Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, April 30, 2010

Kawasaki VERSYS Running-in

Full tank 19 liter. Seliter insyaallah dpt travel for 18km pada kelajuan purata 110km/h. Total 342km per tank. Esok kita akan tahu berapa mileage yang boleh didapati dengan setangki minyak utk motosikal Kawasaki Versys kami.


Running-in day for our new bikes. We are heading North for 1000km.


Doakan kami selamat semuanya. Amin.

Terimakasih kepada MB Negeri Sembilan


Setinggi-tinggi terimakasih dari kami kepada Pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah sudi tampil untuk membantu anak-anak yatim ini dengan menyumbangkan sebuah perpustakaan yang bernilai RM 50,000.


Moga Allah memberkati pentadbiran MB N.Sembilan - Datuk Seri Utama Hj Mohamad b. Hj Hasan. Majlis penyerahan akan diadakan pada hari Rabu ini. Insyaallah.


Wassalam.

Thursday, April 29, 2010

Great Job by WISMA PUTRA and EMBASSIES

To all Wisma Putra - Bhgn. Konsular and Malaysian Embassies staff, namely; Laos, Kunming, Tashkent, Tehran, Ankara, Vienna, Berne and Paris.

As todate, you have done a GREAT JOB! Well done and keep it up!! Salute.

Definitely we will see each other soon! Insyaallah.

regards
Xpedition Leader

Tuesday, April 27, 2010

Make an appointment! 28/4 - 10PM

LATEST!


Watch us LIVE on BERNAMA TV @ Ch 502 at 10PM Tomorrow 28/4/2010.


HELLO MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! together with IRM


Way to go Mr Saiful Haizan!

Saturday, April 24, 2010

What to expect??? Iran



Eagle view - North of Iran to Turkey border.

Our WEAPON


Kawasaki VERSYS 650cc

Engine:

Engine Type Parallel Twin

Cylinders 2

Engine Stroke 4-Stroke

Cooling Liquid

Valves 8

Valves Per Cylinder 4

Valve Configuration DOHC

Compression Ratio 10.6:1

Starter Electric

Fuel Type Gas

Transmission:

Transmission Type Manual

Number Of Speeds 6

Primary Drive (Rear Wheel) Chain

Wheels & Tires:

Front Tire (Full Spec) 120/70 R17

Rear Tire (Full Spec) 160/60 R17

Brakes:

Front Brake Type Dual Hydraulic Disc

Rear Brake Type Hydraulic Disc

Technical Specifications:

Wheelbase (in/mm) 55.7 / 1414.8

Fuel Capacity (gal/l) 5 / 18.9


Selamat jalan to I AM MALAYSIAN dari kami di XPDC1MALAYSIA

Selamat jalan dan semoga dipermudahkan oleh NYA kepada Syed Abd Hadi Syed Husin, sahabat kami yang masih bujang yang baru sahaja berlepas menghala ke Kota London sebentar tadi dengan bermotorsikal menggunakan laluan yang berbeza dari kami.

Beliau dijangka akan tiba di sana dalam tempoh 4-6 bulan dari sekarang. (Tiada tarikh yang tepat kata beliau kepada TV9)

Do keep in touch dan mungkin kita berkesempatan untuk "teh tarik session" di Turki ataupun Timur Eropah kelak di perjalanan kami ke Kota London dalam jangkamasa 2 bulan mulai 01 Julai - 31 Ogos. DEMI ANAK YATIM .

Wassalam

Monday, April 19, 2010

This is truly 1Malaysia!

L to R: C.K Chua, Saiful Haizan, Azizi Hashim, Damian Chellathurai and Maxwell Ripin



L to R: Chinese, Malay, Malay, Indian, Kadazan live in HARMONY and HAPPILY for ONE OBJECTIVE......... Sake of the ORPHANAGES!!!!

Why don't you????

visit www.irm.org.my




Thank you to Falihin Mohd Ramlan - Photographer and Perbadanan Putrajaya.

Saturday, April 17, 2010

What to expect ??? Central Asia.

Part of our journey will be like this...

Central Asia................................ SIMPLY BEAUTIFUL!



........West of China, Kyrgystan, Uzbekistan and Turkmenistan.









