Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, June 14, 2010

Situasi di Osh, Kyrgystan TIDAK STABIL!


Laluan pergunungan di Kyrgystan yang indah seperti ini mungkin tidak dapat kami rentasi.



OSH, Kyrgystan http://en.wikipedia.org/wiki/Osh adalah bandar kedua terbesar di Kyrgystan (Asia Tengah) yang juga menjadi salah satu tempat persinggahan di laluan kami kelak kini sedang mengalami keadaan tidak stabil di mana sekarang ini sedang berlakunya konflik antara etnik. Hingga kini ianya telah dilaporkan meragut lebih dari 100 nyawa akibat dari konflik tersebut.

Pasukan EM1M kini sedang menunggu perkembangan terkini dari pihak Kedutaan Malaysia di Tashkent serta Wisma Putra. Kami juga telahpun bersedia untuk membuat "detour" dengan mengelakkan dari memasuki negara Kyrgystan ini untuk ke Uzbekistan.

Negara Kazakhstan menjadi pilihan kami untuk meneruskan laluan ke Eropah.

Korgas, bandar sempadan antara negara China dan Kazakhstan akan kami gunakan untuk menghala ke Zharkent - Almaty - Merke - Taraz - Shymkent seterusnya ke Tashkent, Uzbekistan.

Perkembangan lanjut akan kami maklumkan dari masa ke semasa.

Another 16 days to go!

Stay tune and Wassalam.
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR.

No comments:

Post a Comment