Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, September 5, 2010

EM1M kunjungi ibu pejabat Islamic Relief

saiful haizan hasam

LONDON (United Kingdom) 4 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) semalam mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Islamic Relief (IR) di Birmingham yang terletak kira-kira 128 kilometer (km) dari sini.

Menyertai kami pada aktiviti rasmi terakhir EM1M ialah salah seorang daripada pemegang amanah Islamic Relief Malaysia (IRM), Marihah Suhaimi yang kebetulan berada di sini atas urusan keluarga.

Kunjungan berkenaan bertujuan mendapatkan gambaran jelas mengenai operasi IR di seluruh dunia termasuklah di Malaysia melalui IRM yang menjalinkan kerjasama dengan EM1M dalam program kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim.

Ketibaan kami di sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saleh Saeed dan Pengarah Kewangan dan Perkhidmatan, Haroun Atallah.

Kami yang dibawa bertemu seluruh warga kerja IR mendapati ia merupakan pertubuhan amal bertaraf dunia dengan struktur operasi tersusun yang menjadi kunci kejayaan sejak penubuhannya di Birmingham pada 1984.

Tenaga kerjanya mempunyai kepakaran tersendiri dan ada diantara mereka merupakan rakyat Malaysia antaranya, Pengurus Projek Sistem Kewangan, Syed Ihsan Syed Adam. Salah satu daripada kekuatan IR ialah mengumpul sumbangan melalui kaedah online yang dibuat secara telus sehingga membolehkan mereka menerima anugerah tempat kedua laporan kewangan dan akaun terbaik daripada 100 pertubuhan amal yang melakukan kutipan dana secara online pada tahun ini. 

United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom
Pasukan EM1M disambut Pengarah Kewangan dan Perkhidmatan Islamic Relief (IR), Haroun Atallah (kiri) sewaktu berkunjung ke ibu pejabat pertubuhan berkenaan di Birmingham, UK.
Kami kemudiannya dibawa melawat sebuah anak syarikat IR di Saltley yang terlibat dalam perniagaan kitar semula pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai di UK.

Mempunyai 50 kakitangan, syarikat berkenaan mencatatkan purata keuntungan tahunan lebih 200,000 Pound Sterling setahun yang digunakan untuk membiayai projek amal IR di seluruh dunia.


United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom
Pemandangan disekitar Birmingham, UK. 

Pada sebalah malamnya, kami menyertai majlis berbuka puasa di sebuah restoren yang dianjurkan IR dan turut disertai hampir 20 rakyat Malaysia yang bekerja dan melanjutkan pelajaran kebanyakannya di peringkat pengajian doktor falsafah (PhD.).

Mereka merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia anggota  Komuniti Melayu di Birmingham (MCIB), sebuah pertubuhan yang menggabungkan rakyat Malaysia di sini.Mereka melahirkan rasa bangga dengan pencapaian EM1M namun sebenarnya kami lebih kagum melihat pencapaian mereka yang baru berusia di sekitar awal 30-an tetapi sudah hampir menamatkan pengajian di peringkat PhD.

United Kingdom
United Kingdom United Kingdom
Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh IRM, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 6019-2665157/603-89486334 manakala untuk mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi Ahmad Shahiran di 6016-5270969.

1 comment:

  1. Semoga Allah memberkati segala usaha-usaha IRM....

    ReplyDelete