Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, July 7, 2010

Day 6 CHINA: MOJIANG - KUNMING

Check out Mojiang at 9am.
Check in Kunming at 10pm.
13hrs for 345km.
This is what we're looking for. 80% OFFROAD.
Yehaaa! We are in Kunming now. DINNER time!
SMS yang telah diterima 11.25pm (waktu Malaysia) , Selasa 6 Julai 2010
SMS received at 11.25pm(Malaysian Time), Tuesday 6th July 2010 


Total travel: 3,445km


Pengarah Teknikal Ekspedisi Merdeka 1Malaysia menujukkan keadaan jalan yang ditempuhi sewaktu menuju ke Kungming, China.


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia bergambar sewaktu berada di puncak laluan  lereng bukit sewaktu menjuju ke Kungming, China.


Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia, kapten Azizi hashim dan (kiri) dan Chua Chern Kwang menunjukkan buah mangga yang diborong mereka di China.


Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia, kapten Azizi hashim dan (kiri) dan Chua Chern Kwang sewaktu tawar menawar hrga buah mangga di China.


Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia, kapten Azizi hashim dan (kiri) dan Chua Chern Kwang tidak melepaskan peluang untuk memborong buah mangga yang hanya beharga RM15 sebakul di China.

LAPORAN

Debu, lopak dan kerikil jadi peneman EM1M ke Kunming

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

KUNMING (China) 7 Julai - Di hadapan kami terbentang jalan tidak berturap dan berlopak. Debu-debu yang menyesakkan pernafasan dan membataskan pandangan beterbangan di ruang udara apabila jalan kecil itu dilalui lori-lori besar yang bertali arus.

Sah, cabaran ekstrem di China telah bermula hanya selepas kira-kira 30 kilometer (km) meninggalkan bandar Mojiang, semalam. Sambil menunjukkan isyarat tangan supaya berhati-hati, Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M), Azizi Hashim mula melalui jalan berkenaan diikuti Maxwell Ripin, penulis dan Chua Chern Kwang.

Kelajuan motosikal Kawasaki Versys 650 kami cuma 20 km/sejam, gegaran kuat di tangan akibat permukaan jalan yang layak dikategorikan 'off road' itu begitu menyeksakan. Acapkali juga kami hampir terjatuh apabila tayar tergelincir atau hilang imbangan apabila terjatuh ke dalam lopak.

Penulis yang tidak pernah menunggang dalam keadaan yang seekstrem itu pada mulanya agak tertekan namun tunjuk ajar Chern Kwang yang merupakan penunggang dan mekanik berpengalaman banyak membantu.

Adakalanya, hati terasa begitu sakit apabila melihat di sebelah laluan yang digunakan, terdapat jaluran lebuh raya yang lengang daripada lalu lintas. Namun apa boleh buat, peraturan kerajaan China yang mengharamkan motosikal melaluinya terpaksa dipatuhi.

Peluang menunggang di laluan Yuang Jing, Eshan dan Yuxi semalam benar-benar memberi pengalaman berguna kerana kami tidak tahu apa yang menanti dalam perjalanan ke destinasi seterusnya di republik ini. Kami bernasib baik kerana motosikal Kawasaki Versys 650 yang digunakan mampu mendepani cabaran berkenaan dengan baik dan mempunyai karakter yang mudah untuk dikawal sewaktu berdepan dengan situasi mencemaskan.

Mungkin kerana perlu memerah kudrat, sebelum tiba di sektor jalan rosak teruk itu kami ditakdirkan melalui sebuah pekan kecil yang sibuk dengan peniaga buah mangga yang terkenal kaya dengan gula yang boleh memberikan kami tenaga selepas enam hari berlepas dari Kompleks Sri Utusan, Bangi.

'Geram' melihat harganya yang amat murah iaitu RM15 untuk sebakul besar buah mangga, kami memborongnya untuk dijadikan buah tangan kepada Konsul Muda Malaysia di Kunming, Sarizal Ramli yang banyak membantu urusan kemasukan EM1M ke China sebelum ini.

Di sepanjang perjalanan, kami dapat melihat bagaimana petani-petani baik lelaki mahupun wanita begitu gigih mengusahakan tanaman pisang, jagung, tembakau dan teh sehingga boleh dikatakan hampir tiada tanah yang terbiar kosong.

Selepas 13 jam meninggalkan Mojiang, barulah kami tiba di Kunming yang terletak pada ketinggian 1,895 meter dari aras laut. Suhunya agak dingin, namun kedinginan itu tetap membuatkan kami 'berpeluh' melihat kelajuan kenderaaan yang menggunakan lampu tinggi pada setiap masa.


Kerana ketiadaan maklumat daripada sistem pengesanan global (GPS) dan pemandu pelancong yang kami gunakan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Azizi mengambil keputusan untuk menyewa sebuah teksi untuk menjadi penunjuk arah ke Hotel Sakura, tempat kami bermalam yang turut menempatkan Pejabat Konsulat Malaysia.

Amirul HM b/p (for) EM1M

No comments:

Post a Comment