Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hariraya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Semoga sambutan lebaran dan amal di bulan Ramadhan pada kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

EM1M juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada EM1M samada secara langsung ataupun tidak. Semoga ALLAH memberkatinya.


Dan tidak juga kami lupakan, pandu dan tungganglah dengan cermat. Usahlah ditambahkan lagi statistik kecelakaan di jalanraya kita ini. Mulakan dengan Bismillah...insyaallah selamat. Ingatlah yang tersayang!

Salam Aidilfitri dari EM1M.

Wassalam
1M-CAH
Kuala Lumpur

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada semua team EM1M sekeluarga dari kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman, Irdina @ Hasmizal adalah pengikut setia perjalanan kami dari hari pertama hingga kini.
    Kesetiaan beliau dan rakan taulan yang lain juga adalah sebagai pembakar semangat kami berempat.
    TAHNIAH dan SYABAS EM1M ucapkan.
    Maaf Zahir Batin andai ada salah dan silap.
    Moga lebaran yang akan menjelma esok akan disambut dengan penuh ceria.

    Wassalam
    Azizi Hashim

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri...
    Tahniah buat team EM1M atas
    kejayaan ini.

    ReplyDelete