Mingguan Malaysia dated on 19 Sept 2010:
Cabaran EM1M di sempadan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
SEBANYAK 18 buah negara telah dijelajahi pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) dalam tempoh 62 hari bermula 1 Julai hingga 31 Ogos lalu.
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke London itu, kami perlu berurusan dengan petugas imigresen dan agensi berkuasa berkaitan di pintu masuk negara asing sebanyak 12 kali.
Bagi anggota pasukan EM1M, hari menyeberangi sempadan negara merupakan hari yang paling mendebarkan kerana kami tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Bagaimanapun apabila kemasukan kami diluluskan, ia menjadi hari yang paling menggembirakan kerana ia bermakna kami mara ke hadapan walaupun bakal diuji dengan cabaran baru.
Pelbagai pengalaman kami tempuhi sewaktu menguruskan prosedur memasuki negara asing, adakalanya proses yang mudah menjadi sukar gara-gara masalah komunikasi, namun apa pilihan yang kami ada?
Apapun ia merupakan pengalaman yang menarik kerana berpeluang melihat perbezaan undang-undang imigresen dan prosedur kemasukan di setiap negara.
Di China umpamanya, pasukan EM1M menyaksikan bagaimana ketatnya republik yang padat dengan penduduk itu mengawal penyebaran penyakit di pintu sempadan Mohan Port.
Semua kenderaan akan disembur secara automatik dengan sejenis cecair sewaktu melalui laluan khas dan bagi motosikal Kawasaki Versys 650 kami, semburan dilakukan secara manual pada bahagian tayar dan bawah motosikal.
Semua penunggang juga perlu menolak motosikal masing-masing sejauh 30 meter dengan enjin dimatikan untuk melintasi pos pengawal sempadan.
Pelbagai syarat lain dikenakan kepada kami, seperti perlu mendapatkan permit masuk ke setiap wilayah yang ingin dilalui selain diwajibkan memiliki lesen memandu dan nombor pendaftaran kenderaan sementara China.
Semua permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan perlu dibuat melalui agensi pelancongan dan permohonan secara individu tidak akan dilayan.
Proses keluar dari China di sempadan Kazakhstan mengambil masa hampir sehari suntuk dengan dokumen yang diperlukan hampir seinci setengah ketebalannya.
Memasuki Kazakhstan, kami dikejutkan dengan layanan mesra petugas di sempadan walaupun sebelum itu kami dijerkah oleh seorang anggota tentera kerana menggunakan laluan yang salah.
Mereka juga membantu dengan membawa kami ke kaunter imigresen dan mendahulukan urusan pasukan EM1M walaupun terdapat barisan panjang pelanggan lain.
Lain pula di Uzbekistan, kami perlu mengisi borang pengisytiharan jumlah wang tunai dan barangan berharga yang dibawa.
Dengan pengisytiharan itu, duit yang kami bawa keluar nanti tidak boleh melebihi jumlah yang telah dinyatakan dan jika ia berlaku, wang berkenaan akan dirampas khususnya mata wang yang mempunyai nilai tinggi seperti Pound Sterling, Euro dan Dollar.
Lebihan wang tunai yang dibawa keluar bermakna pengunjung berkenaan terlibat dalam kegiatan yang ditegah seperti berniaga atau bekerja sewaktu berada di sana.
Sewaktu keluar daripada pintu sempadan Uzbekistan, kami dapat melihat ada rakyat negara asing yang perlu mengira wang tunai yang dibawa di hadapan seorang petugas kastam.
Kami amat bernasib baik kerana langsung tidak diperiksa, baik dari segi wang tunai yang mahupun barangan yang dibawa dalam tong dan bagasi tajaan Givi Asia Sdn. Bhd. kerana salah seorang daripada kami telah membuat kesilapan pengisytiharan wang tunai dalam jumlah yang agak besar.
Memasuki Turkmenistan, kami berserah kepada takdir kerana menjangkakan bakal berdepan masalah birokrasi, lebih-lebih lagi dua penunggang motosikal dari United Kingdom (UK) ke Singapura yang kami temui di Uzbekistan memberitahu mereka mengambil masa sehari suntuk untuk memasuki negara berkenaan.
Di pintu masuk Turkmenistan, semua rakyat asing diwajibkan mengambil suntikan vaksin namun kami dikecualikan selepas mengemukakan sijil pengesahan suntikan yang dilakukan di Shah Alam beberapa minggu sebelum memulakan perjalanan.
