Maklumat dan sumbangan sila layari:


Thursday, July 8, 2010

Day 7 CHINA: Kunming, Yunnan Province....Rest Day!

Konsul Besar Malaysia di Kunming, Roseli Abdul dan anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia sewaktu menuju ke sebuah restoren makanan Islam di Kungming, China.

Konsul Besar Malaysia di Kunming, Roseli Abdul (dua dari kiri) memerhatikan keadaan motosikal Kawasaki Versys 650 yang digunakan Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia, Kapten Azizi Hashim (kanan) di Kunming, China.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia bergambar dengan Konsul Besar Malaysia di Kunming, Roseli Abdul (dua dari kiri) di Kunming, China.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) merakamkan kenangan di Pejabat Konsulat Malaysia di Kunming, China.

Ketua Eskpedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M), Kapten Azizi Hashim (kanan) memberi taklimat mengenai laluan ekspedisi kepada Konsul Besar Malaysia di Kunming, Roseli Abdul di China.

Report

EM1M Salutes Malaysian Counsel's

Well deserved REST DAY today for EM1M team!

Having travelled 3,583kms in a week on the Kawasaki Versys 650, team EM1M took a rest day in the city of Kunming, Yunnan Province.......and not a moment too soon as everybody was aching all over!

Having said that, a rest day doesn't mean being a "log" on the bed all day long as Captain Hashimu Azizi (EM1M's own version of Captain Bligh of the "Mutiny on the Bounty" fame)...set around handing tasks to EM1M team members...oblivious to our feinted protests. For example, Engineer Chua was tasked with ensuring all 4 bikes are up to scratch for the remaining 20k kms journey ahead.

Laporan

EM1M hargai layananan Konsul Malaysia

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

KUNMING (China) 8 Julai - Selepas enam hari menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 sejauh 3,583 kilometer (km), anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) akhirnya mendapat 'cuti rehat' hari ini.

Bagaimanapun, 'cuti rehat' itu tidak bermakna mereka boleh berehat sepanjang hari kerana seawal pukul 8 pagi masing-masing perlu menyelesaikan tugasan yang telah diagihkan oleh Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim. Chua Chern Kwang umpamanya, perlu memeriksa keadaan motosikal bagi menjamin ia berada dalam keadaan yang baik selepas digunakan ke tahap maksimum khususnya sejak memasuki China pada 4 Julai lalu.

Pada pukul 11 pagi, mereka mengadakan kunjungan hormat terhadap Konsul Besar Malaysia di sini, Roseli Abdul yang tidak lokek berkongsi pelbagai pengalamannya di China selain memberikan panduan lalu lintas jalan raya republik ini. "Saya kagum dengan ketabahan anggota EM1M, paling penting dalam perjalanan sebegini ialah keberanian kita untuk mencuba," katanya.

Sesungguhnya masa dan layanan tanpa protokol yang diberikan beliau dan seluruh kakitangan Pejabat Konsulat Malaysia membuatkan kami bagaikan berada di tanah air. Beliau yang disertai Konsul Muda, Sarizal Ramli dan Atache Imigresen, Azmi Jusoh kemudiannya meraikan pasukan EM1M di sebuah restoren makanan Islam untuk makan tengahari.

Pada sebelah petang sewaktu Azizi dan Maxwell Ripin menyempurnakan tugas-tugas pentadbiran EM1M, penulis dan Chern Kwang tidak melepaskan peluang untuk meninjau keadaan bandar Kunming. Mengikuti beliau ke sebuah kedai teh Cina merupakan satu pengalaman baru buat penulis untuk menyelami budaya minum teh walaupun terkejut dengan harga ketulan teh mampat yang boleh mencecah harga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Peluang meninjau sebuah kedai rokok juga menemukan penulis dengan fakta yang mengejutkan iaitu bagaimana golongan yang kaya di China sanggup membelanjakan duit mereka untuk mendapatkan prestij. Bayangkan harga sekotak rokok 20 batang buatan tempatan yang disasarkan untuk golongan berkenaan dijual pada harga antara RM50 ke RM200. Dari sini mungkin kita dapat menganggarkan kekayaan mereka.

2 comments:

  1. Syabas buat semua. Semoga dilindungi Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. Syabas !! All the very best & have a blissful trip. God bless all of you for this EM1M mission !!! Cheers....

    ReplyDelete