Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, July 21, 2010

Day 21 China: Urumqi - Jinghe

Manas 21 Julai - Pasukan EM1M meninggalkan Urumqi pukul 8 pagi tadi dan kini dlm perjalanan ke Jinghe. Perjalanan hari ini membabitkan jarak 420km. Jinghe merupakan destinasi kedua trakhir EM1M sebelum memasuki Kazakhstan.
SMS di terima 11:22am (waktu Malaysia) 21 Julai, 2010.

Ahaa! Just another 230 km away fm China-Kazak border. EM1M currently at Jinghe, Xinjiang. Covered 430km fm Urumqi. Light n easy ride on the good roads n hwy. China almost done SAFELY! Thanks for ur prayer!
SMS di terima 6:15pm (waktu Malaysia) 21 Julai, 2010.

Insyaallah esok jam 10am waktu Malaysia, kami akan meninggalkan Jinghe dan meneruskan kembaraan ke bandar sempadan China-Kazakhstan iaitu Korgas @ Khorgos.

Seperti yang kalian maklum, kami sekarang 1 day ahead of our schedule.

Permit keluar China adalah 24 Julai.

Jika dizinkan ALLAH, kami akan mencuba nasib untuk meninggalkan bumi China yang banyak kenangan ini pada 23 Julai untuk memasuki bumi Kazakhstan pula.

Andai ALLAH tidak izinkan, kami akan menyeberang sempadan pada 24 Julai.

Mohon didoakan agar ALLAH mengizinkan kami untuk keluar negara China ini pada 23 Julai 2010.

Azizi Hashim
Jinghe, XINJIAN


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersama penjual tembikai sewaktu menuju ke Jinghe, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) meraikan kejayaan tiba di Jinghe, China.

Kapten Azizi Hashim bersama seorang lelaki tua yang menyebut "Islam...Islam" apabila melihat logo IRM dan Perkasa di Jinghe, China.

Khusyuk memerhatikan logo IRM yang mempunyai grafik menara dan kubah masjid.


Jelajah EM1M hampiri Kazakhstan


1 comment:

  1. teruskan usaha bro...semoga dipermudahkan perjalanan. Godspeed!

    ReplyDelete