Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, August 20, 2010

EM1M 'mara' ke negara ke-11

saiful haizan hasam

BUDAPEST (Hungary) 19 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) semakin mengampiri destinasi sasarannya, London, apabila tiba di Hungary melalui pintu sempadan Atrand, petang semalam selepas 150km meninggalkan Cluj Napoca, Romania.

Sebagaimana di pintu sempadan negara Kesatuan Eropah (EU) yang telah kami tempuhi, prosedur kemasukannya amat pantas walaupun membabitkan kenderaan daripada negara bukan anggota.

Suasana di Hungary membuatkan kami benar-benar terasa berada di Eropah, selain cuaca yang dingin, pemandunya amat 'bertamadun' kerana begitu menghormati pengguna jalan raya yang lain termasuklah pejalan kaki.

Selaju manapun kenderaan dipandu, apabila memasuki kawasan penempatan, mereka akan memperlahankan kelajuan kenderaan ke tahap 50kmj sehingga membuatkan kami kekok kerana terbawa-bawa dengan cara di Malaysia yang tidak akan perlahan kecuali jika ada polis trafik yang menunggu.

Lebuh rayanya tidak mempunyai plaza tol namun penggunanya termasuk penunggang motosikal perlu membeli 'Vignette', sejenis cukai jalan dengan pembayaran minimum sebanyak 4 Euro untuk tempoh empat hari.

Dengan 'Vignette', pemandu kenderaan bebas menggunakan lebuh raya tanpa had dan pemeriksaanya dilakukan secara rambang oleh pihak berkuasa dan kami difahamkan denda yang dikenakan mencecah 100 Euro dan perlu dibayar sewaktu saman dikeluarkan.

Kelibat motosikal berkuasa besar juga adalah pekara biasa di jalan rayanya dan kami sekadar 'bertegur sapa' dengan lambaian tangan setiap kali bertemu dengan mereka.

Penunggangnya amat mementingkan keselamatan dengan pemakaian pakaian menunggang yang lengkap malah ada di antara mereka memakai sut lumba di pusat bandar Budapest sehingga membuatkan kami tersenyum sesama sendiri. 

Trafik di Budapest amat lancar dan teratur walaupun mempunyai banyak persimpangan lampu isyarat, ia mungkin disumbangkan oleh sikap pemandunya yang tidak mementingkan diri sendiri.

Dengan perasaan yang agak selamat berada di atas jalannya, kami berpeluang untuk menikmati keindahan Budapest yang dipenuhi bangunan-bangunan lama umpama satu hasil kerja seni.

Dianggap sebagai bandar tercantik di Eropah, Budapest mempunyai beberapa tapak Warisan Dunia seperti Banks Danube, Heroes Square dan sebuah setesen keretapi tertua di dunia iaitu Stesen keratapi Bawah Tanah Millennium dan bangunan Parlimen ketiga terbesar di dunia.

Romania
Anggota pasukan EM1M bersama masyarakat Gipsi yang menjual bawang di tepi jalan, kira-kira 20km ke Targu Mures, Romania 17 Ogos 2010.
Romania
Pasukan EM1M bergambar dengan latar belakang menara sebuah gereja lama sewaktu menuju ke Cluj Napoca, Romania 17 Ogos, 2010

Romania Romania
Pasukan EM1M bersama Ketua Canseri, Akmal Che Mustaffa dan Setiausaha Ketiga, Paizah Affandi di Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania 17 Ogos, 2010.

Romania Romania Romania
Suasana di Bucharest, Romania 17 Ogos, 2010

Romania Romania
Romania Romania
Suasana kawasan kampung di Romania.

Hungary
Pasukan EM1M sejurus melepasi pintu sempadan Atrand, Hungary 18 Ogos, 2010.

Hungary
Pemandangan kawasan perumahan mewah di Budapest, Hungary

7 comments:

  1. Alhamdulillah...safely reach Hungary! Nothing much to say, just wishing all of u the Best of Luck in continuing another 1/5 of ur journey !!! GO...GO...GO.....
    Lots of prayers from us.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..matlamat semakin hampir...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.....da x jauh tu bro's. Kami doa moga selamat.

    ReplyDelete
  4. semoga anda sentiasa di lindungi ALLAH

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, semakin bersemangat rakan2 kita..

    ReplyDelete
  6. Mudahan... sampai spt yg dijadualkan.. kuat kan semangat...

    ReplyDelete
  7. Better late than never..

    TQVM for ur continueos support and prayers!

    1M-CAH

    ReplyDelete