Wohoo! Another 80 km to Almaty! Superb weather and driving ethics. Not forgetting, beautiful blondes too. Ahaa.. Fuel is cheaper than water. Dushhh..
SMS di terima 12:02pm (waktu Malaysia) 24 Julai, 2010
Safely arvd Almaty. Disambut oleh Tuan Mohd Irfan Zulkurnain, Setiausaha Kedua, Kedutaan Malaysia di Almaty. Dan kami "mati kutu" baca signboard tulisan Rusia. Thank god local rider sudi membantu kami.
SMS di terima 2:28pm (waktu Malaysia) 24 Julai, 2010
~~~~~~~~~~~
Salam dari EM1M di Almaty, Kazakhstan. Zon waktu 2 jam lewat dr M'sia. Hari ini hari rehat utk kami di sini. Insyaallah jam 8am esok kami akan menghala ke Merke dan makan malam kami hari ini akan dihoskan oleh Duta Malaysia di Kazakhstan, Datuk Saw dan Datin Jenny di kediamannya. Tq in advance Datuk.
SMS di terima 2:38pm (waktu Malaysia) 25 Julai, 2010
Seorang pegawai
kastam China menyerahkan pasport anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia
(EM1M) selepas berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan di pintu sempadan
Korgos, China, Jumaat 23 Julai 2010.
~~~~~~~~~~~
Perhentian bas inilah
yang menjadi tempat tidur anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M)
sewaktu menuju ke Almaty, Kazakshtan 24 Julai 2010.
Anggota pasukan
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersama rakyat tempatan sewaktu dalam
perjalanan ke Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.
Anggota pasukan
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) di sebuah gerai menjual keju sewaktu dalam
perjalanan ke Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.
Anggota pasukan
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar bersama Anbert (dua dari kanan)
dan Muhd. Irfan Zulkurnain di Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.
Muhd. Irfan
Zulkurnain (dua dari kiri) membawa anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia
(EM1M) melawat bangunan Kedutaan Malaysia walaupun ia ditutup kerana cuti
hujung minggu di Almaty, Kazakhstan 24 Julai 2010.
~~~~~~~~~~
Pasukan EM1M bersama
Muhd. Irfan Zulkurnain sewaktu menimati pemandangan bandar Almaty dari puncak
Kok Tobe, Kazakhstan 25 Julai 2010.
Pasukan EM1M bersama
Datuk Saw Ching Hong di kediaman rasminya di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.
Pasukan EM1M
mengabadikan kenangan bersama Datuk Saw Ching Hong (tiga dari kiri) dan Datin
Jenny Saw (empat dari kiri) di hadapan kediaman rasmi mereka di Almaty,
Kazakhstan 25 Julai 2010.
Pasukan EM1M yang
begitu teruja menikmati nasi lemak di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia, Datuk
Saw Ching Hong di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.
Datin Jenny Saw (dua
dari kanan) melihat video yang dirakam pasukan EM1M di Almaty, Kazakhstan 25 Julai 2010.
EM1M jatuh cinta dengan kemesraan rakyat Kazakhstan