Maklumat dan sumbangan sila layari:


Showing posts with label Panzhihua-Sichuan Province. Show all posts
Showing posts with label Panzhihua-Sichuan Province. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Day 9 CHINA: Mianning, SICHUAN Province

Left Panzhihua at 8am heading twd Mianning, SICHUAN.
Along the Yangtze n Sichuan river.
Coffee break for a while.
SMS yang telah diterima 9.24am(Waktu Malaysia), 9 Julai 2010
SMS received at 9.24am (Malaysian Time), 9 July 2010


Safely arrvd Mianning, SICHUAN.
Distance covered 305km. Total distance travelled 3,987 km.
What a nice ride.
Hot, cold n rain weather.
Smooth, gravel n offroad.
Everything we hv in 1 day. Everybody adapted to China road.
We njoyed every moment!
SMS yang telah diterima 7.28 malam (Waktu Malaysia), 9 Julai 2010.
SMS received at 7.28 pm (Malaysian Time), 9 July 2010.



Chua Chern Kwang memerhatikan kerja-kerja membasuh motosikal selepas mengharungi laluan yang becak di Mianning, China.


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia sewaktu berada di pinggir Sungai Yanzi, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan latar belakang Sungai Yanzi, China.

Motosikal Kawasaki Versys yang digunakan Saiful Haizan Hasam dikerumuni penduduk setempat sewaktu pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) berhenti rehat sewaktu menuju ke Mianning, China.


LAPORAN

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

MIANNING (China) 10 Julai - Jam di panel meter motosikal Kawasaki Versys 650 yang kami tunggani menunjukkan pukul 8 pagi. Lalu lintas di bandar Panzhihua, semalam, agak sibuk kerana orang ramai mengejar masa ke pejabat. Dalam kesibukan itu, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1) kehilangan arah untuk mencari jalan keluar menuju ke sini. Sudah dua kali kami dibawa berpusing di kawasan yang sama oleh penunjuk arah yang sepatutnya lebih arif dengan kawasan berkenaan berbanding kami yang merupakan rakyat asing.

Cukup sahaja tiga kali kami melakukan pusingan di kawasan yang sama, Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim yang berpandukan peta dan pengalaman 20 tahun mengemudi pesawat bertindak mengambil alih tugas sebagai penujuk arah. Pengalamannya amat membantu dan kami berjaya keluar dari kawasan pusat bandar dan mula menyusuri Sungai Yanzi yang merupakan sungai terpanjang di China merentasi 13 daripada 30 wilayah di republik ini.

Sungai ketiga terpanjang dunia itu menjadi saksi kepada permulaan peradaban China yang berpusat di sekitarnya dan semalam sungai berkenaan turut menyaksikan kegigihan empat rakyat Malaysia mempromosikan nama negara di peringkat antarabangsa. Selepas empat hari menunggang di China, pasukan EM1M turut mendapat pengalaman baru iaitu menunggang dalam hujan dengan permukaan jalan yang basah menjadikan cabaran yang ditempuhi semalam umpama pakej kerana ia turut membabitkan cuaca sejuk dan panas serta laluan 'off road'.

Bagaimanapun semua anggota ekspedisi dapat menempuhi cabaran berkenaan dengan baik.Perkembangan itu ternyata amat melegakan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang yang sebelum ini sentiasa memantau penulis dan Maxwell Ripin yang kurang pengalaman untuk menangani situasi mencabar di China. Buat pertama kalinya juga, pasukan EM1M berpeluang memecut dengan motosikal masing di China kerana sebelum ini purata kelajuan hanyalah di sekitar 40 hingga 50 kilometer/sejam (km/j) berikutan keadaan jalan raya dan kesibukan lalu lintas.

Setiap kali kami berhenti rehat, motosikal Kawasaki Versys yang kami gunakan pasti dikerumuni penduduk setempat kerana kerajaan China tidak membenarkan rakyatnya memiliki motosikal yang mempunyai kuasa melebihi 200cc. Sementara itu, pemerhatian kami mendapati China mempunyai sekelompok besar warga emas yang amat sihat fizikalnya. Kelompok ini boleh dilihat dengan ketara pada sebelah petang apabila mereka bersiar-siar di jalanan dan berkumpul di pekarangan rumah bersama rakan sebaya untuk minum petang sambil bersembang-sembang.

Menurut penunjuk arah kami, Michael, warga emas berkenaan mempunyai kesihatan yang baik kerana faktor pemakanan dan kerja-kerja berat yang dilakukan mereka sewaktu usia muda. Selepas mengharungi perjalanan sejauh 301km, pasukan ekspedisi akhirnya tiba di sini kira-kira pukul 6.30 petang. Mianning merupakan sebuah bandar baru yang dibina semula berikutan kerosakan yang dialaminya selepas gempa bumi melanda wilayah Sichuan dua tahun lalu dan terletak berdekatan pusat pelancaran satelit China di Xichang.

