Maklumat dan sumbangan sila layari:


Tuesday, August 31, 2010

Day 61 United Kingdom: London

Jutaan penghargaan dari EM1M kepada warga Kedutaan Malaysia di Paris yang diketuai sendiri oleh TYT Duta, Tan Sri Aziz Zainal yang sanggup memandu sejauh 250km semata-mata untuk bersama EM1M dan menyerahkan sumbangan mereka kepada projek anak yatim EM1M. Tahniah dan terimakasih dari EM1M. Moga Allah memberkatinya.
  SMS di terima 1:29pm (waktu Malaysia) 30 Ogos, 2010
Hari ke 61: Pagi yang dingin sekali lagi akan mengiringi perjalanan kami dari Reims ke bandar pesisir pantai Calais, France. Insyaallah, impian 4 anak Malaysia menjejakkan tayar motorsikal mereka dari Kuala Lumpur hingga ke kota London akan ditunaikan pada lewat petang ataupun malam ini waktu tempatan. Teruskan berdoa untuk kami agar dipermudahkan segalanya. Wassalam. Reims, France.
 SMS di terima 1:35pm (waktu Malaysia) 30 Ogos, 2010
Bermotifkan impian untuk bermotosikal merentasi benua di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Bermisikan jenama 1MALAYSIA. Berkiblatkan anak yatim sebagai sumbangan kebajikan. Berbekalkan semangat Malaysia BOLEH! walaupun tiada berpengalaman. Berkat doa rakyat Malaysia, dilengkapi dengan perancangan yang teliti disamping pengunaan sumber yang ada dan dengan izin NYA. Kini, tidak lagi mustahil bagi anak Malaysia merentasi 18 buah negara melalui jalan darat sepenuhnya dari benua Asia ke benua Eropah seperti apa yang telah Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) rencanakan. Selepas 62 hari meredahi bumi asing, tepat jam 12.05 malam waktu Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2010, deruman enjin motosikal EM1M telah dimatikan di Lancester Street, kota London, menandakan kembaraan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia KL-LONDON telahpun berakhir dengan selamat. 
Yesss! We did it... Selamat Hari MERDEKA ke 53!
 SMS di terima 12:06am (waktu Malaysia) 31 Ogos, 2010

6 comments:

  1. Moga semua selamat sampai hendaknya ke destinasi. Doa kami warga Malaysia mengiringi tuan-tuan sekalian.

    ReplyDelete
  2. syabas saya ucapkan kepada Bro A-Bren, Lito, Macx dan Chua kerana berjaya mengharungi perjalanan sejauh 22000km...Syabas dan selamat menyambut kemerdekaan ke 53...

    ReplyDelete
  3. Tahniah kalian semua...jumpa kita minggu depan..huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Merdeka..Merdeka..Merdeka...tahniah d ucapkan kpada smua angta xpdc 1malaysia..sya rasa amat bangga d atas semangt yg dtunjukan.

    Thniah sekali lagi saya ucapkan

    Seblum trlewat sya ucapkan Selamat Hari Raya kpada semua ahli xdpc..muga selamat dlm prjlnan balik nnty


    drpda : Shamsul Majidi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..bile blik mlaysia..? Jgn lupe ole2 dr cna ok..bytway smpaikan salam saya pda geg xpdc..kami smua mnnty kepulgan anda smua..okkk

    ReplyDelete