Photos taken by the author in 2007-2008.

Friday, April 16, 2010

Jumpa kami di FACEBOOK

Anda juga boleh melayari kami secara santai di..

www.facebook.com/ekspedisi merdeka kl-london


Selamat berhujung minggu.
Wassalam.

UTUSAN MALAYSIA dated on 16 April 2010


Misi tubuh perpustakaan rumah anak yatim

Oleh ROHANI IBRAHIM
rencana@utusan.com.my


DEMI hasrat untuk menubuhkan perpustakaan rumah anak yatim, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) menganjurkan aktiviti jelajah amal bagi mengumpul dana dan merealisasikan matlamat tersebut.

Ekspedisi bermotosikal kuasa tinggi itu akan merentasi 18 buah negara dari Kuala Lumpur ke London dalam masa dua bulan mulai 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan IRM, EM1M akan diketuai oleh Azizi Hashim dan disertai oleh empat penunggang motosikal yang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.

Sasaran EM1M ialah untuk mengumpul dana sejumlah RM 2 juta bagi membolehkan sebanyak 40 buah perpustakaan anak yatim dibina di seluruh negara.

''Setiap penunggang motosikal yang menyertai ekspedisi berkenaan akan mengumpulkan dana bagi membiayai penubuhan 10 buah perpustakaan khusus untuk rumah anak yatim kaum masing-masing.

''Laporan semasa mengenai EM1M akan dilaporkan secara eksklusif oleh Utusan Malaysia selaku rakan media," kata kenyataan itu.

Ketua ekspedisi EM1M, Azizi berkata, ekspedisi berkenaan akan menggunakan lima buah motosikal Kawasaki Versys dari Kuala Lumpur ke London dan melibatkan perjalanan sejauh 22,000 kilometer.

''Antara negara yang akan dilalui EM1M ialah Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria dan Slovenia. Turut dilalui oleh anggota ekspedisi ialah Itali, Switzerland, Perancis dan Jerman. Anggota ekspedisi dijadualkan tiba di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 31 Ogos 2010 untuk menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-53 bersama rakyat Malaysia di sana," demikian kenyataan Azizi dalam laman blog rasmi EM1M iaitu xpdc1malaysia.blogspot.com.

Islamic Relief yang ditubuhkan pada 1984 di Birmingham, United Kingdom merupakan badan kemanusiaan Islam pertama yang diwujudkan di Eropah. Ia diasaskan oleh Dr. Hany Al-Banna selepas melihat masalah kebuluran di sub-Sahara Afrika. Ibu pejabat Islamic Relief kekal di Birmingham sehingga kini.

Pada tahun 1988, Islamic Relief memiliki kapasiti untuk menubuhkan pasukan yang mampu melaksanakan pelbagai fungsi. Dalam tahun 1993, Islamic Relief diberikan status konsultatif oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa yang sama, lebih banyak pejabat Islamic Relief dibuka di Eropah seperti di Albania, Belgium, Bosnia, Croatia, Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS).

Sehingga kini, Islamic Relief bergiat aktif dalam memberikan bantuan kecemasan dan pembangunan kemanusiaan di Afghanistan, Albania, Bangladesh, Bosnia, Chad, Checnya, China, Mesir, Ethiopia, Indonesia dan Iraq. Negara lain yang pernah menerima bantuan Islamic Relief ialah Jordan, Kenya, Kosovo, Lebanon, Malawi, Mali, Nigeria, Pakistan, Somalia, Sudan dan Yemen.

Sementara di Malaysia, IRM ditubuhkan pada tahun 2005 dengan misi untuk menyokong sebarang usaha mengumpul dana dan melaksanakan bantuan Islamic Relief di rantau ini. IRM juga memainkan peranan meningkatkan kesedaran mengenai Islamic Relief dan menyebarkan maklumat terkini mengenai perkembangan pertubuhan berkenaan di peringkat global kepada rakyat Malaysia.

Selain mengumpul dana, IRM turut melaksanakan program-program pembangunan komuniti, ekonomi dan sosial di Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya.

