Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, July 19, 2010

Day 19 CHINA: TURPAN - URUMQI, Xinjiang Province

We ran away from microwave oven town - TURPAN at 7am,
Thank God we reached URUMQI, Xinjiang safely now.
Slightly colder than Turpan.
The shortest journey to-date. 185 km.
OFF DAY in URUMQI.
SMS diterima 11:21am (Waktu Malaysia), 19 Julai 2010
SMS received at 11:21am (Malaysian Time), 19 July 2010


Hotel Turpan yang menjadi tempat perlindungan anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) daripada cuaca panas di Turpan, China.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sempat bersantai di Gurun Gobi sewaktu dalam perjalanan ke Turpan, China

Kapten Azizi Hashim menunjukkan batu tanda jarak jalan raya dari Nanjing sewaktu berhenti rehat di Gurun Gobi, China.

Lokasi yang telah lama saya impikan! Hari ini telah menjadi kenyataan! ALHAMDULILLAH!!!!!

Kami kini berada di URUMQI (Wu Lu Mu Chi), ibunegeri Xinjiang di sebelah barat China. 650 km dari sempadan Kazakhstan. Saiz bandarayanya adalah lebih besar dari Kuala Lumpur. Masyaallah.......

Satu lokasi yang saya idamkan semenjak melalui ruang udaranya satu waktu dahulu dalam perjalanan menuju ke Eropah.

Kenapa saya impikan URUMQI?


  • Pertama, terletak di lauan sutera dan ianya dipenuhi dengan pelbagai sejarah silam sewaktu kebangkitan Islam.
  • Kedua, ianya adalah pusat pertemuan dan persinggahan antara Asia Timur dan Barat sebelum pedagang Arab meneruskan perjalanan ke wilayah Xi'an.
  • Ketiga, masyarakat Uighurnya..... perghhhhhhh 
  • Keempat, pastinya makanan boleh dijamah tanpa was was.
  • Kelima, cuacanya nyaman jika dibandingkan dengan Turpan (Tu Lu Fan) yang bersuhu 50 darjah celcius pada hari semalam, bandar yang sebelumnya yang terletak 180km dari sini.

Akan saya cadangkan kepada penaja kami iaitu pihak MAS untuk mengadakan penerbangan terus dari KL ke Urumqi yang saya jangkakan akan mengambil masa penerbangan selama 6-7 jam. Ianya adalah satu kelebihan dari segi pelancongan terutamanya bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk menilai dengan mata sendiri tentang perkembangan Islam.

Bab pemakanan dan ibadah tidak menjadi masalah langsung. Selalunya inilah yang menjadi penghalang utk kita mengembara. Namun Urumqi BUKAN lokasi yang menjadi penghalang.

Bayangkan 10 peratus dari penduduk Urumqi melawat Malaysia setahun, jumlahnya adalah lebih kurang 350,000 orang!!! Andai 10% penduduk Xinjiang yang melawat Malaysia... ianya adalah 1.35 juta!!!

Bagi yang terlibat di dalam aktiviti pelancongan...silalah rebut peluang yang terbentang luas ini!!!

Wassalam dari Xpedisi Merdeka 1MALAYSIA
Urumqi, Xinjiang.




Saat sukar hadapi cuaca panas hingga 50 darjah Celsius



No comments:

Post a Comment