** Semua sumbangan layak mendapat rebet cukai yang akan diuruskan oleh IRM
a) Penyumbang PLATINUM:
· Kategori PLATINUM adalah penyumbang utama kepada projek penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim
· Penyumbang perlu menyumbang sebanyak RM500,000 bersamaan dengan penubuhan 10 buah perpustakaan
· 10 perpustakaan ini akan dinamakan sempena nama syarikat penyumbang
· Perasmian perpustakaan yang telah siap akan disempurnakan oleh penyumbang
· Sebagai imbuhan, jenama penyumbang akan digabungkan dengan nama ekspedisi. Sebagai contoh ABC Berhad adalah penyumbang PLATINUM, sehubungan itu nama eskpedisi akan dijadikan sebagai Ekspedisi Merdeka ABC 1Malaysia.
· Penyumbang akan diberikan liputan media khas sewaktu penyerahan sumbangan dan jenama mereka akan disebut dalam setiap laporan berita mengenai ekspedisi.
· Logo penyumbang akan digandingkan dengan logo ekspedisi untuk disiarkan secara harian sepanjang ekspedisi selama 60 hari selain disiarkan secara berkala sebelum dan selepas ekspedisi
· Dianggarkan jumlah penggunaan logo dan jenama ini di media cetak adalah melebihi 100 kali. Ini tidak termasuk publisiti di media elektronik.
· Penyiaran 100 berita berserta logo berdasarkan harga pasaran dianggarkan melebihi nilai RM1,000,000 (RM1 JUTA)
· Jenama penyumbang akan dipaparkan di tempat utama pada pakaian penunggang dan motosikal
· Tempoh penggunaan logo ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos 2011
(Jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia sahaja adalah di antara 300,000 naskah sehari. Ini bermakna logo ini akan diulangcetak sekurang-kurangnya 30juta kali untuk program ini).
b) Penyumbang EMAS:
· Kategori EMAS adalah penyumbang kepada penubuhan sebuah perpustakaan di rumah anak yatim iaitu RM50,000
· Perpustakaan ini akan dinamakan sempena nama penyumbang
· Sebagai imbuhan penyumbang akan diberikan liputan media sewaktu penyerahan sumbangan.
· Jenama penyumbang akan dinyatakan secara berkala dalam laporan berita mengenai ekspedisi.
· Jenama penyumbang akan dipaparkan pada pakaian penunggang dan motosikal
· Tempoh penggunaan logo ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos 2011
· Perasmian perpustakaan yang telah siap akan disempurnakan oleh penyumbang
c) Lain-lain penyumbang
· Sumbangan akan digabungkan untuk mencukupkan kos penubuhan sebuah perpustakaan
· Perpustakaan berkenaan akan dinamakan sebagai Perpustakaan 1Malaysia
** Semua sumbangan layak mendapat rebet cukai yang akan diuruskan oleh IRM
No comments:
Post a Comment