Maklumat dan sumbangan sila layari:


Wednesday, May 5, 2010

DEMI ANAK YATIM - Menteri Besar N.Sembilan Sumbang RM50,000


"Saya tertarik dengan konsep dan objektif pasukan XPDC ini yang akan menjelajah dari KL ke Kota London dengan menggunakan sumber kewangan sendiri, namun masih lagi ingin membantu mereka-mereka yang tidak bernasib baik. Inilah yang patut dijadikan ikutan oleh masyarakat kita hari ini." kata Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di majlis penyerahan sumbangan yang telah dilakukan di Wisma Negeri, Seremban tengahari tadi.

Sumbangan dari pihak Menteri Besar, melalui agensi berkanun iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) itu telah diserahkan kepada Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim yang juga telah dihadiri oleh Pengarah Negara bagi Islamic Relief Malaysia, En Zawahir Abdullah.

Sumbangan ini akan digunakan oleh pihak Islamic Relief Malaysia untuk projek penubuhan 40 buah perpustakaan di rumah anak-anak yatim dengan kerjasama pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia.

Kepada Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hasan - Menteri Besar Negeri Sembilan, saya selaku Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ingin mengucapkan jutaan terimakasih di atas keprihatinan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ke atas mereka yang tidak bernasib baik ini.

Terimakasih di atas pesanan dan juga iringan doa dari Y.A.B Datuk untuk pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini. Insyaallah ianya akan dipermudahkan oleh ALLAH swt.

Kami semua mendoakan semoga ALLAH akan merahmati pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Y.A.B Datuk ke arah yang lebih cemerlang.

"Salam saya kepada semua peserta dan jadikan xpdc ini sebagai tunjang kemegahan bangsa dan anak Malaysia. Selamat maju jaya" antara sms yang dikirimkan oleh pengurusan tertinggi MBI.


Sekian, terimakasih.


Ketua Ekspedisi
KUALA LUMPUR

No comments:

Post a Comment