Wednesday, April 14, 2010

Newspaper Cutting

Utusan24apr-1

 Mingguan04Apr
UtusanMalaysia14Apr

Utusan Malaysia 13 Apr

PERLAKSANAAN dan PEMBIAYAAN EKSPEDISI

Ekspedisi Merdeka 1Malaysia - DEMI ANAK YATIM ini akan menggunakan 5 buah motorsikal Kawasaki Versys dari Kuala Lumpur ke London bagi jarak perjalanan lebih kurang 22,000km.

Ekspedisi akan merentasi 18 buah negara keseluruhannya. Alhamdulillah bantuan diplomatik dari Wisma Putra yang diberikan kepada kami sehingga ke hari ini amatlah membanggakan.

Antara negara yang berada di laluan kami adalah:

Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Slovenia, Itali, Switzerland, Perancis, Jerman dan United Kingdom.

2 minggu yang terakhir kelak, kami akan mengharungi perjalanan di bulan Ramadhan. Dijangkakan pada waktu itu kami telahpun berada di benua Eropah, oleh yang demikian faktor cuaca yang tidaklah begitu hangat seperti di Khatulistiwa dapat memberi kami lebihan tenaga untuk meneruskan perjalanan walaupun berpuasa.

Dijadualkan akan tiba di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 31 Ogos 2010 untuk menyambut HARI MERDEKA ke 53 bersama rakyat Malaysia di sana.

Penyelenggaraan motorsikal secara berkala akan dilakukan di Ankara, Turki oleh anggota pasukan kami sendiri.

TIADA KENDERAAN SOKONGAN/BANTUAN YANG AKAN MENGIRINGI KAMI DI SEPANJANG PERJALANAN INI.


Segalanya terpikul di atas kami berlima sahaja. Dan kelima-lima peserta ini telah mengambil CUTI TANPA GAJI bagi tempoh 3 bulan dimana segala kos perbelanjaan ekspedisi ini ditanggung oleh kami berlima secara persendirian sebagai pengorbanan kami kepada anak-anak yatim.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, kami hanyalah "PROMOTER" bagi pengumpulan DANA PENUBUHAN 40 PERPUSTAKAAN ANAK YATIM ini. Pihak IRM adalah sebagai penerima sumbangan dan akan mengusahakan penubuhan perpustakaan ini. Layari http://www.irm.org.my/ untuk maklumat lanjut berhubung projek perpustakaan anak yatim ini.

Doakan kami berjaya mengharungi semua cabaran dan dugaan yang menanti kami berlima dengan mudah.

Salam
Ketua Ekspedisi

Tuesday, April 13, 2010

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL

  • Anak-anak yatim akan dilibatkan dalam acara rasmi dan tidak rasmi sebelum peserta ekspedisi berlepas bagi memberi pendedahan awal kepada mereka.
  • Apabila menamatkan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M), para peserta akan mengadakan sesi berkongsi pengalaman dengan anak-anak yatim dan juga masyarakat.
  • Di samping berkongsi pengalaman, ia akan digunakan untuk merangsang motivasi anak-anak yatim supaya cekal berusaha untuk mencapai impian
  • Paling penting ialah penerapan nilai-nilai 1Malaysia dapat dilakukan secara menarik dikalangan generasi muda
  • Aspek keselamatan jalan raya turut diberi penekanan khusus dalam sesi berkenaan

PENERBITAN KHAS

  • Apabila ekspedisi berakhir sebuah buku ‘coffee table’ berkaitan program pengumpulan dana membina perpustakaan dan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) akan diterbitkan
  • Ia mengandungi foto-foto di sepanjang perjalanan serta catatan terperinci mengenai pergerakan ekspedisi dan pengalaman esklusif para pesertanya
  • Penerbitan ini akan menengahkan permasalahan yang dialami oleh anak-anak yatim dari segi pendidikan untuk membangkitkan kesedaran kepada rakyat Malaysia
  • Utusan Publications & Distribution dicadangkan sebagai penerbit buku ‘coffee table’ berkenaan

