Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, April 9, 2010

PENGENALAN

Salah satu nilai dalam gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ialah pendidikan. Sebagai rakyat, kami terpanggil untuk turut sama menjayakan nilai pendidikan itu dengan cara tersendiri.

Menjadi fokus keutamaan kami ialah hal ehwal pendidikan penghuni rumah anak yatim. Pada masa ini terdapat kira-kira 500 buah anak yatim yang berdaftar di seluruh negara.

Satu tinjauan rambang oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia (IRM) di rumah-rumah anak yatim mendapati majoriti daripadanya sekadar memberi tumpuan kepada keperluan asas kehidupan semata-mata.

Hanya segelintir mempunyai perpustakaan namun keadannya amat daif dengan bahan bacaan ala kadar. Amat mengejutkan juga apabila tinjauan itu mendapati perpustakaan berkenaan diisi dengan buku-buku yang tidak relevan seperti buku panduan telefon, laporan kewangan syarikat dan katalog membeli belah.

Justeru, Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tampil menjalinkan kerjasama dengan IRM untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM2 juta bagi menubuhkan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim di seluruh negara.

Ekspedisi bermotosikal ini dianggotai empat penunggang berbangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun serta seorang wartawan untuk tujuan dokumentasi perjalanan.

Kami yakin, dengan memberi akses pendidikan sebegini, anak-anak yatim mempunyai peluang untuk melakar masa depan yang lebih gemilang walaupun membesar dalam kekurangan.

Ia juga selari dengan pepatah nasihat Cina: “Kalau seseorang itu diberi seekor ikan, dia hanya kenyang untuk sehari. Tetapi kalau diajarnya memancing, dia tidak akan berlapar sepanjang hayatnya,”

No comments:

Post a Comment