Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, April 14, 2010

PERLAKSANAAN dan PEMBIAYAAN EKSPEDISI

Ekspedisi Merdeka 1Malaysia - DEMI ANAK YATIM ini akan menggunakan 5 buah motorsikal Kawasaki Versys dari Kuala Lumpur ke London bagi jarak perjalanan lebih kurang 22,000km.

Ekspedisi akan merentasi 18 buah negara keseluruhannya. Alhamdulillah bantuan diplomatik dari Wisma Putra yang diberikan kepada kami sehingga ke hari ini amatlah membanggakan.

Antara negara yang berada di laluan kami adalah:

Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Slovenia, Itali, Switzerland, Perancis, Jerman dan United Kingdom.

2 minggu yang terakhir kelak, kami akan mengharungi perjalanan di bulan Ramadhan. Dijangkakan pada waktu itu kami telahpun berada di benua Eropah, oleh yang demikian faktor cuaca yang tidaklah begitu hangat seperti di Khatulistiwa dapat memberi kami lebihan tenaga untuk meneruskan perjalanan walaupun berpuasa.

Dijadualkan akan tiba di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 31 Ogos 2010 untuk menyambut HARI MERDEKA ke 53 bersama rakyat Malaysia di sana.

Penyelenggaraan motorsikal secara berkala akan dilakukan di Ankara, Turki oleh anggota pasukan kami sendiri.

TIADA KENDERAAN SOKONGAN/BANTUAN YANG AKAN MENGIRINGI KAMI DI SEPANJANG PERJALANAN INI.


Segalanya terpikul di atas kami berlima sahaja. Dan kelima-lima peserta ini telah mengambil CUTI TANPA GAJI bagi tempoh 3 bulan dimana segala kos perbelanjaan ekspedisi ini ditanggung oleh kami berlima secara persendirian sebagai pengorbanan kami kepada anak-anak yatim.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, kami hanyalah "PROMOTER" bagi pengumpulan DANA PENUBUHAN 40 PERPUSTAKAAN ANAK YATIM ini. Pihak IRM adalah sebagai penerima sumbangan dan akan mengusahakan penubuhan perpustakaan ini. Layari http://www.irm.org.my/ untuk maklumat lanjut berhubung projek perpustakaan anak yatim ini.

Doakan kami berjaya mengharungi semua cabaran dan dugaan yang menanti kami berlima dengan mudah.

Salam
Ketua Ekspedisi

No comments:

Post a Comment