Maklumat dan sumbangan sila layari:


Saturday, September 4, 2010

MAS taja penerbangan balik EM1M

saiful haizan hasam

LONDON (United Kingdom) 3 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) mengambil masa 62 hari dengan jarak perjalanan sejauh 20,941 kilometer (km) untuk tiba di sini.

Namun untuk perjalanan balik pasukan EM1M ke tanah air pada Sabtu ini, hanya 12 jam diperlukan, semuanya kerana bantuan penajaan tiket penerbangan oleh syarikat kebanggaan negara, Malaysian Airlines System Bhd. (MAS).

Kami dijadualkan menaiki penerbangan MH01 dari Lapangan Terbang Heathrow, di sini, pada pukul 10 malam (5 pagi waktu Malaysia) Sabtu ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 5.30 petang Ahad ini.

Selain penajaan tiket, pengurusan MAS juga turut memberi kelonggaran had berat bagasi secara percuma kepada pasukan EM1M bagi membolehkan kami membawa balik kelengkapan lojistik yang dibawa sepanjang ekspedisi yang bermula 1 Julai lalu.

Kerjasama dan sokongan yang diberikan MAS amat kami hargai dan ia ibarat pelengkap kepada perjalanan pasukan EM1M 'menawan' 18 buah negara.
 
Bagi menyatakan rasa terimakasih kepada MAS, kami mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengurus MAS, Wilayah UK-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz di pejabatnya, di sini, petang Rabu lalu.

Dalam pertemuan berkenaan, Syed Abdillah menyatakan kekaguman dengan kerjasama berpasukan dalam EM1M sekaligus membuktikan 1Malaysia bukannya satu impian kerana ia adalah realiti semasa di negara kita.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan komitmen peribadi untuk memastikan urusan perjalanan EM1M dengan MAS akan berjalan lancar.

United Kingdom
Pasukan EM1M bersama Pengurus Wilayah MAS, Uk-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz (bertali leher) di pejabat MAS di London, UK
Sementara itu, pagi semalam pasukan EM1M menguruskan penghantaran balik motosikal Kawasaki Versys 650 melalui  perkhidmatan kargo laut dengan menghantarnya ke sebuah syarikat pembungkusan di Feltham, Middlesex.

Empat motosikal yang sama-sama melakar sejarah dengan pasukan EM1M itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang dalam tempoh 20 hari.

United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom

Pada sebelah malam pula, kami sekali lagi berkunjung ke Rumah Malaysia iaitu kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong untuk memenuhi undangan berbuka puasa.

United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom

Undangan berkenaan membuatkan kami terasa amat dihargai dan ia ibarat satu penyudah kepada layanan mesra Duta-Duta Malaysia yang kami terima sebelum ini seperti Roseli Abdul (Konsul Jeneral di Kunming, China),  Datuk Saw Ching Hong (Kazakhstan), Abdul Aziz Harun (Uzbekistan), Datuk Saipul Anuar (Turki), Datuk Kamilan Makson (Hungary), Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (Austria), Datuk Ho May Yong (Switzerland) dan Tan Sri Abdul Aziz Zainal (Perancis).  

Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh IRM, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 manakala untuk mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi Ahmad Shahiran di 016-5270969.

2 comments:

  1. Alhamdulillah....rezeki bulan Ramadhan dan hari raya...Selamat pulang ke tanahair dan selamat hari raya Aidilfitri..

    ReplyDelete
  2. selamat pulang ke tanah air..selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete