Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, July 12, 2010

Day 11 CHINA: Danba to Hongyuan, SICHUAN Province

Selamat berhari minggu. 
Berlepas dari DANBA, SICHUAN Province mcm biasa 8am.
Menyusuri Sg. Tatu menghala ke Hongyuan.
Andai masa berkesempatan, terus ke Zoige.
Cuaca mantap! Jalan mulai cantik.
SMS yang telah diterima 10:50am(Waktu Malaysia), 11 Julai 2010
SMS received at 10:50 am (Malaysian Time),  11 July 2010

~~~~~~~~~~

Layan Sungai, sudah. Layan Konar, sudah. 
Layan Potholes, sudah. Layan Selut, sudah.
Layan hi altitude 14,338 feet, sudah.
Sekarang nak layan mata di 11,550 feet at Hongyuan-Sichuan Province.
HOORAY!!
Clocked 360 km.
Total travelled 4,586 km
SMS yang diterima 9:47pm(Waktu Malaysia), 11 Julai 2010
SMS received at 9:47pm(Malaysian Time), 11 July 2010

~~~~~~~~~~

Saiful Haizan Hasam tetap gembira walaupun terpaksa mengharungi laluan sukar sewaktu menuju ke Hongyuan, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar di kemuncak pergunungan Chazhengliangzi sewaktu dalam perjalanan ke Hongyuan.

Pasukan Ekspedisi Merdeka1Malaysia (EM1M) tetap bersemangat dan bersedia untuk mengharungi laluan 'off road' bersama Kawasaki Versys 650 ke Hongyuan, China.

Beginilah keadaan laluan 'off road' ke Hongyuan, China yang terpaksa diharungi pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M).

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) di hadapan sebuah rumah yang mempunyai unsur seni bina Tibet di Danba, China.

 "100 km of Challenging Off-Road Ride...STIRRED but not SHAKEN... thanks to Dual Purpose bike-Versys 650"

EM1M journey were almost derailed due to road closure. This is because the road to be used is closed on alternate days for traffic coming from Danba to facilitate road resurfacing works.

However, having a permit issued by the China Tourism Board which was shown to the on-duty policeman enabled the expedition to proceed despite having to travel against the run of traffic.

According to Chua (EM1M Technical Director), the combination of a lighter weight and a 650 cc engine enabled the Versys to be "tamed" easier on the off-road trail as opposed to other "Dual-Purpose (DP)"  bikes which are heavier and have a higher capacity engine.


 EM1M harungi laluan 'off road' sejauh 100km

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

HONGYUAN (China) 13 Julai - Perjalanan pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) semalam nyaris terkandas kerana laluan utama ke sini yang berada dalam proses pembinaan ditutup untuk lalu lintas dari arah Danba dan hanya dibuka keesokannya. Penggunaan laluan berkenaan digilirkan selang sehari antara kedua belah arah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas namun sekeping permit daripada lembaga pelancongan China yang ditunjukkan kepada polis yang mengawal laluan berkenaan membolehkan kami meneruskan perjalanan walaupun terpaksa menongkah arus.

Maklumat yang diterima daripada seorang pemandu lori amat mengejutkan kerana kami terpaksa mengharungi laluan 'off road' hampir 100 kilometer (km), nampaknya masa untuk 'bergembira' bersama Kawasaki Versys 650 sekali lagi tiba. Baru sahaja satu kilometer bermain lumpur kami terserempak dengan seorang penunggang BMW RT1200 yang ditunggani oleh penduduk tempatan bersama pembonceng, sekadar bertegur sapa dari atas motosikal kami tertanya-tanya bagaimana motosikal sedemikian mampu mengharungi laluan 'off road'.

"Kalau dia boleh, Versys kita mesti lagi boleh, jalan...jalan' jerit Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang yang berperanan sebagai 'sweeper' di sepanjang perjalanan kami. Pelbagai aksi kami lakukan untuk mengharungi perjalanan berkenaan, ada yang menunggang motosikal umpama ketam berjalan, ada yang menggunakan kelebihan berkaki panjang untuk bertongkat apabila hampir terjatuh dan ada terpaksa ditolak motosikalnya apabila tersangkut dalam lumpur.

Menurut Chern Kwang, kemampuan pasukan EM1M mengharungi laluan yang 'tidak masuk akal' itu disumbangkan oleh kelebihan yang dimiliki oleh Versys yang mempunyai berat kering kira-kira 180 kilogram (kg) sahaja. Gabungan berat dan kuasa enjin 650 cc katanya, Versys lebih mudah untuk 'dijinakkan' pada laluan 'off road' berbanding motosikal dwi guna (DP) lain yang lebih berat dan mempunyai lebihan kuasa yang terlalu banyak.

"Penggunaan tayar Bridgestone Battle Wing yang sesuai digunakan di jalan raya dan laluan 'off road' menjadi pelengkap kepada kejayaan EM1M mengharungi laluan ini," kata pemilik Sunvay Cycle itu. Pengalaman menunggang Versys di laluan 'off road' sejauh 100km itu turut menyebabkan seorang anggota pasukan EM1M mula berkira-kira untuk mendapatkannya apabila pulang ke tanah air bagi menggantikan motosikal sedia ada.

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke sini melalui kawasan pergunungan dengan kemuncak tertinggi di Chazhengliangzi yang berada pada kedudukan 4,345 meter dari aras laut yang melebihi ketinggian Gunung Kinabalu di Sabah. Sejurus tiba di sini pada pukul 9.30 malam selepas 360km menunggang, kami bernasib baik kerana penunjuk arah EM1M di China, Michael berjaya mendapatkan hotel yang mempunyai bekalan air panas 24 jam selain diberi kebenaran oleh seorang pegawai tinggi tentera China untuk bermalam.

"Jika tidak dapat kebenaran, kita kena keluar dari sini malam ini juga," katanya sambil menjelaskan bandar Hongyuan kini dibanjiri anggota tentera sebagai langkah berjaga-jaga kerana ia merupakan kawasan sensitif.

2 comments:

  1. Amat teruja membaca trip report nih. Tak dapat pergi pun baca jer jadi lah...Safe riding boss..

    ReplyDelete
  2. Looking good guys! Have a safe ride ;)

    ReplyDelete