Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, August 4, 2010

Day 35-37 Iran: Gorgan > Tehran

EM1M in GORGAN,Iran.3.5hrs behind Malaysia time.Tak terlarat nak melayan keramahan warga Iran.Walaupon perbezaan bahasa tidak membataskan kami untuk berkomunikasi.Ada yang membekalkan kami makanan mereka.GREAT!!
 SMS di terima 7:37pm (waktu Malaysia) 4 Ogos, 2010

~~~~~~~~~~
Salam dari EM1M di bumi Tehran, Iran. 2 Malays, 1 Kadazan n 1 Chinese, all rookies just "hantam saja" n clocked 410 km for today. Distance travelled 11500+ km. For those who want to test their riding n driving skills, u r welcome to Tehran.
  SMS di terima 10:55pm (waktu Malaysia) 5 Ogos, 2010

~~~~~~~~~~
Jutaan terimakasih kpd Pegawai serta isteri kakitangan Kedutaan Malaysia di Tehran yg bersusah payah menyediakan makan tengahari kami di kedutaan. Terubat kerinduan kami semua. Jasa tuan/puan amat kami hargai. Do keep in touch!
 SMS di terima 9:36pm (waktu Malaysia) 6 Ogos, 2010

 6 Ogos, 2010 - Jutaan terimakasih dari EM1M kepada pegawai serta isteri kakitangan Kedutaan Malaysia di TEHRAN yang telah sudi menjamu makan tengahari untuk kami di kedutaan sebentar tadi. Jasa tuan/puan amat kami hargai. Do keep in touch and follow us on www.xpdc1malaysia.blogspot.com :wave: 

Hari ini adalah hari rehat untuk kami di bumi Tehran.Insyaallah, esok kami akan menghala ke Zanjan ataupun Tabriz jika waktu mengizinkan kami:pray:

Cuaca di sini agak kering tetapi tidaklah sepanas Turpan di Chinathumpup


Azizi Hashim
Tehran, Iran
Iran Iran
Iran Iran
Iran Iran
Iran 20100804-2

'Carnet' permudah kemasukan EM1M ke Iran

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

GORGAN (Iran) 6 Ogos - Imigresen Turkmenistan di sempadan Howdan agak keberatan untuk melepaskan anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) keluar dari negara mereka dan memasuki Iran pagi kelmarin.

Lebih sejam masa terbuang, segalanya berpunca daripada ketiadaan visa Iran pada pasport kami dan mereka tidak mahu dipersalahkan sekiranya republik Islam berkenaan menafikan kemasukan EM1M selepas itu.

Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim berulang kali menjelaskan kami telah membuat permohonan di Kuala Lumpur tetapi Kedutaan Iran sendiri menjelaskan rakyat Malaysia tidak memerlukan visa sekiranya berada di negaranya kurang daripada 14 hari.

Mujurlah sekeping surat sokongan mendapatkan visa yang dikeluarkan oleh Wisma Putra dan dialamatkan kepada Kedutaan Iran menjadi penyelamat, selepas membuat satu salinan mereka melepaskan kami ke Iran.

Kebimbangan masih bermain di fikiran sewaktu kami menguruskan kemasukan kenderaan ke Iran melalui pintu sempadan Bagjiran kerana maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakan yang pernah melakukan ekspedisi bermotosikal, ia akan mengambil masa yang lama dan ada yang mencecah lapan jam.

Bagaimanapun kami tidak berdepan dengan masalah tersebut kerana segalanya berjalan lancar, hulurkan sahaja dokumen 'carnet de passage' yang merupakan permit import dan eksport sementara, segalanya ditanggung beres.

Dalam tempoh tidak sampai sejam, 'carnet' yang dikeluarkan melalui Persatuan Automobil Malaysia (AAM), motosikal Kawasaki Versys kami meluncur gagah meredah kawasan pergunungan Iran sejauh 120 kilometer (km) sebelum berhenti di Quchan untuk bermalam.

Awal pagi semalam, perjalanan disambung ke Gorgan, sebuah bandar yang agak besar dan terletak kira-kira 430 km daripada Quchan.

Jalan utama yang kami gunakan agak sibuk kerana musim cuti panas selama tiga bulan dengan cara pemanduan rakyatnya yang agak agresif.

Pemerhatian kami mendapati semua laluan utama berkenaan akan memasuki kawasan pekan dan bandar sekaligus merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Setiap laluan utama yang merentasi kawasan bandar tidak mempunyai persimpangan lampu isyarat, sebaliknya ia diganti dengan bulatan untuk melancarkan aliran trafik.

Ketibaan kami disambut oleh seorang penduduk temopatan, Abu Fazal yang merupakan kawan kepada kenalan baru kami di Turkmenistan, Mergan, yang kemudiannya membawa kami ke Ziyarat.

Ziyarat merupakan kawasan peranginan yang dikelilingi gunung ganang dengan suasana yang menyamai Cameron Highlands di tanah air.

1 comment:

  1. terasa masa begitu cepat berlalu...sekejap sahaja dah sampai Iran...Semoga selamat dalam perjalanan...Ayah saya setiap hari dok baca blog ni...tengok progress perjalanan ni...

    ReplyDelete