Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, August 11, 2010

RON95 beharga RM9.12 seliter di Turki

saiful haizan hasam

KELKIT (Turki) 11 Ogos - Selepas 13,000 kilometer (km) menjelajah ke lapan buah negara asing, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) menempuhi pelbagai pengalaman yang membuatkan diri terasa amat bersyukur menjadi anak Malaysia.

Ia termasuklah topik sensitif di tanah air membabitkan  harga petrol yang seringkali dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan waima harganya meingkat 5 sen berikutan pelarasan subsidi baru-baru ini.

Harga terbaru petrol RON95 di tanah air berapa pada tahap RM1.85 seliter dan apabila ia dimaklumkan kepada rakyat republik ini, mereka sukar untuk mempercayainya kerana terpaksa membayar 3.80 Lira yang bersamaan dengan RM9.12 untuk jumlah yang sama.

Pasukan EM1M yang pertama kali membuat pengisian semula petrol di bandar Erzurum, kelmarin, tururt merasakan keperitannya selepas lebih sebulan membayar antara RM2 hingga RM3 untuk seliter petrol di Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Iran.

Setiap anggota pasukan EM1M dianggar memerlukan 80 liter minyak untuk menamatkan sektor penjelajahan di Turki dan ia bermakna kami perlu membelanjakan RM729.60 hanya untuk mengisi minyak.

Biasanya, ada yang berhujah jangan bandingkan harga petrol di negara asing kerana ia selari dengan pendapatan penduduknya yang lebih besar berbanding dengan rakyat Malaysia.

Di Turki, hujah berkenaan langsung tidak relevan kerana kami dapat melihat bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi malah di sepanjang laluan kami dari Dogubeyazit ke sini semalam, rata-rata penduduk kampung adalah petani.

Kami tidak tahu sejauh mana kebenaranya, namun lalu lintas di laluan yang kami gunakan tidak sesibuk di negara yang telah kami lalui, mungkin ia berpunca daripada harga petrol yang mahal.

Sementara itu, kami tiba di sini kira-kira pukul 6 petang selepas 470km menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 daripada Dogubeyazit bermula pukul 8 pagi.

Destinasi asal EM1M ialah sebuah bandar yang lebib besar bernama Erzinchan namun Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim membuatkan keputusan untuk mengubahnya ke sini bagi mengelakkan masa terbuang untuk mencari jalan keluar pada hari berikutnya.

Kelkit merupakan sebuah bandar kecil seperti Jertih di Terengganu namun lengkap dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan.

Ia merupakan bandar utama kepada daerah Gumushane dan namanya adalah bersempena Sungai Kelkit - antara sungai terbesar yang bersambung dengan Sungai Yesil yang mengalir ke Laut Hitam.

Mengenai ibadah puasa, anggota pasukan EM1M yang beragama Islam akan menyambut 1 Ramadan dengan melakukan perjalanan ke Ankara pagi ini bagi menyertai umat Islam berbuka puasa di bandar berkenaan.

Turkey Turkey
Turkey Turkey
Turkey Turkey
Turkey Turkey

1 comment: