Maklumat dan sumbangan sila layari:


Friday, June 25, 2010

EM1M guna peralatan telekomunikasi satelit


Shamsul Majidi Ibrahim (kiri) dan Azizi Hashim menunjukkan telefon mudah alih dan IP satelit Thuraya.
--------------------------------------------------------------------------------

PUCHONG 24 Jun - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) akan menggunakan peralatan
telekomunikasi satelit Thuraya bagi memastikan ia tidak terputus hubungan dengan dunia luar
sepanjang tempoh penjelajahan sejauh 22,000 kilometer (km) ke London, United Kingdom (UK).


Dua peralatan berkenaan ialah telefon satelit Thuraya XT dan modem satelit Thuraya IP yang
ditaja oleh Teknikkom Elektronik Sdn. Bhd. selaku pengedar produk syarikat telekomunikasi
satelit terkemuka, Thuraya Telecommunications Co. yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Wakil Teknikkom, Shamsul Majidi berkata penajaan itu bertujuan membantu pasukan EM1M berhubung
dan menghantar laporan pergerakan mereka secara harian untuk disiarkan oleh akhbar Utusan
Malaysia selaku rakan media ekspedisi dan laman web rasmi mereka.


"Dengan dua peralatan yang menggunakan teknologi satelit ini, sudah pasti mereka dapat membuat
laporan harian tanpa sebarang masalah walau di mana sahaja mereka berada.
Laporan berterusan oleh Utusan Malaysia dan laman web mereka amat penting kerana dengan cara
itu ia dapat membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai projek pengumpulan dana penubuhan
perpustakaan di rumah anak yatim," katanya selepas menyerahkan Thuraya XT dan Thuraya IP kepada
Ketua EM1M, Kapten Azizi hashim, di sini hari ini.


EM1M yang akan memulakan perjalanan pada 1 Julai ini disertai oleh empat peserta berbilang
bangsa dan mereka akan merentasi 17 buah negara sebelum tiba di London pada 31 Ogos ini.
Sempena ekspedisi berkenaan, EM1M akan mempromosikan program pengumpulan dana amal bagi
menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM).


Mengulas lanjut, Shamsul berkata Thuraya XT yang digunakan peserta EM1M merupakan telefon
satelit pertama yang memenuhi standard tinggi kalis air, lumpur mahupun pasir manakala
perumahnya diperbuat daripada bahan polikarbonat yang tahan lasak.


Sementara itu katanya, Thuraya IP pula merupakan modem satelit terkecil di dunia yang mesra
pengguna dan mampu menawarkan kelajuan internet sehingga 444 kbps.


"Thuraya IP akan membolehkan peserta ekspedisi mendapatkan talian internet jalur lebar tanpa
gangguan yang dipancarkan melalui dua satelit milik Thuraya iaitu Thuraya 2 dan Thuraya 3.
"Modem satelit ini mempunyai liputan yang menyeluruh merentasi 140 buah negara di Asia ,
Australia, Afrika, Timur Tengah dan Eropah," katanya.


Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim secara online, layari
www.irm.org manakala sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Iskandar Shah Ismail di
019-2665157/03-89486

1 comment:

  1. Evening..hope evrytg in good condition...plse caal me if u all need any asistant...frm ShamsulMajidi..Teknikkom Elektronik Sdn Bhd

    ReplyDelete