Maklumat dan sumbangan sila layari:


Showing posts with label Hashimu(Azizi HASHIM). Show all posts
Showing posts with label Hashimu(Azizi HASHIM). Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Dari Keyboard 1M-CAH: Malaysia - Thailand - Laos!


"Andai kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga" itulah

pepatah yang selalu membantutkan tindakan kita untuk mara kehadapan.

Namun terkadang kita juga perlu pertimbangkan pepatah ini.


Tapi tidak pada kali ini. Lagu FIKIRKAN BOLEH dijadikan pegangan! 4 anak muda dari pelbagai bangsa yang dikepalai oleh saya yang semuanya tiada berpengalaman dalam bidang ini, ingin mencabar tahap kemampuan diri sendiri dari segi persediaan dan permotoran. Biarpun pelbagai halangan serta cabaran kami tempuhi sepanjang setahun yang lalu dalam peringkat persediaan, menyerah kalah tidak sekali. Suka dan duka lebih mendewasakan kami semua. Kerenah manusia kami hadapi dengan tabah biarpun terkadang sebak didada ini.

Pengorbanan kami akhirnya menjadi kenyataan. Ekspedisi Merdeka 1Malaysia - DEMI ANAK YATIM. Penjelajahan bermotorsikal dari Kuala Lumpur ke Kota London kami realisasikan. Sokongan yang kami terima pada hari pelepasan adalah bukti tiada jalan pintas untuk kita menggapai kejayaan. Tanggal 01 Julai 2010 - tarikh keramat bagi kami. Hari pelepasan tersebut adalah saksi kepada kesepakatan usaha kami untuk mencabar kemampuan diri sendiri walaupun cetek pengalaman telah membuahkan hasil.

Seperti yang telah saya tekankan, peringkat persediaan adalah 70% daripada keseluruhan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini. Kegagalan diperingkat persediaan adalah jalan menuju kegagalan bagi misi ini. Peringkat perjalanan hanyalah 30% sahaja.

Laluan PLUS ke Bukit Kayu Hitam kami susuri, hujan rahmat yang lebat dari Kuala Kangsar ke sempadan Malaysia-Thailand sehinggalah Patthalung tempat persinggahan pertama untuk kami, kami harungi dengan redha. Pagi yang sibuk di bandar Patthalung, bersarapan di pinggir jalan bukan perkara baru kepada saya. Mungkin pengalaman pertama bagi 1M-SHH dan 1M-MBR. Nakhon Pathom kami tujui dengan merentasi Segenting Kra. Laluan yang lurus amat membosankan kami.

Berita perihal permasalahan permit keluar di China dipertengahan perjalanan menambahkan sarat beban di kepala ini. Namun pastinya ada jalan penyelesaian. Ayuh Azizi!!! teruskan. Jangan biarkan ia menghantui anda.

Seperti biasa, bersarapan dengan apa yang ada diperjalanan, kami teruskan ke bandar sempadan Thailand-Laos iaitu Chiang Kong. 927 km berjaya diharungi. Rehatkan badan dan minda. Masih jauh lagi perjalanan kami. Pagi yang dingin di Chiang Kong. Bersemangat melintasi Sungai Mekong menuju ke Laos, kami direntapkan dengan berita ketiadaan perkhidmatan feri pada hari itu. Namun ALLAH swt telah menolong kami dengan memunculkan sebuah feri tanpa diduga.

ALLAH swt sekali lagi membantu kami dengan memudahkan pengurusan dokumen untuk melintasi Laos. Hanya 1 jam masa diambil. Tepat jam 12 tengahari, "ayuh sahabat!! kita ke sempadan China". Laluan yang disangka baik telah bertukar kepada keadaan jalanraya yang biasa bagi negara Laos. Tepat jam 4 petang, pasport kami telah di "chop" keluar oleh pihak immigresen Laos.

Jam 4.30 petang kaki serta motosikal kami telah berada di bumi Mohan, China. Agen pengurusan telah siap sedia menanti. Urusan dokumentasi diteruskan. Jam 5.30 petang, urusan selesai. Gambar kenangan sempat juga diambil. Teruskan perjalanan ke persinggahan pertama di bandar Mengla.

Tanggal 04 Julai 2010 tidak akan kami lupakan. Satu hari yang indah tanpa permasalahan birokrasi berserta pengalaman baru bermotorsikal di negara China yang telah menjadi kenyataan kepada saya dan rakan-rakan.

Bersambung.... negara China.

Wassalam

Azizi Hashim
Ketua Xpedisi
Xining, CHINA
14 Julai 2010

Tuesday, July 6, 2010

Day 5 CHINA: Mengla - Mojiang, Yunnan Province

Short distance, long day. Safely arvd in Mojiang, Yunnan province from Mengla. Shuang Bao hotel, new 4star. Cost us RM200 (1 Yuan = 50sen) for 2 rooms complete w breakfast. What a nice hotel! 2moro another long day to Kunming, China.Salam.
SMS yang telah diterima 10.06 & 10.50 mlm (waktu Malaysia) , Isnin 5 Julai 2010 
SMS received at 10.06 & 10.56pm(Malaysian Time), Monday 5th July 2010 



Chua Chern Kwang (kiri) Azizi Hashim dan Naxwell Ripin berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Mojiang, China.

Azizi Hahsim melihat lebihraya di China yang mengharamkan penunggang motosikal daripada menggunakan nya

Chua Chern Kwang sewaktu berehat dalam perjlanan ke Mojiang, China.


LAPORAN

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

MOJIANG (China) 6 Julai - "Hashimu, Hasamu, Lipin".

Begitulah nama Ketua Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) Kapten Azizi Hashim, penulis dan Maxwell Ripin yang tercatat pada lesen sementara China yang menjadi syarat wajib untuk dimiliki oleh mana-mana rakyat asing yang mahu menggunakan kenderaan bermotor  di negara ini. Selain daripada itu, motosikal Kawasaki Versysy 650 yang kami gunakan juga mendapat nombor pendaftaran baru. Motosikal yang dinaiki penulis umpamanya menggunakan nombor K00078 yang kebetulannya bersamaan dengan tahun kelahiran penulis.

Selepas segala urusan untuk mendapatkan dokumen berkenaan selesai, kami memulakan perjalanan ke Mojiang melalui jalan persekutuan kerana semua jenis motosikal tidak dibernakan menggunakannya atas tujuan keselamatan. Ejen yang menguruskan perjlanan EM1M di China,Michael, mencadangkan kami supaya menggunakan lebuhraya berkenaan secara haram jika mahu tiba di Mojiang dengan lebih cepat namun ia ditolak Azizi kerana tidak mahu mengmabil risiko apatah lagi kami membawa nama negara dan penaja.

Laluan persekutuan di China benar-benar mencabar dengan kesesasakan lalulintas yang disebabkan oleh kehadiran lori-lori besar manakala permukaaan jalannya terlalu banyak lubang dan rosak akibat kenderaan berat. Lebih memburukkan keadaan, kehadiran penunggang motosikal seperti kami langsung tidak dihiraukan. Perasaan berdebar-debar tidak dapat dielakkan setiap kali cuba memotong kenderaan di China namun kami amat bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Kami juga berpeluang menggunakan laluan persekutuan yang merentasi kawasan kampung di lereng-lereng bukit. Di laluan ini lalu lintasnya lebih tenang namun kami terpaksa menempuhi terlalu banyak selekoh yang amat memenatkan mental dan fizikal. Daripada laluan ini, kami dapat melihat keadaan lebuhraya China yang begitu canggih termasuklah beberapa lebuhraya yang masih dalam proses pembinaan yang menggunakan teknologi terkini kerana keadaan muka buminya yang berbukit bukau.

Bercakap mengenai pembangunan, penglaman hari pertama kami di China benar-benar membuka mata mengenai kekuatan ekonomi republik ini. Dimana-mana sahaja kelihat pembangunan kawasan baru. Umpamanya bandar baru Pu Er dan Mojiang yang sarat dengan bangunan besar dan bangunan yang rancak dibina walaupun iklim ekonomi dunia belum pulih sepenuhnya. Keadaan ini membuktikan bahawa China benar-benar serius untuk mengorak langkah ke depan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa ekonomi dunia.

"Hashimu, Hasamu, Lipin".


,,,is the name given to  Captain Azizi Hashim, Saiful Haizan and Maxwell Ripin which is stated in the China Temporary Licence which is a compulsory requirement for foreigners wanting to use motor vehicles in this country. In addition, the Kawasaki Versys 650 motorcycles used by the EM1M team were allocated new registration numbers. For example, Hasamu's (Saiful Haizan) motorcycle carries the registration number " K00078" which coincidentally is Hasamu's birthyear.

Know-How Consulting b/p (for) EM1M