Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, July 9, 2010

Day 9 CHINA: Mianning, SICHUAN Province

Left Panzhihua at 8am heading twd Mianning, SICHUAN.
Along the Yangtze n Sichuan river.
Coffee break for a while.
SMS yang telah diterima 9.24am(Waktu Malaysia), 9 Julai 2010
SMS received at 9.24am (Malaysian Time), 9 July 2010


Safely arrvd Mianning, SICHUAN.
Distance covered 305km. Total distance travelled 3,987 km.
What a nice ride.
Hot, cold n rain weather.
Smooth, gravel n offroad.
Everything we hv in 1 day. Everybody adapted to China road.
We njoyed every moment!
SMS yang telah diterima 7.28 malam (Waktu Malaysia), 9 Julai 2010.
SMS received at 7.28 pm (Malaysian Time), 9 July 2010.



Chua Chern Kwang memerhatikan kerja-kerja membasuh motosikal selepas mengharungi laluan yang becak di Mianning, China.


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia sewaktu berada di pinggir Sungai Yanzi, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan latar belakang Sungai Yanzi, China.

Motosikal Kawasaki Versys yang digunakan Saiful Haizan Hasam dikerumuni penduduk setempat sewaktu pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) berhenti rehat sewaktu menuju ke Mianning, China.


LAPORAN

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

MIANNING (China) 10 Julai - Jam di panel meter motosikal Kawasaki Versys 650 yang kami tunggani menunjukkan pukul 8 pagi. Lalu lintas di bandar Panzhihua, semalam, agak sibuk kerana orang ramai mengejar masa ke pejabat. Dalam kesibukan itu, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1) kehilangan arah untuk mencari jalan keluar menuju ke sini. Sudah dua kali kami dibawa berpusing di kawasan yang sama oleh penunjuk arah yang sepatutnya lebih arif dengan kawasan berkenaan berbanding kami yang merupakan rakyat asing.

Cukup sahaja tiga kali kami melakukan pusingan di kawasan yang sama, Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim yang berpandukan peta dan pengalaman 20 tahun mengemudi pesawat bertindak mengambil alih tugas sebagai penujuk arah. Pengalamannya amat membantu dan kami berjaya keluar dari kawasan pusat bandar dan mula menyusuri Sungai Yanzi yang merupakan sungai terpanjang di China merentasi 13 daripada 30 wilayah di republik ini.

Sungai ketiga terpanjang dunia itu menjadi saksi kepada permulaan peradaban China yang berpusat di sekitarnya dan semalam sungai berkenaan turut menyaksikan kegigihan empat rakyat Malaysia mempromosikan nama negara di peringkat antarabangsa. Selepas empat hari menunggang di China, pasukan EM1M turut mendapat pengalaman baru iaitu menunggang dalam hujan dengan permukaan jalan yang basah menjadikan cabaran yang ditempuhi semalam umpama pakej kerana ia turut membabitkan cuaca sejuk dan panas serta laluan 'off road'.

Bagaimanapun semua anggota ekspedisi dapat menempuhi cabaran berkenaan dengan baik.Perkembangan itu ternyata amat melegakan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang yang sebelum ini sentiasa memantau penulis dan Maxwell Ripin yang kurang pengalaman untuk menangani situasi mencabar di China. Buat pertama kalinya juga, pasukan EM1M berpeluang memecut dengan motosikal masing di China kerana sebelum ini purata kelajuan hanyalah di sekitar 40 hingga 50 kilometer/sejam (km/j) berikutan keadaan jalan raya dan kesibukan lalu lintas.

Setiap kali kami berhenti rehat, motosikal Kawasaki Versys yang kami gunakan pasti dikerumuni penduduk setempat kerana kerajaan China tidak membenarkan rakyatnya memiliki motosikal yang mempunyai kuasa melebihi 200cc. Sementara itu, pemerhatian kami mendapati China mempunyai sekelompok besar warga emas yang amat sihat fizikalnya. Kelompok ini boleh dilihat dengan ketara pada sebelah petang apabila mereka bersiar-siar di jalanan dan berkumpul di pekarangan rumah bersama rakan sebaya untuk minum petang sambil bersembang-sembang.

Menurut penunjuk arah kami, Michael, warga emas berkenaan mempunyai kesihatan yang baik kerana faktor pemakanan dan kerja-kerja berat yang dilakukan mereka sewaktu usia muda. Selepas mengharungi perjalanan sejauh 301km, pasukan ekspedisi akhirnya tiba di sini kira-kira pukul 6.30 petang. Mianning merupakan sebuah bandar baru yang dibina semula berikutan kerosakan yang dialaminya selepas gempa bumi melanda wilayah Sichuan dua tahun lalu dan terletak berdekatan pusat pelancaran satelit China di Xichang.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kepada semua peserta EM1M. Saya doakan kalian selamat pergi dan balik. Semoga Allah redha dengan tujuan anda semua. Kepada Saiful abah doakan selamat selamanya. Wassallam Drp Ibrahim Abah mertua

    ReplyDelete
  2. Salam. Semoga dipermudahkan perjalanan tuan-tuan. Kami di IRM amat menghargai pengorbanan tuan-tuan merentas benua semata-mata untuk menyebarkan kesedaran tentang pentingnya keperluan bahan bacaan yang baik untuk anak-anak yatim di Malaysia melalui usaha penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh IRM.

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya sentiasa mengikuti perjalanan tuan2 semua. Harapan saya agar tuan2 dapat memberikan info berkenaan dengan kemasukan tuan2 di setiap negara dan dokumen2 yang diperlukan untuk memudahkan urusan di sempadan negara2 yang tuan2 lalui. Semoga dilindungi Allah selalu. Tq

    ReplyDelete