Maklumat dan sumbangan sila layari:


Sunday, May 23, 2010

Tahniah kepada NALURI JALURMAS SDN BHD yang turut tampil menyumbang.



Syarikat Naluri Jalurmas Sdn Bhd yang beroperasi di Hulu Langat, Selangor dalam bidang perladangan ternakan, pembiakan serta pembekalan daging kambing segar telah muncul sebagai penyumbang terbaru bagi pengumpulan DANA PENUBUHAN 40 PERPUSTAKAAN ANAK YATIM yang digerakkan oleh pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini.


Syarikat yang dimiliki serta dikendalikan oleh 3 adik-beradik, Sharman, Reza serta Aizan masing-masing mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri, di mana salah seorang dari mereka juga adalah doktor veterinar.


Ketika ditanya mengapa mereka terpanggil untuk bersama menyumbang kepada dana ini, kata Aizan secara berseloroh , "Kerana kambing itu sendiri adalah ternakan 1MALAYSIA. Di mana semua bangsa dan ugama di Malaysia boleh memakannya tanpa was-was".


Kepada syarikat Naluri Jalurmas Sdn Bhd, jutaan terimakasih kami ucapkan di atas keprihatinan untuk bersama membantu mereka yang tidak bernasib baik ini. Moga ALLAH memberkati usaha mulia anda ini.

Kepada masyarakat majmuk Malaysia semua... Ayuh! Usah berlengah lagi untuk bersama-sama membantu golongan yang tidak bernasib baik ini!

Untuk menyumbang, sila hubungi kami di xpdc1malaysia@gmail.com ataupun layari www.irm.org.my bagi menyumbang secara online.




Wassalam
Ketua Xpedisi

No comments:

Post a Comment