Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, July 30, 2010

Day 30 Uzbekistan: Samarqand

We are leaving the hotel and heading to Samarqand. 320 km away fm Tashkent. Oil changed done. Our horses are fully ready to follow our next instruction.
SMS di terima 9:33am (waktu Malaysia) 30 Julai, 2010
Here we come! The Historical land of Samarqand. Safely arvd here. Clocked 310 km fm Tashkent. 36 deg C.
 SMS di terima 4:25pm (waktu Malaysia) 30 Julai, 2010

Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan
Uzbekistan Uzbekistan

EM1M di bandar bersejarah Samarkand


saiful haizan hasam/pix
saiful.hasam@utusan.com.my

ASHGABAT (Turkmenistan) 2 Ogos  - Selepas 9,600 kilometer (km) meninggalkan tanah air sebulan yang lalu, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) petang Jumaat lalu tiba di Samarkand, Uzbekistan yang pernah menjadi saksi kegemilangan Islam di Asia Tengah.

Samarkand bermaksud tempat pertemuan kerana lokasinya terletak di pertengahan Laluan Sutera yang menjadikannya sebuah bandar yang sibuk dengan urusan jual beli antara pedagang dari Timur Tengah dan China pada era kegemilangnnya.

Menurut pemandu pelancong kami yang dikenali sebagai Akmal, kawasan bandarnya pada masa itu jauh lebih besar daripada sekarang namun ia telah dimusnahkan sewaktu penaklukan Genghis Khan.

Bagaimanapun selepas 2012, suasana Samarkand dijangka berubah kerana pihak berkuasanya telah menggariskan pelan penyusunan semula yang sedang giat dilakukan dengan pembinaan bangunan-bangunan baru.

Besar atau kecil bandarnya tidak menjadi satu persoalan yang besar kerana tarikan utamanya ialah tinggalan sejarah kegemilangan Islam yang boleh dilihat di segenap ceruk  Samarkand.

Walaupun kesuntukan masa, kami berpeluang melawat beberapa tarikan pelancongan seperti tugu Emir Timur yang merupakan seorang pemerintah selama 40 tahun pada kurun ke-11.

Emir Timur yang dimakamkan di sini, turut membina beberapa buah masjid besar dengan yang paling terkenal ialah Masjid Bibi Khanum- sebuah masjid yang dibina bagi mengenang isteri ke empatnya.

Turut kami kunjungi ialah Rajestan, sebuah kompleks yang menempatkan tiga buah pusat pengajian tersohor yang dibina pada kurun ke 15 dan 17 sewaktu era kegemilangan Samarkand.

Senibinanya amat halus dan berkualiti tinggi sekaligus menggambarkan ketinggian ilmu arkitek-arkitek Islam terbaik yang dibawa dari seluruh dunia oleh Emir Timur ke Samarkand.

Sementara itu, perjalanan EM1M semalam bermula dari Tashkent tepat pukul 9 pagi diiringi kereta peronda polis yang dipanggil 'Militsiyasi' kerana ia merupakan peraturan yang dikenakan terhadap ekspedisi berkenderaan membabitkan rakyat asing.

Walaupun perjalanan sejauh 320km itu diringi kereta peronda polis pada setiap masa, kami tidak boleh mengambil mudah dengan keadaan lalu lintasnya kerana corak pemanduan rakyat Republik Uzbekistan tidak sama dengan rakyat Kazakhstan yang jauh lebih berhemah.

Khidmat kereta peronda berkenaan pula bukannya percuma malah sejumlah besar wang terpaksa diperuntukkan untuk tujuan itu walaupun kami sebenarnya lebih selesa untuk bergerak secara bersendirian. 

No comments:

Post a Comment