Maklumat dan sumbangan sila layari:


Tuesday, June 22, 2010

Naluri Jalurmas Sdn Bhd turut menyumbang. TAHNIAH!

Utusan Malaysia dated 22 June 2010

Naluri Jalurmas sumbang RM5,000

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebuah syarikat penternakan kambing Boer, Naluri Jalurmas Sdn. Bhd. hari ini menyerahkan sumbangan RM5,000 bagi mengisi dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim yang dipromosikan oleh pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M).

Pengarah Urusan Naluri Jalurmas, Aizan Johan berkata, sumbangan itu bertujuan meneruskan tradisi tahunan syarikatnya untuk terlibat dalam kerja-kerja amal sejak ia ditubuhkan pada 2002.

Beliau berkata, projek penubuhan perpustakaan berkenaan menjadi pilihan pihaknya pada tahun ini kerana usaha mempromosikan kutipan dana tersebut dilakukan dengan kaedah yang unik dan mencabar membabitkan penjelajahan bermotosikal dari Kuala Lumpur ke London.

"Penternakan kambing Boer merupakan cabang perniagaan yang amat mencabar dan kami juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.


"Walau sebesar manapun cabaran itu, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kami melupakan anak-anak yatim yang amat memerlukan bantuan kerana sumbangan sebegini pastinya membawa keberkatan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas penyerahan cek sumbangan oleh Pengerusi Eksekutif Naluri Jalurmas, Sharman Johan di sini, hari ini.

Program kembara lasak bermotosikal bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan meraikan semangat 1Malaysia itu disertai lima peserta berbangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan Penaung Kehormat EM1M manakala akhbar Utusan Malaysia pula adalah rakan media yang akan melaporkan pergerakan harian ekspedisi bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini.


Menceritakan mengenai operasi Naluri Jalurmas yang ditubuhkan bersama dua adik-beradiknya iaitu Sharman dan Reza, Aizan berkata, pihaknya menggunakan konsep penternakan intensif di ladang yang terletak di Hulu Langat dengan tumpuan utama dalam bidang pembiakan baka.


Selain itu, katanya, Naluri Jalurmas juga terlibat membawa masuk kambing Boer dari Australia dan New Zealand untuk pasaran tempatan.

Untuk menderma secara online, layari www.irm.org.my manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 atau melayari xpdc1malaysia.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment