BUDAPEST (Hungary) 19 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka
1Malaysia (EM1M) semakin mengampiri destinasi sasarannya, London, apabila tiba
di Hungary melalui pintu sempadan Atrand, petang semalam selepas 150km meninggalkan Cluj Napoca, Romania.
Sebagaimana di pintu sempadan negara Kesatuan Eropah (EU)
yang telah kami tempuhi, prosedur kemasukannya amat pantas walaupun membabitkan
kenderaan daripada negara bukan anggota.
Suasana di Hungary membuatkan kami benar-benar terasa berada
di Eropah, selain cuaca yang dingin, pemandunya amat 'bertamadun' kerana begitu
menghormati pengguna jalan raya yang lain termasuklah pejalan kaki.
Selaju manapun kenderaan dipandu, apabila memasuki kawasan
penempatan, mereka akan memperlahankan kelajuan kenderaan ke tahap 50kmj
sehingga membuatkan kami kekok kerana terbawa-bawa dengan cara di Malaysia yang
tidak akan perlahan kecuali jika ada polis trafik yang menunggu.
Lebuh rayanya tidak mempunyai plaza tol namun penggunanya
termasuk penunggang motosikal perlu membeli 'Vignette', sejenis cukai jalan
dengan pembayaran minimum sebanyak 4 Euro untuk tempoh empat hari.
Dengan 'Vignette', pemandu kenderaan bebas menggunakan lebuh
raya tanpa had dan pemeriksaanya dilakukan secara rambang oleh pihak berkuasa
dan kami difahamkan denda yang dikenakan mencecah 100 Euro dan perlu dibayar
sewaktu saman dikeluarkan.
Kelibat motosikal berkuasa besar juga adalah pekara biasa di
jalan rayanya dan kami sekadar 'bertegur sapa' dengan lambaian tangan setiap
kali bertemu dengan mereka.
Penunggangnya amat mementingkan keselamatan dengan pemakaian
pakaian menunggang yang lengkap malah ada di antara mereka memakai sut lumba di
pusat bandar Budapest sehingga membuatkan kami tersenyum sesama sendiri.
Trafik di Budapest amat lancar dan teratur walaupun
mempunyai banyak persimpangan lampu isyarat, ia mungkin disumbangkan oleh sikap
pemandunya yang tidak mementingkan diri sendiri.
Dengan perasaan yang agak selamat berada di atas jalannya,
kami berpeluang untuk menikmati keindahan Budapest yang dipenuhi
bangunan-bangunan lama umpama satu hasil kerja seni.
Dianggap sebagai bandar tercantik di Eropah, Budapest
mempunyai beberapa tapak Warisan Dunia seperti Banks Danube, Heroes Square dan
sebuah setesen keretapi tertua di dunia iaitu Stesen keratapi Bawah Tanah
Millennium dan bangunan Parlimen ketiga terbesar di dunia.
Anggota pasukan EM1M bersama masyarakat Gipsi yang menjual bawang di tepi jalan, kira-kira 20km ke Targu Mures, Romania 17 Ogos 2010. |
Pasukan EM1M bergambar dengan latar belakang menara sebuah gereja lama sewaktu menuju ke Cluj Napoca, Romania 17 Ogos, 2010 |
Pasukan EM1M bersama Ketua Canseri, Akmal Che Mustaffa dan Setiausaha Ketiga, Paizah Affandi di Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania 17 Ogos, 2010.
Suasana di Bucharest, Romania 17 Ogos, 2010
Suasana kawasan kampung di Romania.
Pasukan EM1M sejurus melepasi pintu sempadan Atrand, Hungary 18 Ogos, 2010. |
Pemandangan kawasan perumahan mewah di Budapest, Hungary |
Alhamdulillah...safely reach Hungary! Nothing much to say, just wishing all of u the Best of Luck in continuing another 1/5 of ur journey !!! GO...GO...GO.....
ReplyDeleteLots of prayers from us.
Alhamdulillah..matlamat semakin hampir...
ReplyDeleteAlhamdulillah.....da x jauh tu bro's. Kami doa moga selamat.
ReplyDeletesemoga anda sentiasa di lindungi ALLAH
ReplyDeletealhamdulillah, semakin bersemangat rakan2 kita..
ReplyDeleteMudahan... sampai spt yg dijadualkan.. kuat kan semangat...
ReplyDeleteBetter late than never..
ReplyDeleteTQVM for ur continueos support and prayers!
1M-CAH