Maklumat dan sumbangan sila layari:


Thursday, March 3, 2011

THE EM1M BOOK is Ready!

18 countries. 20941 kilometer. 62 days.
100% overland journey on Kawasaki Versys from Kuala Lumpur to London.

Multi racial riders.

Yes! The EM1M book is ready.
Riding A Dream / Kenyataan! Bukan Lagi Mimpi
Available in Malay and English version.

224 pages high quality and tonnes of photos included in this book. Get your copy/ies now at http://em1m.shakespot.net/

Limited stock. Hurry while stock last!









Regards

1M-CAH
Kuala Lumpur

Sunday, January 2, 2011

Syukur dan Tahniah!

1M-MBR @ Maxwell Ripin peserta EM1M berbangsa Kadazandusun yang berugama Kristian sebelum ini dengan rasminya telah memeluk agama Islam pada 29 Disember 2010. Beliau kini dikenali sebagai Adam Maxwell bin Ripin.

Tahniah dan syukur kepada saudara baru kita ini semoga beliau akan menjadi seorang Muslim yang terbaik. Amin.

Saya percaya, tanpa iringan doa dari tuan puan semua pastinya pelbagai kesulitan akan dilaui olehnya. Namun segalanya berjalan lancar berkat restu dan doa tuan puan. Terimakasih.

Syabas dan tahniah juga EM1M ucapkan kepada beliau yang telah dianugerahkan - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) bagi tahun 2010 baru-baru ini.

Dan difahamkan juga, kejayaan EM1M ini dijadikan asas pencalonan APC bagi Adam Maxwell bin Ripin.

-----------------------------------------------------------------------------

Begitu juga ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada 1M-SHH @ Saiful Haizan Hasam yang telah dipertanggungjawabkan oleh majikannya untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia bagi negeri Sarawak yang berpusat di Kuching mulai 01 Januari 2011.

Difahamkan, beliau juga antara Ketua Biro yang termuda pernah dilantik untuk menjawat jawatan tersebut dalam sejarah syarikat. Satu lagi sejarah peribadi dicipta olehnya. Syabas! Tunaikan tanggungjawab anda seikhlas-ikhlasnya dan terbaik mungkin.

Kepada anda berdua, EM1M ucapkan TAHNIAH! Selamat maju jaya dan 'we are proud of your achievement'.


Wassalam
1M-CAH
Kuala Lumpur

Thursday, December 16, 2010

Ekspedisi Bermotor Tingkatkan Imej Negara

Utusan Malaysia bertarikh 16 Disember 2010

Zahid Hamidi melihat cenderahati yang disampaikan oleh Kapten Azizi Hashim
yang terlibat dalam
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia Kuala Lumpur-London di Parlimen, semalam.
- utusan/Nooradzrene Mohd Noor

--------------------------------------------------------------------------------


Ekspedisi bermotor tingkatkan imej negara

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ekspedisi bermotor yang melibatkan rakyat Malaysia ke seluruh dunia boleh meningkatkan imej positif buat negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ekspedisi itu juga selari dengan slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat negara ini melakukan transformasi diri supaya lebih berkeyakinan pada masa akan datang.

Seperti contoh, katanya, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang dianggotai oleh peserta pelbagai kaum pada siri jelajah lalu membuktikan negara mempunyai aset masyarakat yang cekal serta mampu menempuh pelbagai halangan.

"Ia membuktikan jelajah EM1M ke seluruh dunia terutama melibatkan destinasi hingga London, seterusnya merayakan hari kebangsaan di sana adalah satu usaha cukup dibanggakan kerana saya faham perjalanan ini menempuh beberapa halangan yang tidak boleh ditempuh oleh penunggang biasa.

"Tetapi apabila ada kekentalan semangat, ia membuktikan rakyat Malaysia boleh sampai satu tahap kemampuan untuk terus bergerak. Tanpa semangat kental, kita tidak akan sampai ke destinasi," katanya.

Beliau yang juga Penaung Kehormat EM1M berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim di bangunan Parlimen hari ini.

Pada 1 Julai lalu, EM1M yang dianggotai dua penunggang Melayu, seorang Cina dan seorang Kadazandusun memulakan perjalanan penuh mencabar dari Bangi ke London yang berakhir pada 31 Ogos lalu dengan melalui 18 buah negara.

Ekspedisi itu merupakan simbolik untuk mengenang kembali proses perundingan hari kemerdekaan negara oleh sekumpulan pemimpin terdahulu yang diketuai Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman pada 1956.

Utusan Malaysia pula berperanan sebagai rakan media EM1M yang menyiarkan laporan mengenai perjalanan itu sepanjang ia berlangsung.

Dalam pada itu, Azizi berkata, EM1M merancang untuk mengadakan satu lagi ekspedisi jelajah ke seluruh negara pada masa depan.

TERISTIMEWA UNTUK ANDA SEMUA

 Terimakasih di atas sokongan dan doa tuan puan yang berterusan kepada EM1M!

