Maklumat dan sumbangan sila layari:


Saturday, July 10, 2010

Day 10 CHINA: Mianning - Danba, SICHUAN Province

Left Mianning at 8am hdg to Danba via Shimian-Luding. Stop by roadside to put in warm clothing. Elevation 8,000', Temp 13 Deg. Celcius, Windy n Slight Rain 
SMS yang telah diterima 9.25am(Waktu Malaysia), 10 Julai 2010.
SMS received at 9.25am(Malaysian Time), 10 July 2010

~~~~~~~

10km b4 Shimian, 2 ten-wheelers lorries collided head on in the corner.Next 4km, there's a landslide Delayed our Movement 
SMS yang telah diterima 11:42am(Waktu Malaysia), 10 Julai 2010
SMS received at 11.42am (Malaysian Time), 10 July 2010

~~~~~~~

We are at DANBA, SICHUAN Province.
11hrs on the road
350km covered 305km. Total distance travelled 4,337 km.
Nice Weather.
17 degrees Celcius at Danba 
SMS yang telah diterima 9:41pm (Waktu Malaysia), 10 Julai 2010
SMS received at 9.41 pm (Malaysian Time), 10 July 2010

~~~~~~~

Current total travel: 4,337km




Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) berhenti rehat di tebing Sungai Tatu sewaktu dalam perjalanan ke Danba, China.

Laluan licin seperti ini tidak lagi menjadi halangan besar kepada anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M).

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sempat bergambar di sebuah jambatan gantung yang merentasi Sungai Tatu di China walaupun kepenatan.

Pemandangan sebuah kampung penduduk berketurunan Tibet di Danba, China.

Motosikal Kawasaki Versys 650 yang digunakan pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) berfungsi dengan cemerlang dalam keadaan mencabar seperti ini.


It was rather cold when EM1M departed Mianning. Nevertheless, we just equate it to the cool early morning temperature in Genting Highlands. Hence, none amongst us wore the cold weather insulation supplied by GIVI for our riding jackets.

...NOT even 50km after leaving Mianning, we were proven WRONG! When we started ascending the mountains heavy rain coupled with strong winds caused the temperature to fall to 14  degrees Celsius. The cold started to bite and affected our concentration. Immediately upon a brief pit-stop called by Azizi Hashim Daud, Chua and Saiful took the opportunity to put in the cold weather insulation and also put on their respective raincoats.

Azizi didn't put on anything...perhaps due to previous experience of riding in Alaska or due to his "in-built" layers of fat accumulated over years of good and fine food...we shall never know. Anybody would like to hasten a guess? Lipin (Maxwell) forgot to pack his cold weather insulation thus giving the rest of the team members something to joke about for the rest of the day...much to Lipin's dismay and annoyance.

Cuaca sejuk dan risiko tanah runtuh uji EM1M

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

DANBA (China) 12 Julai - Suhu di Mianning agak sejuk sewaktu pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) memulakan perjalanan, namun kesejukan itu kami anggap sebagai menyamankan umpama berada di Genting Highland pada waktu pagi. Justeru, tiada di kalangan kami yang memasang lapisan tahan sejuk yang dibekalkan bersama jaket menunggang tajaan GIVI kerana beranggapan masih boleh bertahan dalam keadaan berkenaan.

Sangkaan kami meleset, tidak sampai 50 kilometer (km) meninggalkan Mianning dan mula mendaki kawasan pergunungan, hujan melanda disertai tiupan angin kencang yang menyebabkan suhu menurun sehingga 14 darjah celcius. Kesejukan mula 'menggigit' dan ia amat menganggu konsentrasi tunggangan kami, sebaik sahaja Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim menghentikan perjalanan, penulis dan Chua Chern Kwang dengan segera memasang lapisan tahan sejuk pada jaket dan menyarung baju hujan.

Azizi tidak berbuat apa-apa kerana berpengalaman mengharungi cuaca sejuk sewaktu menunggang di Alaska dan New Zealand sebelum ini manakala Maxwell pula terlupa untuk membawa lapisan penahan sejuk yang kami jadikan sebagai bahan jenaka di sepanjang perjalanan.

Perjalanan kami ke Danba di teruskan melalui Shimian dan Luding, menemani kami di sepanjang laluan ialah Sungai Tatu yang berarus kuat berikutan hujan yang melanda di seluruh wilayah Sichuan.

Kami turut berdepan dengan kejadian tanah runtuh tetapi sewaktu tiba di tempat kejadian, beberapa pemandu lori sudah memulakan kerja-kerja pembersihan. Rupa-rupanya di sepanjang lalauan lereng gunung itu, berlaku puluhan kejadian tanah runtuh sehari sebelumnya. Kami amat bersyukur, jika ia berlaku semalam, sudah tentu perjalanan kami tergendala.

Perasaan berdebar-debar tidak dapat kami elak sewaktu melalui laluan di lereng gunung kerana bimbang ada bongkah batu yang terjatuh di atas jalan. Bagaimanapun keindahan landskap pergunungan sedikit demi sedikit menghilangkan kebimbangan berkenaan. Satu kelainan yang penulis dapat lihat di sepanjang laluan berkenaan ialah trend pemakaian uniform tentera di kalangan orang awam.

Apabila perkara itu diajukan kepada penunjuk arah EM1M di China, Michael, beliau menjelaskan pemakaian uniform merupakan satu tradisi penduduk kampung yang mempunyai rasa bangga dengan jasa dan keupayaan angkatan bersenjata republik berkenaan.

Selepas 339km menempuhi pelbagai cabaran termasuk mengharungi laluan yang ditenggalami oleh air yang amat sejuk umpama ais, pasukan EM1M tiba di sini, sebuah pekan kecil yang majoriti penghuninya berketurunan Tibet pada pukul 7.15 petang.

No comments:

Post a Comment