Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, July 4, 2010

Day 3 - THAILAND (Uthai Thani, Nakon Sawan, Uttaradit & Phayao - 927 km).


Dua penunggang motosikal berkuasa besar Thailand bergambar bersama Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang sewaktu pasukan ekspedisi berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Chiang Khong.
Two Thai Big Bikers with EM1M Technical Director whilst team were having a break before resuming journey to Chiang Khong

Pasukan Em1M sewaktu singgah di sebuah gerai menjual buah buahan dalam perjalanan ke Chiang Khong,
Stopping for natural nourishment on the way to Chiang Khong


Pasukan EM1M singgah makan durian di tepi jalan sewaktu menuju ke Chiang Khong.
Eating Durians by the roadside on the way to Chiang Khong...what do you expect from Malaysians!!! 


Pasukan EM1M merakamkan gambar kenangan sewaktu menuju ke Chiang Khong.
More EM1M pictures for posterity

CHIANG KHONG (Thailand) 4 Julai - Empat anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 malam tadi menamatkan penjelajahan mereka di Thailand apabila tiba di sini daripada Nakhon Pathom. Penjelajahan pada sektor terakhir di Thailand semalam membabitkan laluan di Uthai Thani, Nakon Sawan, Uttaradit dan Phayao sejauh 927 kilometer (km).

Mereka dijadualkan berangkat ke Laos awal pagi ini menaiki tongkang menyeberangi Sungai Mekong dan dijangka memulakan penjelajahan di China selama 20 hari pada sebelah petangnya jika berkesempatan mendapatkan pelepasan imigresen.

Ketua EM1M, Azizi Hashim berkata beliau amat terharu dengan sambutan dan layanan mesra yang diberikan rakyat Thailand di sepanjang penjelajahan pasukan ekspedisi walalupun berdepan dengan masalah komunikasi. Katanya, dimana-mana sahaja pasukan ekspedisi berada pasti ada yang datang bertanya khabar dan apabila dimaklumkan mengenai hasrat ke London, mereka terkejut dan memberikan kata-kata semangat. Malah ada yang sanggup menjadi juru pandu arah secara percuma sewaktu pasukan EM1M mencari arah ke hotel penginapan. "Layanan mesra rakyat Thailand amat kami hargai, malam tadi sewaktu kami berehat sebelum meneruskan perjalanan, dua penunggang motosikal kuasa besar Thailand berhenti untuk bertemu kami dan memberikan maklumat mengenai keadaan jalan raya ke Chiang Khong yang masih dalam proses pembinaan.

"Pada masa itu kami singgah di hadapan sebuah restoren, melihatkan pengembara seperti kami, pemiliknya menuangkan air mineral ke dalam gelas dan membawakannya kepada kami yang berada di depan kedainya, sikap mesra sebegini amat mengharukan kami," katanya.

EM1M merupakan projek untuk membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM). Selain Azizi, EM1M turut disertai oleh penulis sendiri, Chua Chern Kwang dan Maxwell Ripin. Kawasaki Motors (M) Sdn. Bhd. dan GIVI Asia Sdn. Bhd merupakan penaja utama projek berkenaan manakala akhbar Utusan Malaysia pula merupakan rakan media kepada EM1M.

Sementara itu, anggota ekspedisi turut melahirkan rasa syukur mereka kerana harga petrol yang perlu dibayar mereka di Malaysia jauh lebih rendah daripada apa yang perlu di bayar rakyat Thailand. Setiap liter petrol yang digunakan mereka beharga kira-kira RM3.50 seliter dan setiap kali berhenti untuk pengisisan semula, kira-kira RM40 ke RM45 ringgit terpaksa dibelanjakan. Dalam pada itu, mereka turut kagum dengan keadaan lebuh raya di Thailand kerana ia berada dalam keadaan yang amat baik walaupun pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran tol.

The EM1M completed its journey through Thailand when the team arrived at Chiang Kong from Nakhon Patom. The last sector took the team through 927km of Thailand's roads.

NOW, we really appreciate the lower petrol prices in Malaysia.
Moreover, Thai roads seemed to be well maintained despite no toll being charged.

No comments:

Post a Comment