IKHLAS DARI KAMI
Azizi Hashim
Saiful Haizan
Chua Chern Kwang
Maxwell Ripin
--------------------------
Grafik oleh: zulkawa@yahoo.com



Wednesday, December 15, 2010

Tirai EM1M 2010 dilabuhkan

Tirai EM1M 2010 telah dilabuhkan sebentar tadi di Bangunan Parlimen Malaysia
oleh YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi selaku Penaung Kehormat EM1M. Cenderamata kenang-kenangan dari EM1M telahpun diserahkan kepada beliau sebagai tanda ingatan dari kami.

Nantikan kemunculan buku terbitan khas di pasaran, EM1M - Kenyataan! Bukan lagi mimpi... yang akan menemui anda pada awal 2011 nanti.

Buku yang berkonsepkan panduan secara santai untuk dikongsi bersama masyarakat Malaysia serta dunia pada masa kini dan juga bagi generasi akan datang.
 
Terimakasih di atas sokongan tuan puan yang menjayakan EM1M.
 
Teruskan setia bersama kami...dan jumpa lagi di EM1M yang akan datang.


 
Segala memori dan pengalaman terindah kami bermula di sini pada 01 Julai 2010 yang lalu...


 
 
Wassalam
1M-CAH

Sunday, September 19, 2010

Cabaran EM1M di sempadan

Mingguan Malaysia dated on  19 Sept 2010:

Cabaran EM1M di sempadan


Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


SEBANYAK 18 buah negara telah dijelajahi pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) dalam tempoh 62 hari bermula 1 Julai hingga 31 Ogos lalu.

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke London itu, kami perlu berurusan dengan petugas imigresen dan agensi berkuasa berkaitan di pintu masuk negara asing sebanyak 12 kali.

Bagi anggota pasukan EM1M, hari menyeberangi sempadan negara merupakan hari yang paling mendebarkan kerana kami tidak tahu apa yang bakal berlaku.

Bagaimanapun apabila kemasukan kami diluluskan, ia menjadi hari yang paling menggembirakan kerana ia bermakna kami mara ke hadapan walaupun bakal diuji dengan cabaran baru.

Pelbagai pengalaman kami tempuhi sewaktu menguruskan prosedur memasuki negara asing, adakalanya proses yang mudah menjadi sukar gara-gara masalah komunikasi, namun apa pilihan yang kami ada?

Apapun ia merupakan pengalaman yang menarik kerana berpeluang melihat perbezaan undang-undang imigresen dan prosedur kemasukan di setiap negara.

Di China umpamanya, pasukan EM1M menyaksikan bagaimana ketatnya republik yang padat dengan penduduk itu mengawal penyebaran penyakit di pintu sempadan Mohan Port.

Semua kenderaan akan disembur secara automatik dengan sejenis cecair sewaktu melalui laluan khas dan bagi motosikal Kawasaki Versys 650 kami, semburan dilakukan secara manual pada bahagian tayar dan bawah motosikal.

Semua penunggang juga perlu menolak motosikal masing-masing sejauh 30 meter dengan enjin dimatikan untuk melintasi pos pengawal sempadan.

Pelbagai syarat lain dikenakan kepada kami, seperti perlu mendapatkan permit masuk ke setiap wilayah yang ingin dilalui selain diwajibkan memiliki lesen memandu dan nombor pendaftaran kenderaan sementara China.

Semua permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan perlu dibuat melalui agensi pelancongan dan permohonan secara individu tidak akan dilayan.

Proses keluar dari China di sempadan Kazakhstan mengambil masa hampir sehari suntuk dengan dokumen yang diperlukan hampir seinci setengah ketebalannya.

Memasuki Kazakhstan, kami dikejutkan dengan layanan mesra petugas di sempadan walaupun sebelum itu kami dijerkah oleh seorang anggota tentera kerana menggunakan laluan yang salah.

Mereka juga membantu dengan membawa kami ke kaunter imigresen dan mendahulukan urusan pasukan EM1M walaupun terdapat barisan panjang pelanggan lain.

Lain pula di Uzbekistan, kami perlu mengisi borang pengisytiharan jumlah wang tunai dan barangan berharga yang dibawa.

Dengan pengisytiharan itu, duit yang kami bawa keluar nanti tidak boleh melebihi jumlah yang telah dinyatakan dan jika ia berlaku, wang berkenaan akan dirampas khususnya mata wang yang mempunyai nilai tinggi seperti Pound Sterling, Euro dan Dollar.

Lebihan wang tunai yang dibawa keluar bermakna pengunjung berkenaan terlibat dalam kegiatan yang ditegah seperti berniaga atau bekerja sewaktu berada di sana.

Sewaktu keluar daripada pintu sempadan Uzbekistan, kami dapat melihat ada rakyat negara asing yang perlu mengira wang tunai yang dibawa di hadapan seorang petugas kastam.

Kami amat bernasib baik kerana langsung tidak diperiksa, baik dari segi wang tunai yang mahupun barangan yang dibawa dalam tong dan bagasi tajaan Givi Asia Sdn. Bhd. kerana salah seorang daripada kami telah membuat kesilapan pengisytiharan wang tunai dalam jumlah yang agak besar.

Memasuki Turkmenistan, kami berserah kepada takdir kerana menjangkakan bakal berdepan masalah birokrasi, lebih-lebih lagi dua penunggang motosikal dari United Kingdom (UK) ke Singapura yang kami temui di Uzbekistan memberitahu mereka mengambil masa sehari suntuk untuk memasuki negara berkenaan.

Di pintu masuk Turkmenistan, semua rakyat asing diwajibkan mengambil suntikan vaksin namun kami dikecualikan selepas mengemukakan sijil pengesahan suntikan yang dilakukan di Shah Alam beberapa minggu sebelum memulakan perjalanan.

Tidak sebagaimana maklumat yang diterima, urusan untuk melepasi sempadan Turkmenistan berjalan lancar malah beberapa petugas turut membantu urusan kami.

Cuma kami berdepan dengan sedikit masalah sewaktu mahu keluar dari Turkmenistan gara-gara ketiadaan visa Iran. Petugas imigresen Turkmenistan enggan melepaskan kami keluar walaupun dimaklumkan rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di Iran kurang daripada dua minggu.

Walaupun mereka sukar mempercayainya, kami akhirnya dibenarkan keluar selepas mengemukakan surat sokongan daripada Wisma Putra.

Isu ketiadaan visa Iran sekali lagi timbul sewaktu kami mahu keluar daripada republik Islam itu apabila petugas di kaunter imigresennya tidak tahu bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di sana kurang dua minggu.

Masalah berkenaan bagaimanapun selesai apabila dirujuk kepada pegawai atasannya.

Sementara itu, hanya tiga negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang kami lalui iaitu Bulgaria, Romania dan Hungary yang memerlukan pasport kami dicop dan selepas itu bagaikan tiada lagi sempadan negara yang wujud.

Corak cop yang digunakan amat ringkas, menggunakan bentuk petak, ia hanya memuatkan nama sempadan. Grafik kereta yang menandakan kemasukan adalah melalui jalan darat selain tarikh dan anak panah yang menunjukkan perjalanan keluar atau masuk.

Jika ada kompleks imigresen atau agensi berkaitan selepas itu, ia adalah kompleks kosong yang ditinggalkan manakala di pintu masuk kecil, hanya papan tanda yang menjadi penanda sempadan.

Kami juga bernasib baik kerana tidak berdepan masalah di sempadan Hungary. Maklumat yang kami terima selepas tiba di ibu negaranya, Budapest amat mengejutkan kerana sebelum ini pernah berlaku insiden kulit pasport rakyat Malaysia dikoyak oleh petugas imigresen.

Tindakan berkenaan hanyalah untuk melihat cip elektronik bagi memastikan ketulenannya gara-gara kes pemalsuan pasport Malaysia oleh pihak tertentu.

Pihak berkuasa sempadan terakhir yang kami berurusan ialah Imigresen UK, sebelum menaiki keretapi Eurotunnel di Frethun, Perancis .Secara teknikal sebenarnya penulis dan Chua Chern Kwang yang terpisah daripada Azizi Hashim dan Maxwell Ripin nyaris dinafikan kemasukan cuma kami tidak menyedarinya.

Ia kerana kami berdua memberikan jawapan 'bahaya' apabila memberitahu tidak pasti di hotel mana kami akan tinggal sepanjang berada di London. Mujurlah petugas berkenaan tidak meminta kami mengemukakan tiket penerbangan yang pada masa itu dipegang oleh Azizi sebagai bukti kami akan keluar dari UK dalam masa terdekat.


Apabila bertemu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Zakaria Sulong, barulah penulis dan Chern Kwang menyedari kesilapan yang telah dilakukan malah terdapat beberapa kes rakyat Malaysia dinafikan kemasukan ke UK hanya kerana gagal memberikan jawapan yang khusus mengenai tempat penginapan.


Zakaria dalam pertemuan itu turut menitipkan pesanan kepada rakyat Malaysia supaya menyimpan alamat penuh hotel atau rumah saudara mara dan rakan-rakan yang menjadi tempat menginap jika berkunjung ke UK beserta dengan nombor telefon bagi mengelakkan masalah berbangkit.


Kegagalan menyediakan maklumat tempat tinggal boleh menimbulkan kesangsian tentang tujuan kedatangan ke UK dan ia sudah cukup untuk petugas imigresen mereka menafikan kemasukan ke negara berkenaan.

Tuesday, September 14, 2010

EM1M GALLERY - To Be Uploaded SOON!

There are 8000++ photos to be sorted out. Stay tune with us.
"EM1M GALLERY" - From Malaysians to THE WORLD!

Teaser....teaser....teaser....

Fun time in CHINA

Tibetan's Village - Enroute from Danba to Hongyuang, CHINA

CHINA - Danba, Sichuan Province.

Almaty to Taraz, KAZAKHSTAN

Kazakhstani face - Almaty, KAZAKHSTAN



 
Wassalam for now.
1M-CAH
Kuala Lumpur