Maklumat dan sumbangan sila layari:


Tuesday, July 27, 2010

Day 27 Kazakhstan: Taraz to Shymkent

Sempadan Uzbekistan telah kami hampiri. Selamat tiba di Shymkent, Kazakhstan. Cuaca mulai panas. Esok jam 10am waktu Uzbekistan insyaallah kami tiba di Khodja Khan, sempadan Uzbek. Salam dr kami utk semua di mana jua berada. Teruskan doa tuan/puan. Capt Azizi.
  SMS di terima 4:50pm (waktu Malaysia) 27 Julai, 2010


Pasukan EM1M sewaktu tiba di Taraz, Kazakhstan 26 Julai, 2010.

Pasukan EM1M sewaktu menuju ke Taraz, Kazakhstan 26 Julai, 2010.

Makan tengahari dengan nasi lemak yang disediakan isteri Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datin Jenny Saw sewaktu menuju ke Taraz 26 Julai, 2010.

~~~~~~~~~~

Azizi Hashim menandatangani buku autograf anak seorang pemilik stesen minyak di Taraz, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Chua Chern Kwang menaiki seekor keldai sewaktu dalam perjalanan ke Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Seorang peniaga makanan menunjukkan daging kuda yang telah dimasak sewaktu pasukan EM1M dalam perjalanan ke Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Pasukan EM1M sewaktu berada di tempat tinggi berdekatan Shymkent, Kazakhstan 27 Julai, 2010.

Kazakhstan tersemat dalam hati

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

SHYMKENT (Kazakshtan) 27 Julai - Hari ini merupakan hari kelima pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M)  berada di Republik Kazakhstan dan esok jika perancangan berjalan dengan lancar, kami akan memasuki Uzbekistan.


Walaupun tempoh penjelajahan di negara ke sembilan terbesar di dunia ini amat singkat dan hanya membabitkan jarak kira-kira 1,300 kilometer (km), terlalu banyak kenangan tersemat dalam hati anggota pasukan EM1M khususnya sikap memuliakan tetamu di kalangan rakyatnya.

Sebagai contoh, dalam perjalanan ke Taraz daripada Almaty semalam, anggota pasukan EM1M tidak putus-putus menerima lambaian daripada penduduk kampung dan pemandu kenderaan yang berkongsi laluan dengan kami.

Mereka kelihatan begitu seronok menerima kehadiran pasukan EM1M dan sebagai menghormati sapaan mereka, kami turut membalas lambaian mereka setakat yang termampu.

Khidmat penunjuk arah 'percuma' untuk mencari hotel juga tidak sukar untuk diperoleh, semalam seorang usahawan muda, Tigay, 22 , yang kami temui di satu persimpangan lampu isyarat di Taraz menghulurkan bantuannya. Tigay turut menjemput kami mengunjungi kelab esklusif miliknya yang diberi nama Infinity -
tempat berkumpul anak-anak muda daripada keluarga berada di sekitar Taraz.

Penulis dan Maxwell Ripin yang memenuhi undangan berkenaan bagi pihak EM1M terkejut besar apabila Tigay secara peribadi melayan kami di kelab miliknya  walaupun baru sahaja beberapa jam berkenalan secara tidak sengaja.

Menyedari kami segan dilayan sedemikian, beliau yang fasih berbahasa Inggeris berkata "Jangan risau, anda tetamu saya di Taraz,".

Tigay juga meninggalkan kelabnya dan membawa kami berdua menikmati keindahan suasana malam di sekitar bandar berkenaan menaiki sebuah kereta mewah miliknya sehingga kami tertanya-tanya, adakah seorang usahawan muda yang amat sibuk di Malaysia akan memberikan layanan sedemikian kepada rakyat asing yang baru dikenali.

Perjalanan kami hari ini dari Taraz ke sini turut menerima kejutan apabila anak kepada pemilik sebuah syesen minyak yang kami singgahi menghulurkan buku autograf kepada Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim.

Kejutan berkenaan membuatkan kami menyedari bahawa sikap memuliakan tetamu oleh rakyat republik ini sukar ditandingi sebagaimana cantiknya anak-anak gadis Kazakhs sehingga ayat dalam bahasa Russia pertama yang kami hafal ialah : "Devushka, ochen krasivaya"" (Adik, kamu sungguh cantik).

No comments:

Post a Comment