Tidak sebagaimana maklumat yang diterima, urusan untuk melepasi sempadan Turkmenistan berjalan lancar malah beberapa petugas turut membantu urusan kami.
Cuma kami berdepan dengan sedikit masalah sewaktu mahu keluar dari Turkmenistan gara-gara ketiadaan visa Iran. Petugas imigresen Turkmenistan enggan melepaskan kami keluar walaupun dimaklumkan rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di Iran kurang daripada dua minggu.
Walaupun mereka sukar mempercayainya, kami akhirnya dibenarkan keluar selepas mengemukakan surat sokongan daripada Wisma Putra.
Isu ketiadaan visa Iran sekali lagi timbul sewaktu kami mahu keluar daripada republik Islam itu apabila petugas di kaunter imigresennya tidak tahu bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di sana kurang dua minggu.
Masalah berkenaan bagaimanapun selesai apabila dirujuk kepada pegawai atasannya.
Sementara itu, hanya tiga negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang kami lalui iaitu Bulgaria, Romania dan Hungary yang memerlukan pasport kami dicop dan selepas itu bagaikan tiada lagi sempadan negara yang wujud.
Corak cop yang digunakan amat ringkas, menggunakan bentuk petak, ia hanya memuatkan nama sempadan. Grafik kereta yang menandakan kemasukan adalah melalui jalan darat selain tarikh dan anak panah yang menunjukkan perjalanan keluar atau masuk.
Jika ada kompleks imigresen atau agensi berkaitan selepas itu, ia adalah kompleks kosong yang ditinggalkan manakala di pintu masuk kecil, hanya papan tanda yang menjadi penanda sempadan.
Kami juga bernasib baik kerana tidak berdepan masalah di sempadan Hungary. Maklumat yang kami terima selepas tiba di ibu negaranya, Budapest amat mengejutkan kerana sebelum ini pernah berlaku insiden kulit pasport rakyat Malaysia dikoyak oleh petugas imigresen.
Tindakan berkenaan hanyalah untuk melihat cip elektronik bagi memastikan ketulenannya gara-gara kes pemalsuan pasport Malaysia oleh pihak tertentu.
Pihak berkuasa sempadan terakhir yang kami berurusan ialah Imigresen UK, sebelum menaiki keretapi Eurotunnel di Frethun, Perancis .Secara teknikal sebenarnya penulis dan Chua Chern Kwang yang terpisah daripada Azizi Hashim dan Maxwell Ripin nyaris dinafikan kemasukan cuma kami tidak menyedarinya.
Ia kerana kami berdua memberikan jawapan 'bahaya' apabila memberitahu tidak pasti di hotel mana kami akan tinggal sepanjang berada di London. Mujurlah petugas berkenaan tidak meminta kami mengemukakan tiket penerbangan yang pada masa itu dipegang oleh Azizi sebagai bukti kami akan keluar dari UK dalam masa terdekat.
Apabila bertemu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Zakaria Sulong, barulah penulis dan Chern Kwang menyedari kesilapan yang telah dilakukan malah terdapat beberapa kes rakyat Malaysia dinafikan kemasukan ke UK hanya kerana gagal memberikan jawapan yang khusus mengenai tempat penginapan.
Zakaria dalam pertemuan itu turut menitipkan pesanan kepada rakyat Malaysia supaya menyimpan alamat penuh hotel atau rumah saudara mara dan rakan-rakan yang menjadi tempat menginap jika berkunjung ke UK beserta dengan nombor telefon bagi mengelakkan masalah berbangkit.
Kegagalan menyediakan maklumat tempat tinggal boleh menimbulkan kesangsian tentang tujuan kedatangan ke UK dan ia sudah cukup untuk petugas imigresen mereka menafikan kemasukan ke negara berkenaan.
Sunday, September 19, 2010
Tuesday, September 14, 2010
EM1M GALLERY - To Be Uploaded SOON!
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hariraya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Semoga sambutan lebaran dan amal di bulan Ramadhan pada kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.
EM1M juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada EM1M samada secara langsung ataupun tidak. Semoga ALLAH memberkatinya.
Dan tidak juga kami lupakan, pandu dan tungganglah dengan cermat. Usahlah ditambahkan lagi statistik kecelakaan di jalanraya kita ini. Mulakan dengan Bismillah...insyaallah selamat. Ingatlah yang tersayang!
Salam Aidilfitri dari EM1M.
Wassalam
1M-CAH
Kuala Lumpur
Semoga sambutan lebaran dan amal di bulan Ramadhan pada kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.
