat tempatan sewaktu dalam perjalanan ke Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) di sebuah gerai menjual keju sewaktu dalam perjalanan ke Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar bersama Anbert (dua dari kanan) dan Muhd. Irfan Zulkurnain di Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.

Muhd. Irfan Zulkurnain (dua dari kiri) membawa anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) melawat bangunan Kedutaan Malaysia walaupun ia ditutup kerana cuti hujung minggu di Almaty, Kazakhstan  24 Julai 2010.

~~~~~~~~~~

Pasukan EM1M bersama Muhd. Irfan Zulkurnain sewaktu menimati pemandangan bandar Almaty dari puncak Kok Tobe, Kazakhstan 25 Julai 2010.

Pasukan EM1M bersama Datuk Saw Ching Hong di kediaman rasminya di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.

Pasukan EM1M mengabadikan kenangan bersama Datuk Saw Ching Hong (tiga dari kiri) dan Datin Jenny Saw (empat dari kiri) di hadapan kediaman rasmi mereka di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.

Pasukan EM1M yang begitu teruja menikmati nasi lemak di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia, Datuk Saw Ching Hong di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.

Datin Jenny Saw (dua dari kanan) melihat video yang dirakam pasukan EM1M di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.

EM1M jatuh cinta dengan kemesraan rakyat Kazakhstan