Maklumat dan sumbangan sila layari:


Saturday, July 3, 2010

Day 1 - Sri Utusan ke Patthalung

Pelepasan kami di Kompleks Sri Utusan telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan selaku Penaung EM1M ini. Jutaan terimakasih dari kami di atas kesudian YB Datuk Seri untuk menghadirkan diri serta menyumbangkan sebuah perpustakaan untuk anak yatim bernilai RM 50,000.

Terimakasih dan tahniah juga kepada Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Pelepasan tersebut. BRAVO dan TERIMAKASIH juga kepada mereka yang hadir!!!

Kepada sahabat-sahabat yang setia menunggu kami di Simpang Pulai, Juru dan Changloon juga tidak kami lupakan. TERIMAKASIH!

Destinasi kami yang pertama sepatutnya menuju ke Thung Song, Thailand dengan jarak perjalanan 700km, namun hujan lebat/rahmat telah menemani kami dari Kuala Kangsar sehinggalah Patthalung.

Demi keselamatan, saya telah membuat keputusan untuk memberhentikan perjalanan EM1M setakat Patthalung sahaja. Jarak yang ditempuhi untuk hari pertama adalah 600km mengambil masa selama 10 jam.

Mohon didoakan keselamatan kami semua.

Wassalam
Ketua Xpedisi
Nakhon Pathom

1 comment:

  1. Selamat Pg/ptg kpda semua pserta xpdc..diharap anda semua sihat2 belaka dan tbah hadapi cabaran krana anda membawa nma negara .... good luck too u all .... sya dcni mndoakan anda semua selamat pergi & selamat balik ....

    ReplyDelete