EM1M juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada EM1M samada secara langsung ataupun tidak. Semoga ALLAH memberkatinya.
Salam Aidilfitri dari EM1M.
Wassalam
1M-CAH
Kuala Lumpur
Monday, September 6, 2010
EM1M tidak berakhir - Azizi
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
SEPANG 5 Sept. - Misi Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tidak akan berakhir sebaliknya diteruskan pada masa akan datang dengan program dan pendekatan yang berbeza.
Ketua Ekspedisi EM1M, Kapten Azizi Hashim berkata, pendekatan EM1M pada masa akan datang mungkin agak berbeza tetapi ia tidak akan lari daripada objektif iaitu membuat kerja-kerja amal.
Beliau berkata, dalam masa dua tahun akan datang destinasi konvoi menggunakan motosikal berkuasa besar akan berubah ke tempat lain dan tidak ke London lagi untuk meneruskan jenama EM1M dalam mempromosikan negara.
"EM1M bukan sahaja mempromosikan Malaysia di setiap negara yang dilalui tetapi sebagai satu kelainan yang perlu ditonjolkan untuk memastikan tanggungjawab sosial membantu golongan yang memerlukan diteruskan.
"Pada masa akan datang, peluang akan diberikan kepada peserta lain dalam memberi peluang menjalankan tugas murni ini bagi memastikan EM1M tidak berhenti setakat di sini sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan pulang peserta EM1M dan berbuka puasa anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Penasihat Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Islamic Relief (IR) World Wide, Zawahir Che Abdullah.
Selain Azizi, EM1M itu dianggotai oleh Saiful Haizan Hasam (wartawan eksekutif Utusan Malaysia), Chua Chern Kwang dan Maxwell Ripin dengan menunggang motosikal Kawasaki Versys 650.
Antara negara dijelajahi konvoi itu adalah Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom
Perjalanan bermula 1 Julai hingga 31 Ogos itu dari Kuala Lumpur ke London itu mengambil masa selama 62 hari membabitkan perjalanan sejauh 20,941 kilometer (km) dengan merentasi 18 buah negara.
Sementara itu Zawahir berkata, selain mempromosikan negara, EM1M turut membuat amal bakti dengan mempromosikan kutipan dana untuk disalurkan kepada IRM yang akan menguruskan penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim.
Beliau berkata, program konvoi itu telah berjaya mengumpulkan dana untuk penubuhan tiga buah perpustakaan anak yatim dalam usaha melengkapkan bahan ilmu kepada golongan yang tidak bernasib baik itu.
"Selain buku mata pelajaran utama, bahan ilmiah lain seperti novel bahasa Inggeris, buku cerita dan bahan bacaan tambahan diletakkan di setiap perpustakaan ditubuhkan
"Sehingga kini, kita telah berjaya menubuhkan 10 perpustakaan untuk anak yatim di seluruh negara," katanya.
pengarang@utusan.com.my
| Para peserta EM1M (dari kiri) Maxwell Ripin, Saiful Haizan Hasam, Chua Chern Kwang dan Kapten Azizi Hashim menunjukkan isyarat bagus setibanya di KLIA, Sepang, semalam. - Utusan/HANAFI KHAMIS |

EM1M kembali ke tanahair
Pasukan EM1M telah selamat tiba di KLIA pada jam 5.55pm pada 5 Sept 2010. Telah disambut oleh rakan taulan serta sanak saudara yang setia menunggu dari jam 4.30 pm. Kelewatan tiba disebabkan kelewatan "ATC slot time " di lapangan terbang Heathrow, London.
Pesawat MAS B747 - MH 01 yang dikemudikan oleh Capt Anshaari serta krewnya telah melewati Eropah utara serta Eropah timur. Kemudiannya memasuki negara Iran di Quchan (berhampiran Mashad - lokasi pertama bagi EM1M membuat persinggahan di negara Iran. Kisah hotel USD5 per nite) seterusnya menghala ke Afghanistan dan India serta Teluk Bengal sebelum menghala ke Pulau Langkawi.
Kepada pihak MAS di London serta anak-anakapal, terimakasih di atas layanan yang telah diberikan. Dan kepada pihak MAS di Kuala Lumpur, jutaan terimakasih EM1M ucapkan di atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia: Kuala Lumpur-London ini.
Kepada semua yang menyokong kami, jutaan terimakasih kami ucapkan dan teruslah menyokong EM1M kerana ianya tidak akan berakhir di sini sahaja.

