Maklumat dan sumbangan sila layari:


Showing posts with label Xining-Qinghai Province. Show all posts
Showing posts with label Xining-Qinghai Province. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Day 15 CHINA: XINING, Qinghai Province to LINZE, Gansu Province

As usual we left Xining, Qinghai Province at 8am.
Heading NW to Linze.
Fm 8,000 ft, climb to 13,000 ft then descend to 6,000 ft.
Safely arvd Linze, Gansu Province.
The Silk Road North  just started.
Initially cold. But now is hot weather.

SMS diterima 6:07pm(Waktu Malaysia), 15 Julai 2010.
SMS received at 6:07pm(Malaysian Time), 15 July 2010

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu berada di Qilian, China

Gelagat anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu berehat di sebuah anak sungai di Qilian, China.

Anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) menikmati kopi untuk menghilangkan mengantuk di Qilian, China.

Bunga sejenis kacang yang dijadikan minyak menjadi tarikan pelancongan di kawasan pergunungan Tapan, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu berada di puncak pergunungan Tapan, China

Wednesday, July 14, 2010

Day 13 CHINA: HEZUO to XINING, Qinghai Province

On descend to lo level altitude frm Hezuo to Lanzhou.
Passing by Lanxia, a Muslim township area.
Having late bfast n clean up our bikes.
If time permit, direct to Xining which is abt 350km fm current location.
If we can make it. means we are 1 day ahead of our schedule.
Yehaaaaaa!
SMS diterima 10.59am(Waktu Malaysia), 13 Julai 2010
SMS received at 10.59am(Malaysian Time), 13 July 2010

~~~~~~~

Reached Xining, Qinghai Province.
Skip Lanzhou.
Took short cut route fm Hezuo.
1 day ahead fm orig sched.
Will spend xtra nite in Almaty, Kazakhstan.
Flu juz started due to rapid weather change.
Clocked 370km. Total distance 5,400km.
SMS diterima 7:11pm (Waktu Malaysia), 13 Julai 2010
SMS received at 7.11pm(Malaysian Time), 13 July 2010


Kapten Azizi Hashim menuang petrol dari sebuah tong khas kerana motosikal tidak dibenarkan mengisinya secara terus dari pam di Linxia, China.

Maxwell Ripin (kiri) dan Kapten Azizi Hashim sewaktu berada di hadapan sebuah restoren makanan Islam di Linxia, China.

Kanak-kanak beragama Islam bersama bendera Malaysia mini sewaktu pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) singgah di sebuah masjid di Linxia, China

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bersama seorang penduduk beragama Islam sewaktu singgah di sebuah masjid di Linxia, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar di hadapan sebuah pintu gerbang yang menampilkan seni bina China sewaktu dalam perjalanan ke Xining, China.

Kopiah putih lambang identiti komuniti Islam China

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

XINING (China) 15 Julai - Lelaki berkopiah putih dan wanita bertudung boleh dilihat dimana-mana sahaja sewaktu pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) meninggalkan bandar Hezuo yang terletak di Wilayah Gansu, semalam. Ia menandakan pasukan EM1M berada di kawasan penduduk beragama Islam di republik ini sekaligus menggembirakan Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim dan penulis kerana tidak perlu lagi menahan lapar untuk mencari makanan halal.

Kegembiraan yang sama turut dikongsi Maxwell Ripin yang merupakan penganut Kristian Adventist yang begitu teliti dalam aspek pemakanan dan turut 'berdiet' bersama anggota pasukan EM1M yang beragama Islam sejak berada di China. Restoren makanan halal tidak sukar untuk dikenal pasti di sini, kebanyakannya mempamerkan lambang bulan dan bintang atau masjid manakala pemiliknya pula berkopiah putih dan bertudung.

Walaupun berdepan dengan masalah komunikasi, Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim menjadikan ungkapan "Assalamulaikum Haji' sebagai salam perkenalan dan mereka pasti akan meraikan kedatangan kami dengan mesra. Sepanjang perjalanan ke sini, kami berpeluang melihat cara hidup masyarakat Islam yang amat membudayakan pemakaian kopiah sebagai lambang identiti mereka termasuklah di kalangan kanak-kanak.

Sementara itu, pasukan EM1M juga berdepan dengan pengalaman pelik dan melucukan sewaktu mengisi minyak sepanjang berada di Wilayah Gansu apabila motosikal tidak dibenarkan membuat pengisian di pam. Sebaliknya, semua penunggang perlu meninggalkan motosikal masing-masing di tepi stesen minyak dan mengisi petrol di dalam tong khas yang disediakan sebelum membimbitnya ke motosikal untuk dituang ke dalam tangki. Peraturan berkenaan dikuatkuasakan di seluruh Wilayah Gansu namun rasionalnya tidak dapat kami tafsir, apa yang pasti jika peraturan sedemikian dilaksanakan di negara kita, pasti akan bergema suara bantahan pelbagai pihak.

Bagaimanapun kami kagum dengan ketegasan pelaksanaan peraturan yang mengharamkan penggunaan telefon bimbit dan menghisap rokok di stesen minyak di seluruh China, kakitangannya tidak teragak-agak untuk menghalau sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berkenaan. Senario itu jauh berbeza di negara kita apabila papan tanda larangan perbuatan sedemikian hanya menjadi perhiasan dinding kerana tiada siapa yang mengendahkannya.

Pasukan EM1M tiba di bandar ini yang terletak di Wilayah Qinghai melalui Linxia kira-kira pukul 7 petang selepas 370 kilometer (km) mengharungi perjalanan yang paling mudah sejak memasuki China awal bulan ini.