Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, July 5, 2010

Day 4: THAILAND, LAOS & CHINA

LAPORAN (Report) UTUSAN ON-Line

Pasukan EM1M sewaktu menyebrangi Sungai Mekong ke Laos

Azizi Hashim (kiri), Saiful Haizan Hasam dan Chua Chern Kwang sewaktu menyebrangi Sungai Mekong untuk ke Laos.

Azizi Hashim, Chua Chern Kwang dan Maxwell Ripin sewaktu berada di Laos.

Kawasaki Versys 650 dan rumah penduduk kampung di Laos

Azizi Hashim (kanan) dan Chua Chern Kwang merakamkan kenangan sebelum tiba di China

Saiful Haizan Hasam (kanan), Chua Chern Kwang dan Azizi Hashim bersama seorang penduduk tempatan di hadapan rumah ibadat di Houei Xai, Laos.

Kita sampai China

Kawasaki Versys sewaktu berada di tebing Sungai Mekong

Chua Chern Kwang (kiri) Azizi Hashim dan Saiful Haizan Hasam di hadapan pintu gerbang Mohan Port yang merupakan pintu masuk China dari arah selatan.


LAPORAN
Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

MENGLA (China) 5 Julai - "Tongkang tiada, hari ini Ahad, kalau mahu juga kena guna bot penumpang".

Maklumat daripada seorang petugas di Jeti Chiang Khong, semalam, benar-benar merentap semangat kami yang perlu memasuki China melalui Mohan Port pada sebelah petangnya. Alternatif yang ada pula sekadar bot penumpang bersaiz kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah motosikal pada setiap trip.

Kerana tiada pilihan, Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M), Azizi Hashim membuat keputusan untuk menggunakan bot berkenaan walaupun menyedari pelbagai risiko menanti semasa kami menyeberangi Sungai Mekong yang berarus kuat itu. Sewaktu kami sedang membuka bagasi dan tong tajaan GIVI Asia Sdn. Bhd. sebagai persediaan menaiki bot, secara tiba-tiba dari arah Laos datang sebuah tongkang yang membawa dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV). Kami berdoa agar tongkang berkenaan sudi membawa kami menyebrangi Sungai Mekong dan Alhamdulillah, rundingan yang dilakukan oleh Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang yang boleh berbahasa Thailand asas berjaya. RM400 bagi empat buah motosikal Kawasaki Versys dan semuanya selesai. Masa yang diambil untuk menyeberangi sungai terkenal itu hanya mengambil masa 15 minit.

Sejurus tiba di Houei Xai, Laos, Azizi memberikan sedikit taklimat mengenai corak pemanduan rakyat Laos, sistem pemanduan di sebelah kiri dan meminta semua anggota ekspedisi berhati-hati. Destinasi yang dituju ialah pintu keluar sempadan di Boten kerana kami sekadar melakukan transit di Laos. Pada permulaan perjalanan di kawasan berbukit bukau itu kami sudah diuji dengan keadaan jalan raya yang rosak dan masih daklam proses pembinaan. Batu-batu kerikil yang belum berturap menuntut kesabaran sewaktu menunggang namun ia pengalaman yang amat menyeronok kerana kami berpeluang menguji keupayaan Versys.

Selepas kira-kira 60 kilometer (km), tibalah bahagian yang menyeronokkan, jalan rayanya amat baik dan mempunyai terlalu banyak selekoh menarik yang pasti diidami oleh mana-mana penunggang motosikal. Keadaanya umpama jalan baru menaiki Bukit Tinggi di Pahang, cuma ia lebih luas. Namun Azizi telah memberi amaran keras, jangan sesiapa yang cuba menjadi hero, teknik tunggangan selamat mesti diamalkan kerana selekoh berkenaan terlalu banyak. Penulis tidak dapat membilangnya namun percaya ia melebihi 500 selekoh berturut-turut.

Pemandangan suasana desa dengan landskap berbukit bukau, sawah padi menghijau rumah tradisional Laos benar-benar menghilangkan kepenatan kami. Di sepanjang laluan berkenaan, anak-anak kecil begitu gembira melihat kehadiran kami dan hampir semua daripada mereka melambaikan tangan dan ada yang cuba mengejar anggota ekspedisi. Kami juga berpeluang menyaksikan cara hidup masyarakat desa di Laos yang begitu tebal dengan semangat bergotong royong. Ada yang bergotong-royong membina rumah dan ada pula yang bersama-sama di bendang sebagaimana yang dilakukan penanam padi di Malaysia sebelum tahun 90-an.

Kami berjaya tiba di pusat pemeriksaan imigresen Laos kira-kira pukul 4 petang dan berjaya memasuki China melalui Mohan Port kira-kira pukul 5 petang.

EM1M merupakan projek bagi mempromosikan pengumpulan dana penubuhan perpsutakan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dan untuk menyumbang secara online layari www.irm.org.my atau dengan menghubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334.

Nihao. EM1M kita kini berada di China. Crossed Thai, Laos n China border safely in 1 day. Now at Mengla, Yunnan province, China. Clocked 265km but it took us 11hrs to clear everything. Total distance covered 2595km. Semua tetap bersemangat dgn sokongan padu tuan puan! Wasalam. Azizi.
SMS yang telah diterima 7:20pm (waktu Malaysia) , Ahad 4 Julai 2010
SMS received at 7:20pm (Malaysian Time), Sunday 4th July 2010 

No comments:

Post a Comment