Maklumat dan sumbangan sila layari:


Thursday, September 2, 2010

Misi EM1M tamat secara rasmi

saiful haizan hasam

LONDON (United Kingdom) 1 Sept. - Lagu Negaraku yang berkumandang pagi semalam di Rumah Malaysia yang merupakan kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, di sini, cukup bermakna.

Ia menandakan berakhirnya Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang dilepaskan Menteri Pertahanan merangkap Penaung Kehormat EM1M, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi pada 1 Julai lalu.

Sambil mengalunkan bait-bait Negaraku dan lagu Jalur Gemilang, segala cabaran dan suka duka yang kami kutip di sepanjang perjalanan sejauh 20,941km merentasi 18 buah negara bermain di kotak fikiran kami.

Saat kemuncak bagi kami ialah apabila melihat Jalur Gemilang yang dinaikkan Staff Pembantu Penasihat Pertahanan, Staff Sarjan Ramlan Idrus berkibar megah di ruang udara London sebaik sahaja lagu Negaraku berakhir.
United Kingdom
Pasukan EM1M meraikan  kejayaan menamatkan perjalanan sejauh 20,941km bersama Zakaria Sulong (tengah) dan isteri Hazizah Ahmad serta rakyat Malaysia yang menyertai upacara menaikkan Jalur Gemilang di London, UK.
United Kingdom
Pasukan EM1M bersama Zakaria Sulong (tengah) di Rumah Malaysia, London, UK

United Kingdom United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom United Kingdom

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibacakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Zakaria Sulong benar-benar 'melekat' di minda kami.

Perutusan bertajuk '1Malaysia Menjana Tranformasi Negara' dirasakan amat dekat dengan hati kami yang berpeluang mengalami sendiri kelebihan 1Malaysia melalui komposisi peserta EM1M yang berbilang bangsa.
Dengan semangat 1Malaysia jugalah, kami bersatu hati tanpa memikirkan perbezaan kaum sehingga berjaya tiba di London menggunakan jalan darat bersama Kawasaki Versys 650 dalam masa 62 hari.

Pesanan Najib supaya semua rakyat berganding bahu dengan satu tekad kerana yang menghadkan kejayaan ialah kesanggupan untuk bekerja keras dapat kami rasakan kebenarannya kerana pasukan EM1M dianggotai oleh penunggang yang langsung tidak mempunyai pengalaman melakukan ekspedisi pada skala yang besar.

Namun dengan formula bersatu hati, melakukan persiapan terbaik dan sanggup bekerja keras, kami berjaya menyempurnakan misi EM1M walaupun sebelum ini ramai yang skeptikal dengan kemampuan kami.

Menyertai kami menghayati perutusan berkenaan dalam kedinginan cuaca London ialah isteri Zakaria, Datin Hazizah Ahmad, ketua-ketua jabatan dan rakyat Malaysia yang menetap dan menjalankan perniagaan di sini.
Dalam ucapannya selepas itu, Zakaria mengalu-alukan kehadiran kami yang disifatkannya sebagai wira negara - satu penghormatan yang kami rasakan terlalu besar untuk diberikan kepada pasukan EM1M.

Pada kami sesiapa sahaja boleh melakukan ekspedisi sebegini asalkan mereka melakukan perancangan yang baik kerana ia merupakan kunci kejayaan dan sesiapa yang gagal merancang, mereka sebenarnya merancang satu kegagalan untuk diri sendiri.

Sejurus majlis berakhir, kami meluangkan masa untuk bersiar-siar di pusat bandar London dengan harapan untuk merakamkan kenangan bersama Kawasaki Versys 650 di beberapa lokasi yang menjadi ikon bandaraya berkenaan seperti London Bridge, London Eye dan Trafalgar Square namun ia tidak kesampaian kerana kenderaan tidak dibenarkan berhenti di tepi jalan.


United Kingdom United Kingdom
United Kingdom United Kingdom

Bagaimanapun, ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga apabila dapat melihat reaksi penduduk tempatan yang bercakap sesama sendiri dan melihat kami dengan pandangan yang tidak percaya bahawa pasukan EM1M tiba di sini menggunakan motosikal.

Malaysia Boleh! dan salam kemerdekaan daripada pasukan EM1M di London.

EM1M turut mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dan untuk menyumbang secara online, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 manakala untuk mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi Ahmad Shahiran di 016-5270969.

2 comments:

  1. Berbangga dengan pencapaian tuan-tuan semua...dimana ada kemahuan...di situ ada jalan...

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat wira Malaysia dan kebanggaan buat warga Transmile Ops Subang

    ReplyDelete