Monday, April 12, 2010

MEDIA RASMI DAN PUBLISITI

Rundingan telah dilakukan dengan beberapa organisasi media berpengaruh untuk mendapatkan kerjasama sebagai media rasmi dan untuk tujuan publisiti.
Setakat hari ini, kami telah berjaya mendapatkan persetujuan akhbar Utusan Malaysia selaku rakan media Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) Dengan persetujuan itu, Utusan Malaysia akan menyiarkan laporan harian pergerakan ekspedisi selama dua bulan. Selain itu akhbar berkenaan turut menyiarkan laporan promosi sebelum dan selepas ekspedisi berakhir (dijangka melebihi 100 laporan berita) lengkap dengan logo rasmi EM1M
  • Kami sedang meneruskan rundingan dengan akhbar berbahasa Inggeris, Cina,Tamil dan juga akhbar dari Sabah/Sarawak untuk penyiaran berita atau rencana secara berkala bagi memastikan mesej 1Malaysia turut diterima oleh rakyat selain bangsa Melayu.
ASTRO/TV3/RTM
  • Perjalanan ekspedisi disiarkan dalam format laporan mingguan dan dokumentari bersiri
Laman Web
  • Sebuah laman web rasmi telah dibina untuk mempromosikan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia. Sila layari xpdc1malaysia.blogspot.com
  • Laman web berkenaan dilengkapi dengan maklumat lengkap mengenai ekspedisi dan program menubuhkan perpustakaan untuk anak yatim
  • Laman web rasmi ini dipromosikan di beberapa forum pemotoran maya motosikal berkuasa besar tempatan dan antarabangsa.

PENTADBIRAN EM1M

  • Bantuan diplomatik – Wisma Putra telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri untuk memberi bantuan diplomatik mengikut peraturan dan dasar sedia ada
  • Penyelaras Ekspedisi – Antara XPDC Resources (AXR) telah dilantik sebagai penyelaras
  • Penaung Kehormat – Kami telah mendapatkan persetujuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi Penaung Kehormat Eskpedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M)
  • Tajaan ekspedisi – kami akan mendapatkan penajaan daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan dunia pemotoran dan syarikat sektor perkhidmatan untuk keperluan khusus ekspedisi
  • EM1M akan merentasi 18 buah negara membabitkan perjalanan bermotosikal sejauh kira-kira 22,000 kilometer (KM)

LALUAN EKSPEDISI

  • Malaysia (Kuala Lumpur-Bukit Kayu Hitam)
  • Thailand (Danok-Nakhon Phatom-Chiang Kong)
  • Laos (Houexai – Boten)
  • China ( Kunming – Chengdu – Lanzhou – Wuwei – Jiayuguan – Hami – Turpan – Urumqi – Korla – Kuqa – Aksu – Kashi)
  • Kyrgystan (Sary Tash – Osh)
  • Uzbekistan (Andizhan – Tashkent – Samarqand – Bukhara)
  • Turkmenistan (Chardzhou - Mary – Ashkhabat)
  • Iran (Quchan – Tehran – Tabriz)
  • Turki (Agri – Erzincan – Sivas – Yozgat – Ankara – Bolu – Istanbul – Kirklareli)
  • Bulgaria (Burgas – Ruse)
  • Romania (Bucharest - Sibiu – Cluj – Oradea)
  • Hungary (Szolnok – Budapest – Gyor)
  • Austria (Vienna – Salzburg – Innsbruck – Landeck)
  • Slovenia ( Vrsic Pass)
  • Itali ( Udine – Milan)
  • Switzerland ( Chur – Bern – Basel)
  • Jerman ( Munich – Frankfurt)
  • Perancis ( Reim – Metz – Calais)
  • United Kingdom (Dover - London)
Map
Nota : EM1M akan mengadakan sidang akhbar di Turki, Romania, Hungary, Itali dan UK untuk mempromosikan Malaysia dengan kerjasama syarikat GIVI Italy yang berpangkalan di Milan

PROFAIL PESERTA EKSPEDISI

Azizi
Nama
:
Captain Azizi Hashim (Ketua Ekspedisi)
Bangsa
:
Melayu
Asal
:
Kelantan
Pekerjaan
:
Juruterbang
Pengalaman menunggang: 20 tahun
  • Jelajah New Zealand 2010
  • Trans Borneo 2009
  • Pengarah Projek ”Kembara Amal Jelajah Malaysia - Selamatkan Gaza 2009”
  • Jelajah Laos 2008
  • Jelajah Alaska, Amerika Syarikat (AS) 2007 **
  • Jelajah Thailand 2006
  • Pentadbir laman web www.superbikemalaysia.com
  • Berdaftar sebagai ahli di forum pemotoran antarabangsa:

Nota : Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kini bertugas sebagai juruterbang di syarikat Transmile Air Services, LTSAAS, Subang.
saiful
Nama : Saiful Haizan Hasam (Wartawan)
Bangsa : Melayu
Asal Terengganu
Pekerjaan : Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia
Pengalaman menunggang: 10 tahun
ahhoi
Nama : Chua Chern Kwang (Pengarah Teknikal)
Bangsa : Cina
Asal : Johor
Pekerjaan : Pengusaha bengkel motosikal berkuasa besar Sunvay Cycle sejak 20 tahun lalu
Pengalaman menunggang: 30 tahun
Damian
Nama : Damian Chellathurai Williams (Peserta)
Bangsa : India
Asal Melaka
Pekerjaan : Pengurus Insurans
Pengalaman menunggang: 12 tahun
Macx
Nama : Maxwell Ripin (Peserta)
Bangsa : Kadazandusun
Asal Sabah
Pekerjaan : Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Pengalaman menunggang: 8 tahun

Friday, April 9, 2010

EKSPEDISI MERDEKA 1MALAYSIA

Ekspedisi ini dilakukan untuk:

  • Mempromosi jenama penyumbang-penyumbang di dalam dan luar negara selain daripada penubuhan perpustakaan kepada anak-anak yatim.
  • Membuktikan kepada anak-anak yatim bahawasanya tiada yang mustahil untuk berjaya sekiranya ditanamkan azam, usaha dan doa. 
  • Memberi kesedaran kepada anak yatim bahawa kegagalan merancang adalah punca segala kegagalan 
  • Memberi contoh kepada anak yatim bahawa kejayaan bukannya datang dengan mudah. 
  • Membuktikan bahawa rakyat malaysia prihatin dan sangup bersusah  payah untuk membantu anak-anak yatim. 
  • Mempromosi gagasan 1Malaysia kepada dunia melalui kerjasama antara penunggang yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun 
  • Menterjemahkan gagasan 1Malaysia dengan cara tersendiri untuk membantu kefahaman masyarakat terhadap falsafah dan tujuan gagasan itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak 
  • Sebagai iktibar kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil dicapai jika semua kaum bersatu padu dengan semangat 1Malaysia 
  • Membangkitkan kesedaran bahawa kemerdekaan negara wajib dipertahankan oleh semua kaum untuk diwariskan kepada generasi akan datang 
  • Sebagai salah satu acara yang memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara 2010 
  • Menyemarakkan semula semangat Malaysia Boleh! 

CONTOH PUBLISITI UNTUK PENAJA DI AKHBAR

Utusan Malaysia, 29 Mac 2010 Muka Surat 24

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Utusan Malaysia, 12 April 2010

Utusan12Apr

CARA PEMBAYARAN SUMBANGAN


  • Cek sumbangan di atas nama Islamic Relief Malaysia
  • Tunai - sila maklumkan kepada kami
Hubungi akauntan Islamic Relief Malaysia, Encik Farouq Zauji 03-8948 6334 atau Encik Iskandar 019-2665157 untuk urusan sumbangan atau pertanyaan berkaitannya

KATEGORI PENYUMBANG DAN IMBUHAN

** Semua sumbangan layak mendapat rebet cukai yang akan diuruskan oleh IRM

a)    Penyumbang PLATINUM:

·         Kategori  PLATINUM adalah penyumbang utama kepada projek penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim

·         Penyumbang perlu menyumbang sebanyak RM500,000 bersamaan dengan penubuhan 10 buah perpustakaan

·         10 perpustakaan ini akan dinamakan sempena nama syarikat penyumbang

·         Perasmian perpustakaan yang telah siap akan disempurnakan oleh penyumbang

·         Sebagai imbuhan, jenama penyumbang akan digabungkan dengan nama ekspedisi. Sebagai contoh ABC Berhad adalah penyumbang PLATINUM, sehubungan itu nama eskpedisi akan dijadikan sebagai Ekspedisi Merdeka ABC 1Malaysia.

