Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, July 14, 2010

Dari Keyboard 1M-CAH: Malaysia - Thailand - Laos!


"Andai kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga" itulah

pepatah yang selalu membantutkan tindakan kita untuk mara kehadapan.

Namun terkadang kita juga perlu pertimbangkan pepatah ini.


Tapi tidak pada kali ini. Lagu FIKIRKAN BOLEH dijadikan pegangan! 4 anak muda dari pelbagai bangsa yang dikepalai oleh saya yang semuanya tiada berpengalaman dalam bidang ini, ingin mencabar tahap kemampuan diri sendiri dari segi persediaan dan permotoran. Biarpun pelbagai halangan serta cabaran kami tempuhi sepanjang setahun yang lalu dalam peringkat persediaan, menyerah kalah tidak sekali. Suka dan duka lebih mendewasakan kami semua. Kerenah manusia kami hadapi dengan tabah biarpun terkadang sebak didada ini.

Pengorbanan kami akhirnya menjadi kenyataan. Ekspedisi Merdeka 1Malaysia - DEMI ANAK YATIM. Penjelajahan bermotorsikal dari Kuala Lumpur ke Kota London kami realisasikan. Sokongan yang kami terima pada hari pelepasan adalah bukti tiada jalan pintas untuk kita menggapai kejayaan. Tanggal 01 Julai 2010 - tarikh keramat bagi kami. Hari pelepasan tersebut adalah saksi kepada kesepakatan usaha kami untuk mencabar kemampuan diri sendiri walaupun cetek pengalaman telah membuahkan hasil.

Seperti yang telah saya tekankan, peringkat persediaan adalah 70% daripada keseluruhan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini. Kegagalan diperingkat persediaan adalah jalan menuju kegagalan bagi misi ini. Peringkat perjalanan hanyalah 30% sahaja.

Laluan PLUS ke Bukit Kayu Hitam kami susuri, hujan rahmat yang lebat dari Kuala Kangsar ke sempadan Malaysia-Thailand sehinggalah Patthalung tempat persinggahan pertama untuk kami, kami harungi dengan redha. Pagi yang sibuk di bandar Patthalung, bersarapan di pinggir jalan bukan perkara baru kepada saya. Mungkin pengalaman pertama bagi 1M-SHH dan 1M-MBR. Nakhon Pathom kami tujui dengan merentasi Segenting Kra. Laluan yang lurus amat membosankan kami.

Berita perihal permasalahan permit keluar di China dipertengahan perjalanan menambahkan sarat beban di kepala ini. Namun pastinya ada jalan penyelesaian. Ayuh Azizi!!! teruskan. Jangan biarkan ia menghantui anda.

Seperti biasa, bersarapan dengan apa yang ada diperjalanan, kami teruskan ke bandar sempadan Thailand-Laos iaitu Chiang Kong. 927 km berjaya diharungi. Rehatkan badan dan minda. Masih jauh lagi perjalanan kami. Pagi yang dingin di Chiang Kong. Bersemangat melintasi Sungai Mekong menuju ke Laos, kami direntapkan dengan berita ketiadaan perkhidmatan feri pada hari itu. Namun ALLAH swt telah menolong kami dengan memunculkan sebuah feri tanpa diduga.

ALLAH swt sekali lagi membantu kami dengan memudahkan pengurusan dokumen untuk melintasi Laos. Hanya 1 jam masa diambil. Tepat jam 12 tengahari, "ayuh sahabat!! kita ke sempadan China". Laluan yang disangka baik telah bertukar kepada keadaan jalanraya yang biasa bagi negara Laos. Tepat jam 4 petang, pasport kami telah di "chop" keluar oleh pihak immigresen Laos.

Jam 4.30 petang kaki serta motosikal kami telah berada di bumi Mohan, China. Agen pengurusan telah siap sedia menanti. Urusan dokumentasi diteruskan. Jam 5.30 petang, urusan selesai. Gambar kenangan sempat juga diambil. Teruskan perjalanan ke persinggahan pertama di bandar Mengla.

Tanggal 04 Julai 2010 tidak akan kami lupakan. Satu hari yang indah tanpa permasalahan birokrasi berserta pengalaman baru bermotorsikal di negara China yang telah menjadi kenyataan kepada saya dan rakan-rakan.

Bersambung.... negara China.

Wassalam

Azizi Hashim
Ketua Xpedisi
Xining, CHINA
14 Julai 2010

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
    beri 4 angka [2876] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 890 JUTA , wassalam.


    ReplyDelete