Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, September 1, 2010

EM1M berjaya tiba di London

saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

LONDON (United Kingdom) 31 Ogos - Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selepas 20,941 kilometer (km) mengharungi perjalanan yang mencabar, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) berjaya tiba di sini tepat pukul 12.05 pagi waktu Malaysia (5.05 petang waktu tempatan).

Ia merupakaan saat yang cukup bermakna kerana pasukan EM1M tiba disini sewaktu genapnya 53 tahun pekikan 'merdeka' bergema di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru apabila bendera Union Jack terakhir diturunkan.

Lebih simbolik, pasukan EM1M memulakan perjalanan mereka pada 1 Julai lalu dari Kompleks Sri Utusan yang 'dilahirkan' akhbar Utusan Melayu- sebuah akhbar yang komited meniupkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini sewaktu era penjajahan.

Bagaimanapun, kejayaan pasukan EM1M tiba di sini hari ini tidak semudah yang disangka kerana diuji dengan cuaca sejuk dan tiupan angin kencang sepanjang perjalanan daripada Reims, Perancis.

Cuaca sejuk berkenaan membuatkan tangan kami terasa kebas kami  malah sekumpulan penunggang motosikal daripada United Kingdom (UK) yang kami temui mengakui mereka juga sukar untuk bertahan dalam keadaan tersebut.

France
Pasukan EM1M sewaktu tiba di Calais, Perancis
Menurut mereka, cuaca sejuk itu merupakan fenomena luar biasa kerana sekarang adalah penghujung kepada musim panas dan ia biasanya berlaku pada musim luruh, Oktober ini.

Sebagai alternatif,  semua anggota pasukan EM1M terpaksa menyarungkan baju hujan tajaan GIVI untuk memanaskan badan bagi membolehkan perjalanan diteruskan ke terminal Eurotunnel di Frethun untuk ke Folkestone, UK.

Sewaktu berada di Frethun, pasukan EM1M nyaris berdepan dengan masalah kerana penulis dan Chua Chern Kwang tidak menyedari bahawa kami berdua perlu menaiki keretapi Eurotunnel yang berbeza daripada Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim dan Maxwell Ripin.

Mujurlah Maxwell menyedari perkara tersebut, jika tidak pastinya kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih besar untuk menyeberangi Selat Inggeris bersama motosikal Kawasaki Versys 650.

Bayaran untuk setiap peserta dan motosikal masing-masing ialah 110 Euro dan sekiranya tempahan secara online dibuat terlebih awal, bayarannya hanya 60 Euro namun kami tidak berbuat demikian kerana khuatir tidak dapat tiba pada waktu yang dijadualkan.

Menggunakan perkhidmatan keretapi Eurotunnel ke Folkestone hanya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk perjalanan sejauh 50.5 km menggunakan terowong di dasar laut.
France
Kawasaki Versys 650 sewaktu berada di dalam keretapi Eurotunnel
France
Wajah gembira Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang kerana menghampiri
United Kingdom sewaktu berada di dalam keretapi Eurotunnel
Urusan membawa masuk dan keluar kenderaan daripada keretapi berkenaan berjalan lancar kerana ia dilakukan secara sistematik oleh pengurusan Eurotunnel.

Sejurus tiba di Folkestone, pasukan EM1M singgah di sebuah stesen minyak untuk meraikan kejayaan menjejakkan kaki di bumi UK yang menjadi negara terakhir dalam siri penjelajahan selama 62 hari.

Ada dikalangan kami yang menitiskan air mata sewaktu berpelukan sesama sendiri kerana terlalu gembira dengan kejayaan yang dilakar walalupun langsung tidak mempunyai pengalaman melakukan eskpedisi sejauh ini.

England
Pasukan EM1M sebelum memasuki London.
Di London, pasukan EM1M akan menginap selama lima hari di sebuah hotel di Lancaster Street dengan kos ditaja oleh ibu pejabat Islamic Relief (IR).

Sementara itu, pasukan EM1M akan melakukan perjalanan terakhirnya pagi ini daripada Lancaster Street ke kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakaria Sulong untuk menyertai upacara menaikkan Jalur Gemilang bersama rakyat Malaysia yang lain.

Selesainya upacara berkenaan pagi ini menandakan berakhirnya EM1M secara rasmi selepas menjelajah ke 18 buah negara bagi meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, menterjemahkan gagasan 1Malaysia dan dan mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM).

Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334  dan untuk mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net/em1m atau hubungi Ahmad Shahiran di 016-5270969.

9 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah pada semua yg involved dlm xpdc ni, congrats! u all suma TERBAIK!

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Kami di IRM bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana tuan-tuan telah selamat tiba di London. Semoga usaha kita ini diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Syukur... kibarkan Jalur Gemilang kita disana

    ReplyDelete
  4. Tahbiah buat semua...kerana berjaya mengharungi segala rintangan...perjalanan yang bermula dalam keadaan hujan lebat pada hari pertama, keadaan jalan yang teruk di China...semuanya berakhir dengan selamat...Syukur Alhamdulillah..akhirnya segala ujian berjaya diharungi dalam jangka waktu yang ditetapkan...Tahniah sekali lagi..Bak kata pepatah...kalau hendak seribu daya...

    ReplyDelete
  5. tahniah.malaysia boleh

    ReplyDelete
  6. Tanhiah n syabas...
    terbukti kawasaki Versys memang terbaik....

    Black Versys

    ReplyDelete
  7. Tahniah pada team yg berjaya sampai dengan selamat dan sempurna di London. Inspirasi buat semua rakyat Malaysia dalam suasana merdeka.
    Sorry tak dapat nak join ride & sambut kat London, kena keje pulak lepas bank holiday. Ape pun well done!

    ReplyDelete
  8. Tahniah all brotherhood ... Idup Malaysia

    SHAWAL HJ SHARIFF
    Versys Owner's Group

    ReplyDelete