·         Penyumbang akan diberikan liputan media khas sewaktu penyerahan sumbangan dan jenama mereka akan disebut dalam setiap laporan berita mengenai ekspedisi.

·         Logo penyumbang akan digandingkan dengan logo ekspedisi untuk disiarkan secara harian sepanjang ekspedisi selama 60 hari selain disiarkan secara berkala sebelum dan selepas ekspedisi

·         Dianggarkan jumlah penggunaan logo dan jenama ini di media cetak adalah melebihi 100 kali. Ini tidak termasuk publisiti di media elektronik.

·         Penyiaran 100 berita berserta logo berdasarkan harga pasaran dianggarkan melebihi nilai RM1,000,000 (RM1 JUTA)

·         Jenama penyumbang akan dipaparkan di tempat utama pada pakaian penunggang dan motosikal

·         Tempoh penggunaan logo ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos 2011

(Jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia sahaja  adalah di antara 300,000 naskah sehari. Ini bermakna logo ini akan diulangcetak sekurang-kurangnya 30juta kali untuk program ini). 

  
b)    Penyumbang EMAS:

·         Kategori  EMAS adalah penyumbang kepada penubuhan sebuah perpustakaan di rumah anak yatim iaitu RM50,000

·         Perpustakaan ini akan dinamakan sempena nama penyumbang

·         Sebagai imbuhan penyumbang akan diberikan liputan media sewaktu penyerahan sumbangan.

·         Jenama penyumbang akan dinyatakan secara berkala dalam laporan berita mengenai ekspedisi.

·         Jenama penyumbang akan dipaparkan pada pakaian penunggang dan motosikal

·         Tempoh penggunaan logo ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos 2011

·         Perasmian perpustakaan yang telah siap akan disempurnakan oleh penyumbang


c)    Lain-lain penyumbang

·         Sumbangan akan digabungkan untuk mencukupkan kos penubuhan sebuah perpustakaan

·         Perpustakaan berkenaan akan dinamakan sebagai Perpustakaan 1Malaysia

** Semua sumbangan layak mendapat rebet cukai yang akan diuruskan oleh IRM

PELAKSANAAN PENUBUHAN PERPUSTAKAAN

  • Sebanyak 40 buah perpustakaan akan ditubuhkan di rumah anak yatim menggunakan premis sedia ada
  • Dana terkumpul akan diguna untuk menubuhkan 40 perpustakaan iaitu 10 Melayu, 10 Cina, 10 India dan 10 bumiputera Sabah dan Sarawak selari dengan komposisi penunggang yang terdiri daripada pelbagai bangsa
  • Perpustakaan berkenaan akan ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia
  • Proses penubuhan perpustakaan diuruskan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) selaku penerima dana sumbangan yang dikumpul Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M)
  • Sebelum perpustakaan ditubuhkan, IRM akan membuat lawatan di rumah anak yatim bagi memastikan ia benar-benar layak untuk dipilih.
  • Lawatan susulan akan dibuat oleh IRM bagi menilai keperluan sebenar anak yatim dengan mendapatkan maklumat mengenai jumlah penghuni, jantina dan lingkungan umur serta ruang penyediaan perpustakaan.
  • Melalui maklumat itu, IRM akan membuat pembelian buku mengikut kesesuaian dan keperluan penghuni rumah anak yatim
  • Penubuhan 40 perpustakaan ini dijangka mengambil masa selama 13 bulan berdasarkan kemampuan pihak IRM menubuhkan tiga buah perpustakaan dalam masa sebulan.
  • Peserta ekspedisi akan bersama anak anak yatim dalam program khidmat sosial sewaktu perasmian perpustakaan

LATAR BELAKANG ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

  • Islamic Relief Malaysia (IRM) adalah cawangan kepada agensi bantuan dan pembangunan sosial antarabangsa, Islamic Relief (IR) yang mempunyai status perundingan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
  • IR ditubuhkan di Birmingham, United Kingdom (UK) pada 1984
  • IR telah mengembangkan objektifnya dalam bentuk bantuan kemanusiaan pelbagai bidang termasuk perubatan, pembangunan komuniti dan pendidikan di 35 buah negara
  • Bantuan kemanusiaan IR di peringkat antarabangsa dan dalam negara tidak hanya tertumpu kepada umat Islam sebaliknya merentasi kepercayaan agama
  • Pada 2009, IRM dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia melancarkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang berjaya mengumpul RM3 juta
  • Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim telah turut sama menjayakan tabung Dakap dengan menganjurkan Kembara Amal Jelajah Malaysia yang berjaya mengumpul RM50,000.
  • Kerjasama dengan IRM dijalinkan kerana IRM melalui inisiatif sendiri telah berjaya menubuhkan enam perpustakaan di rumah anak yatim iaitu di Chemor dan Gopeng, Perak, Puchong, Bangi dan Dengkil, Selangor dan Tambunan, Sabah.

KONSEP PENGUMPULAN DANA

  • Kumpulan sasaran penyumbang tunai adalah badan korporat, perkumpulan dan juga individu
  • Bagi mewujudkan kesedaran dan tarikan berterusan berhubung pengumpulan dana ini, kami akan mengadakan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) dari Kuala Lumpur ke London dengan laporan pergerakan hariannya dilaporkan akhbar
  • Dengan cara ini, kami turut mempromosikan jenama penyumbang yang menyumbang bakti untuk anak yatim di dalam dan luar negara
  • Publisiti meluas dalam media massa sama ada cetak mahupun elektronik akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengumpul dana
  • Kaedah sumbangan secara online di www.irm.org.my turut diguna pakai dan promosinya akan dibuat besar-besaran melalui internet
  • Islamic Relief Malaysia (IRM) adalah penerima dana ini disamping berperanan sebagai pihak yang akan menubuhkan 40 perpustakaan ini.

OBJEKTIF

  • Mengumpul dana sekurang-kurangnya RM2 juta untuk menubuhkan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim di seluruh negara
  • Menanamkan budaya membaca di kalangan anak yatim
  • Melengkapkan anak yatim dengan ilmu pengetahuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara
  • Memberi kesedaran kepada anak yatim bahawa ketiadaan ibu atau bapa bukannya penghalang untuk meraih kejayaan
  • Menyuntik motivasi di kalangan anak yatim bahawa dalam kehidupan sebenarnya tiada halangan kerana yang terbentang di hadapan mereka ialah pelbagai peluang jika gigih berusaha
  • Membolehkan syarikat korporat, kumpulan atau individu yang prihatin menyumbang kepada pembangunan modal insan negara

PENGENALAN

Salah satu nilai dalam gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ialah pendidikan. Sebagai rakyat, kami terpanggil untuk turut sama menjayakan nilai pendidikan itu dengan cara tersendiri.

Menjadi fokus keutamaan kami ialah hal ehwal pendidikan penghuni rumah anak yatim. Pada masa ini terdapat kira-kira 500 buah anak yatim yang berdaftar di seluruh negara.

Satu tinjauan rambang oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia (IRM) di rumah-rumah anak yatim mendapati majoriti daripadanya sekadar memberi tumpuan kepada keperluan asas kehidupan semata-mata.

Hanya segelintir mempunyai perpustakaan namun keadannya amat daif dengan bahan bacaan ala kadar. Amat mengejutkan juga apabila tinjauan itu mendapati perpustakaan berkenaan diisi dengan buku-buku yang tidak relevan seperti buku panduan telefon, laporan kewangan syarikat dan katalog membeli belah.

Justeru, Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tampil menjalinkan kerjasama dengan IRM untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM2 juta bagi menubuhkan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim di seluruh negara.

Ekspedisi bermotosikal ini dianggotai empat penunggang berbangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun serta seorang wartawan untuk tujuan dokumentasi perjalanan.

Kami yakin, dengan memberi akses pendidikan sebegini, anak-anak yatim mempunyai peluang untuk melakar masa depan yang lebih gemilang walaupun membesar dalam kekurangan.

Ia juga selari dengan pepatah nasihat Cina: “Kalau seseorang itu diberi seekor ikan, dia hanya kenyang untuk sehari. Tetapi kalau diajarnya memancing, dia tidak akan berlapar sepanjang hayatnya,”