Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, August 23, 2010

Kawasaki Versys 650 berada dalam keadaan terbaik untuk tamatkan misi EM1M

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

VIENNA (Austria) 22 Ogos - Kenapa Kawasaki Versys 650?


Itulah antara soalan yang dibangkitkan rakan-rakan dalam dunia pemotoran apabila berita mengenai pemilihan motosikal yang digunakan pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tersebar, sejak Mac lalu.

Ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat prestasi Kawasaki Versys 650, sama ada 'lulus' atau gagal untuk mengharungi perjalanan yang mencabar sejauh 22,000 kilometer (km) terutamanya di China.

Hari ini, selepas 17,100km meninggalkan tanah air pada 1 Julai lalu, terbukti keyakinan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang  terhadap Kawasaki Versys 650 adalah keputusan yang tepat.

Kami langsung tidak berdepan dengan masalah walaupun Kawasaki Versys 650 telah 'dilanyak' ke tahap maksimum di China menggunakan laluan yang sebahagian besarnya tidak layak dipanggil jalan raya.

Hanya kerosakan kecil sahaja yang dialami iaitu mentol lampu kecil motosikal yang digunakan Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim dan penulis perlu ditukar selain masalah kebocoran pelapik minyak fork pada motosikal Azizi.

Kebocoran berkenaan berpunca daripada percikan tar yang melekat pada bahagian fork yang terdedah, bagaimanapun ia dapat diatasi  oleh Chern Kwang kerana pasukan EM1M membawa alat ganti dan peralatan yang mencukupi sebagai langkah berjaga-jaga.

Menceritakan kriteria pemilihan Kawasaki Versys 650, Chern Kwang yang merupakan pemilik Sunvay Cycle berkata antara yang diberi perhatian khusus ialah jenis enjin yang digunakan.

Katanya, walaupun kuasa enjinnya tidak terlalu kuat, ia sebenarnya memadai untuk mengharungi perjalanan mencabar, tambahan pula kos penyelengaraannya rendah selain mempunyai dua piston yang amat sesuai untuik mendaki kawasan tinggi dan mampu beroperasi dengan baik dalam pelbagai jenis cuaca.

Berat kering Kawasaki Verysy ialah 180 kilogram dan ia merupakan satu bonus kerana memudahkan kawalan motosikal pada laluan mencabar walaupun dia dikendalikan penungang yang kurang pengalaman.

Muatan tangkinya adalah 19.5 liter dan pada laluan yang baik, kami mampu bergerak sehingga 400km dengan sekali isian walaupun berlaku pertambahan berat sekurang-kuranganya 50kg untuk kelengkapan yang dibawa tidak termasuk berat badan penunggang.

"Ini antara faktor yang dipertimbangan oleh pasukan EM1M dan nampaknya pilihan yang dibuat amat tepat, setakat hari ini kami sudah sampai ke Austria dan tiada masalah langsung untuk mencapai sasaran menamatkan penjelajahan di London pada 31 ogos ini," katanya.

Khidmat sokongan sekiranya berdepan masalah juga bukannya satu kebimbangan kerana Kawasaki mempunyai jaringan pengedar dan pusat servis di seluruh dunia.

Antara jaringan yang dimanfaatkan oleh Kawasaki Motor (M) Sdn Bhd. (KMSB) ialah pusat servis Kawasaki di Istanbul, Z-Moto yang melakukan penyelengaraan menyeluruh termasuk menukar tayar  Kawasaki Versys 650 yang digunakan pasukan EM1M pada 13 Ogos lalu.

Selain itu, KMSB juga membuat kejutan apabila menghadiahkan jaket baru kepada anggota pasukan EM1M melalui pengedar Kawasaki di Bucharest, Hungary sebagai meraikan kejayaan menghampiri destinasi sasaran di London yang berbaki sembilan hari lagi.

EM1M merupakan projek ekspedisi bermotosikal ke 17 negara bagi mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dan untuk menyumbang secara online, layari layari www.irm.org.my atau hubungi Pengurus Pembangunan Dana IRM, Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334.

Kawasaki
Pasukan EM1M bersama tenaga kerja Z-Moto yang melakukan penyelenggaraan terhadap Kawasaki Versys 650 di Istanbul, Turki
Kawasaki Kawasaki
Kawasaki Kawasaki Kawasaki

No comments:

Post a Comment