LONDON (United Kingdom) 3 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka
1Malaysia (EM1M) mengambil masa 62 hari dengan jarak perjalanan sejauh 20,941
kilometer (km) untuk tiba di sini.
Namun untuk perjalanan balik pasukan EM1M ke tanah air pada
Sabtu ini, hanya 12 jam diperlukan, semuanya kerana bantuan penajaan tiket
penerbangan oleh syarikat kebanggaan negara, Malaysian Airlines System Bhd.
(MAS).
Kami dijadualkan menaiki penerbangan MH01 dari Lapangan
Terbang Heathrow, di sini, pada pukul 10 malam (5 pagi waktu Malaysia) Sabtu
ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
kira-kira 5.30 petang Ahad ini.
Selain penajaan tiket, pengurusan MAS juga turut memberi
kelonggaran had berat bagasi secara percuma kepada pasukan EM1M bagi membolehkan
kami membawa balik kelengkapan lojistik yang dibawa sepanjang ekspedisi yang
bermula 1 Julai lalu.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan MAS amat kami hargai
dan ia ibarat pelengkap kepada perjalanan pasukan EM1M 'menawan' 18 buah
negara.
Bagi menyatakan rasa terimakasih kepada MAS, kami mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengurus MAS, Wilayah UK-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz di pejabatnya, di sini, petang Rabu lalu.
Bagi menyatakan rasa terimakasih kepada MAS, kami mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengurus MAS, Wilayah UK-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz di pejabatnya, di sini, petang Rabu lalu.
Dalam pertemuan berkenaan, Syed Abdillah menyatakan
kekaguman dengan kerjasama berpasukan dalam EM1M sekaligus membuktikan
1Malaysia bukannya satu impian kerana ia adalah realiti semasa di negara kita.
Beliau dalam pada itu turut menyatakan komitmen peribadi
untuk memastikan urusan perjalanan EM1M dengan MAS akan berjalan lancar.
Pasukan EM1M bersama Pengurus Wilayah MAS, Uk-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz (bertali leher) di pejabat MAS di London, UK |
Empat motosikal yang sama-sama melakar sejarah dengan
pasukan EM1M itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang dalam tempoh 20 hari.
Pada sebelah malam pula, kami sekali lagi berkunjung ke
Rumah Malaysia iaitu kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk
Zakaria Sulong untuk memenuhi undangan berbuka puasa.
Undangan berkenaan membuatkan kami terasa amat dihargai dan
ia ibarat satu penyudah kepada layanan mesra Duta-Duta Malaysia yang kami
terima sebelum ini seperti Roseli Abdul (Konsul Jeneral di Kunming,
China), Datuk Saw Ching Hong (Kazakhstan), Abdul Aziz Harun (Uzbekistan),
Datuk Saipul Anuar (Turki), Datuk Kamilan Makson (Hungary), Datuk Muhammad
Shahrul Ikram Yaakob (Austria), Datuk Ho May Yong (Switzerland) dan Tan Sri
Abdul Aziz Zainal (Perancis).
Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah
anak yatim oleh IRM, layari www.irm.org.my
atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 manakala untuk
mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi
Ahmad Shahiran di 016-5270969.
Alhamdulillah....rezeki bulan Ramadhan dan hari raya...Selamat pulang ke tanahair dan selamat hari raya Aidilfitri..
ReplyDeleteselamat pulang ke tanah air..selamat hari raya aidilfitri
ReplyDelete