Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, July 4, 2010

Day 2 - THAILAND (Patthalung, Suratthani, Prachuap Khiri Khan province, Pretchaburi )


Peserta Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersarapan di Patthalung sebelum meneruskan perjalanan sejauh 850km ke Nakhon Pathom, Thailnad.

Pengarah Teknikal EM1M Chua Chern Kwang menunjukkan bekas air minuman yang digunakannya sewakktu berada di atas motosikal kawasaki Versys di Patthalung, Thailand.

Suasana di jalan utama Patthalung bersempena karnival sukan remaja yang dirakamkan peserta EM1M

Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim meneliti kecederaan muka seorang remaja akibat kemalangan membabitkan motosikal dan menasihatkannya supaya menggunakan topi keledar sewaktu berhenti makan tengahari di Suratthani, Thailand.

Peserta EM1M bergambar bersama seroang pemilik kedai makan di Suratthani selepas melekatkan bendera mini yang disumbangkan oleh Effort Marketing Sdn. Bhd.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui pasukan Em1M di Suratthani tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan bendera Malaysia bersaiz mini.

Pengarah Teknikal Em1M, Chua Chern Kwang (kiri) dan Kapten Azizi Hashim tidak melepaskan peluang untuk melekatkan bendera Malaysia bersaiz mini di sebuah kiosk buahan segar sewaktu menuju ke Nakon Phatom.

Wartawan eksekutif Utusan Malaysia, Saiful Haizan Hasam bergambar kenangan sewaktu berhenti rehat dalam perjalanan ke Nakon Phatom,Thailand.

 Ketua Em1M, Kapten Azizi Hashim sewaktu singgah solat jamak di sebuah masjid dalam wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand.

Anggota pasukan EM1M yang bergama Islam sempat singgah menunaikan solat di sebuah masjid dalam wilayah Prachuap Khiri Khan.


Kapten Azizi Hashim meluangkan masa untuk menguruskan pentadbiran Em1M sewaktu berehat di Pretchaburi.

1 comment:

  1. Aslkum..apa khbar capt..harap smuanye sihat2 belaka...bgaimana dgn ip & xt .. ? hope function ok..plse infrmed me..we wnt too update thuraya n asking xtra top up

    ReplyDelete