Maklumat dan sumbangan sila layari:


Thursday, December 16, 2010

Ekspedisi Bermotor Tingkatkan Imej Negara

Utusan Malaysia bertarikh 16 Disember 2010

Zahid Hamidi melihat cenderahati yang disampaikan oleh Kapten Azizi Hashim
yang terlibat dalam
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia Kuala Lumpur-London di Parlimen, semalam.
- utusan/Nooradzrene Mohd Noor

--------------------------------------------------------------------------------


Ekspedisi bermotor tingkatkan imej negara

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ekspedisi bermotor yang melibatkan rakyat Malaysia ke seluruh dunia boleh meningkatkan imej positif buat negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ekspedisi itu juga selari dengan slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat negara ini melakukan transformasi diri supaya lebih berkeyakinan pada masa akan datang.

Seperti contoh, katanya, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang dianggotai oleh peserta pelbagai kaum pada siri jelajah lalu membuktikan negara mempunyai aset masyarakat yang cekal serta mampu menempuh pelbagai halangan.

"Ia membuktikan jelajah EM1M ke seluruh dunia terutama melibatkan destinasi hingga London, seterusnya merayakan hari kebangsaan di sana adalah satu usaha cukup dibanggakan kerana saya faham perjalanan ini menempuh beberapa halangan yang tidak boleh ditempuh oleh penunggang biasa.

"Tetapi apabila ada kekentalan semangat, ia membuktikan rakyat Malaysia boleh sampai satu tahap kemampuan untuk terus bergerak. Tanpa semangat kental, kita tidak akan sampai ke destinasi," katanya.

Beliau yang juga Penaung Kehormat EM1M berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim di bangunan Parlimen hari ini.

Pada 1 Julai lalu, EM1M yang dianggotai dua penunggang Melayu, seorang Cina dan seorang Kadazandusun memulakan perjalanan penuh mencabar dari Bangi ke London yang berakhir pada 31 Ogos lalu dengan melalui 18 buah negara.

Ekspedisi itu merupakan simbolik untuk mengenang kembali proses perundingan hari kemerdekaan negara oleh sekumpulan pemimpin terdahulu yang diketuai Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman pada 1956.

Utusan Malaysia pula berperanan sebagai rakan media EM1M yang menyiarkan laporan mengenai perjalanan itu sepanjang ia berlangsung.

Dalam pada itu, Azizi berkata, EM1M merancang untuk mengadakan satu lagi ekspedisi jelajah ke seluruh negara pada masa depan.

No comments:

Post a Comment