Azizi Hashim (kanan) dan Maxwell Ripin melihat penduduk berketurunan Uighur membuat satay kambing sewaktu berada di Urumqi, China
Perbandingan saiz antara anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) dan bilah kincir angin penjana elektrik yang banyak di pasang di Gurun Gobi sewaktu mereka menuju ke Urumqi, China
Peniaga tembikai di pasar malam Jalan Wuyi, Urumqi, China.
Chua Chern Kwang ditengah-tengah kesibukan pasar malam Jalan Wuyi, Urumqi, China
Antara barangan jualan di pasar malam Jalan Wuyi, Urumqi, China.
Kambing panggang antara makanan popular di pasar malam Jalan Wuyi, Urumqi, China.
Buah-buahan kering yang dijual peniaga berbangsa Uighur di pasar malam Jalan Wuyi di Urumqi, China.
Seorang peniaga pisau Kashgar di Bazar Besar Antarabangsa tidak keberatan untuk dirakamkan gambarnya dengan topi MAS yang merupakan salah satu penaja Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) di Urumqi, China.
Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar dengan latar belakang Masjid Erdaoqiao yang terletak dalam kawasan Bazar Besar Antarabangsa di Urumqi, China.
Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu berada di Bazar Besar Antarabangsa di Urumqi, China.
Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersama seorang peniaga pisau Kashgar di Urumqi, China.
Pekerja sebuah restoren Uighur begitu seronok apabila mengetahui kami datang dari Malaysia dan meminta anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) merakamkan gambar mereka di Urumqi, China.
Urumqi tidak mesra penunggang motosikal
Urumqi sebagai destinasi alternatif pelancong Malaysia
Saiful Haizan Hasam
Bandar ini mungkin digeruni kerana
pernah menjadi saksi konflik berdarah antara etnik Uighur dan Han yang meragut
hampir 200 nyawa dan mengakibatkan 1,700 yang lain cedera pada 1 Julai tahun
lalu.
Namun, bagi anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia
(EM1M) yang berada di bandar ini sejak semalam, tidak terlintas langsung
kebimbangan akan tercetusnya semula konflik berkenaan selepas setahun 15 hari ia berlaku.
Segalanya tenang dan kami berpeluang untuk meneroka beberapa
tarikan di bandar ini dan mendapati ia mempunyai keunikan tersendiri yang boleh
dijadikan destinasi alternatif kepada pelancong beragama Islam dari Malaysia.
Ia kerana, majoriti penduduk Urumqi yang terletak di
bahagian barat republik ini terdiri daripada orang Islam sekaligus tidak memberikan masalah
dalam aspek pemakanan dan ibadat.
Urumqi yang terletak di Laluan Sutera sarat dengan sejarah
silam pada era kebangkitan Islam selain merupakan pusat pertemuan tamadun Asia Timur
dan Barat.
Cuacanya lebih nyaman, menyamai cuaca di tanah air sewaktu
kami berada di sini jika dibandingkan dengan Turpan yang bersuhu panas 50 darjah
celcius sedangkan ia hanya terletak kira-kira 180 kilometer (km) dari sini.
Menurut Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim yang juga seorang
juruterbang, penerbangan terus dari Malaysia ke sini dianggar mengambil masa antara
enam ke tujuh jam.
"Kalaulah Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) menyediakan
perkhidmatan penerbangan terus ke sini, pasti akan berlaku lonjakan ketibaan
pelancong dari kedua buah negara," katanya.
Antara lokasi tarikan yang sempat kami kunjungi semalam
ialah Bazar Besar Antarabangsa yang juga dikenali penduduk setempat sebagai
Erdaoqiao-sebuah pusat peruncitan terbesar produk-produk etnik di Wilayah Xinjiang.
Dimana-mana saja kelihatan gerai menjual pisau Kashgar yang
begitu istimewa kerana ketajamannya sehingga pisau kecil yang dijadikan cenderamata
juga mampu mencukur bulu roma tanpa sebarang masalah.
Kami juga berpeluang mengunjungi pasar malam Jalan Wuyi yang
merupakan syurga makanan dengan pelbagai pilihan baik mee, ikan bakar,
kambing panggang, makanan kering, buahan segar dan pelbagai jenis juadah yang membuatkan
kami rambang mata.
Tahap kebersihan juga diberi perhatian khusus dengan
pemasangan tikar getah sebagai alas di kiri dan kanan jalan yang menempatkan lebih
600 penjaja makanan.
No comments:
Post a Comment