Day 8 CHINA: Panzhihua, Sichuan Province

Flagged-off  at Kunming by Malaysian Consulate General, Mr. Roseli Abdul at 8.15am. Currently at Yuanmou, elevation 7,000ft n enjoying our breakfast - Nasi Goreng cooked and tapau by Mrs. Khatijah...Mr. Roseli's wife. TQ Puan! 
SMS yang telah diterima 12.16pm(waktu Malaysia), 8 Julai 2010
SMS received at 12.16pm(Malaysian Time), 8 July 2010


Safely arvd Panzhihua, Sichuan Province fm Kunming. Just a lazy n santai ride. Nice roads n sceneries. Average speed, 60 km/h. Covered 320 kms for today.
SMS yang telah diterima 8.35pm (waktu Malaysia), 8 Julai 2010.
SMS received at 8.35 pm(Malaysian Time), 8 July 2010


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bergambar bersama Konsul Besar Malaysia di Kunming, Roseli Abdul (tiga dari kiri) di Kunming, China.

Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Roseli Abdul melepaskan pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) di Kunming.



Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu melalui jalan tidak berturap untuk menuju ke Panzhihua, China.


Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) menikmati nasi goreng yang dibekalkan oleh isteri Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Khadijah Kok Abdullah sewaktu menuju ke Panzhihua, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1malaysia (EM1M) bergambar di kemuncak tertinggi laluan yang mereka gunakan sewaktu menuju ke Panzhihua, China.

Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tetap ceria walaupun kepenatan mengharungi laluan tidak berturap sewaktu menuju ke Panzhihua, China.

After a day's rest...made more memorable courtesy of the hospitality received from the Malaysian Counsel General in Kunming i.e. Mr. Roseli Abdul and his hardworking team, it is with a heavy heart that the EM1M team is leaving Kunming...the Capital city of the Yunnan Province.

At 8am sharp, the immigration attache Azmi Jusoh recited some prayers followed immediately by the Counsel General waving the Malaysian flag signalling the EM1M Team being back on the saddle(road) again!

It took the team 40minutes to exit the bustling city. Lipin (Maxwell) was mumbling or rather rambling on and  on....

LAPORAN

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM

PANZHIHUA (China) 9 Julai - Selepas sehari berehat di Kunming dengan layanan mesra daripada seluruh kakitangan Pejabat Konsulat Malaysia yang diketuai oleh Konsul Jeneral, Roseli Abdul, hati kami terasa amat berat untuk meninggalkan ibu negeri wilayah Yunnan itu.

Namun apakan daya, perjalanan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) ke London masih jauh malah misi kami di China sendiri masih berbaki 17 hari lagi. Tepat pukul 8 pagi semalam selepas Atase Imigresen, Azmi Jusoh membacakan doa selamat, Roseli mengibarkan Jalur Gemilang sekaligus menandakan penjelajahan EM1M disambung semula.

Kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk keluar dari pusat bandar Kunming yang amat sibuk dengan lalu lintas. Berada di jalan rayanya bukan sahaja kereta dan motosikal malah skuter elektrik dan basikal. Kenderaan yang paling perlu diberi perhatian ialah skuter elektrik yang boleh meluncur laju tanpa sebarang bunyi. Kenderaan itu diletakkan dalam kategori basikal, justeru penunggangnya tidak diwajibkan memakai topi keledar. Kehadiran mereka kadangkala tidak kami sedari dan kerana itulah kami yakin kerajaan membuat keputusan tepat dengan tidak membenarkan kenderaan seumpamanya digunakan di jalan raya negara kita.

Keluar sahaja daripada pusat bandar, kami terus menerima ujian pertama iaitu kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer (km) di laluan yang tidak berturap kerana kerja-kerja naik taraf jalan utama. Bukannya angkuh, tetapi pengalaman diuji oleh keadaan jalan yang amat teruk dari Mojiang ke Kunming tiga hari lalu membantu kami menghadapi situasi berkenaan dengan mudah dan pantas.

Perjalanan ke Panzhihua, sebuah bandar yang dinamakan bersempena pokok kekabu diteruskan melalui jalan yang amat elok sehingga peserta EM1M berketurunan Kadazandusun, Maxwell Ripin berseloroh "Ini bukan China". Kami 'disambut' oleh ladang anggur di kiri dan kanan jalan menandakan kawasan berkenaan berada pada keduduukan tinggi daripada arus laut. Kedinginan mula terasa sewaktu kami mendaki kawasan berbukit bukau sehingga semua anggota eskpedisi mengaktifkan alat pemanas pemegang handle motosikal Kawasaki Versys 650 yang dipasang oleh Sunvay Cycle.

Dalam suasana yang dingin, perut kami yang belum bersarapan mula berkeroncong. Kami kemudiannya berhenti di kawasan ladang bawang untuk menikmati nasi goreng ayam yang dibekalkan oleh isteri Konsul Jeneral di Kunming, Khadijah Kok Abdullah. Sedikit sebanyak dapatlah menghilangkan kerinduan kami terhadap makanan ala Malaysia.

Landskap di sepanjang perjalanan memukau pandangan. Ketua ekspedisi, Kapten Azizi Hashim beberapa kali menghentikan perjalanan untuk merakamkan gambar kenangan sehingga penunjuk arah EM1M, Michael, menegur 'Ini pemandangan biasa sahaja, selepas ini lagi menarik". Keseronokan melalui kawasan lereng bukit pada ketinggian maksimum 2,594 meter daripada aras laut bagaimanapun terbantut kira-kira 50km daripada Panzhihua. Sekali lagi kami terpaksa menempuhi laluan tidak berturap.

Sewaktu Maxwell membebel-bebel kerana tidak menyangka akan diuji lagi sekali, penulis pula keseronokan kerana berpeluang menduga keupayaan Kawasaki Versys. Benarlah kata bidalan "Alah bisa tegal biasa".