Sunday, September 5, 2010
EM1M kunjungi ibu pejabat Islamic Relief
saiful haizan hasam
Kami kemudiannya dibawa melawat sebuah anak syarikat IR di Saltley yang terlibat dalam perniagaan kitar semula pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai di UK.

Pemandangan disekitar Birmingham, UK.
Pada sebalah malamnya, kami menyertai majlis berbuka puasa di sebuah restoren yang dianjurkan IR dan turut disertai hampir 20 rakyat Malaysia yang bekerja dan melanjutkan pelajaran kebanyakannya di peringkat pengajian doktor falsafah (PhD.).
LONDON (United Kingdom) 4 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) semalam mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Islamic Relief (IR) di Birmingham yang terletak kira-kira 128 kilometer (km) dari sini.
Menyertai kami pada aktiviti rasmi terakhir EM1M ialah salah seorang daripada pemegang amanah Islamic Relief Malaysia (IRM), Marihah Suhaimi yang kebetulan berada di sini atas urusan keluarga.
Kunjungan berkenaan bertujuan mendapatkan gambaran jelas mengenai operasi IR di seluruh dunia termasuklah di Malaysia melalui IRM yang menjalinkan kerjasama dengan EM1M dalam program kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim.
Ketibaan kami di sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saleh Saeed dan Pengarah Kewangan dan Perkhidmatan, Haroun Atallah.
Kami yang dibawa bertemu seluruh warga kerja IR mendapati ia merupakan pertubuhan amal bertaraf dunia dengan struktur operasi tersusun yang menjadi kunci kejayaan sejak penubuhannya di Birmingham pada 1984.
Tenaga kerjanya mempunyai kepakaran tersendiri dan ada diantara mereka merupakan rakyat Malaysia antaranya, Pengurus Projek Sistem Kewangan, Syed Ihsan Syed Adam. Salah satu daripada kekuatan IR ialah mengumpul sumbangan melalui kaedah online yang dibuat secara telus sehingga membolehkan mereka menerima anugerah tempat kedua laporan kewangan dan akaun terbaik daripada 100 pertubuhan amal yang melakukan kutipan dana secara online pada tahun ini.
| Pasukan EM1M disambut Pengarah Kewangan dan Perkhidmatan Islamic Relief (IR), Haroun Atallah (kiri) sewaktu berkunjung ke ibu pejabat pertubuhan berkenaan di Birmingham, UK. |
Mempunyai 50 kakitangan, syarikat berkenaan mencatatkan purata keuntungan tahunan lebih 200,000 Pound Sterling setahun yang digunakan untuk membiayai projek amal IR di seluruh dunia.
Pemandangan disekitar Birmingham, UK.
Pada sebalah malamnya, kami menyertai majlis berbuka puasa di sebuah restoren yang dianjurkan IR dan turut disertai hampir 20 rakyat Malaysia yang bekerja dan melanjutkan pelajaran kebanyakannya di peringkat pengajian doktor falsafah (PhD.).
Mereka merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia anggota Komuniti Melayu di Birmingham (MCIB), sebuah pertubuhan yang menggabungkan rakyat Malaysia di sini.Mereka melahirkan rasa bangga dengan pencapaian EM1M namun sebenarnya kami lebih kagum melihat pencapaian mereka yang baru berusia di sekitar awal 30-an tetapi sudah hampir menamatkan pengajian di peringkat PhD.
Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh IRM, layari www.irm.org.my atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 6019-2665157/603-89486334 manakala untuk mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi Ahmad Shahiran di 6016-5270969.
Saturday, September 4, 2010
MAS taja penerbangan balik EM1M
saiful haizan hasam
Sementara itu, pagi semalam pasukan EM1M menguruskan
penghantaran balik motosikal Kawasaki Versys 650 melalui perkhidmatan
kargo laut dengan menghantarnya ke sebuah syarikat pembungkusan di Feltham,
Middlesex.

LONDON (United Kingdom) 3 Ogos - Pasukan Ekspedisi Merdeka
1Malaysia (EM1M) mengambil masa 62 hari dengan jarak perjalanan sejauh 20,941
kilometer (km) untuk tiba di sini.
Namun untuk perjalanan balik pasukan EM1M ke tanah air pada
Sabtu ini, hanya 12 jam diperlukan, semuanya kerana bantuan penajaan tiket
penerbangan oleh syarikat kebanggaan negara, Malaysian Airlines System Bhd.
(MAS).
Kami dijadualkan menaiki penerbangan MH01 dari Lapangan
Terbang Heathrow, di sini, pada pukul 10 malam (5 pagi waktu Malaysia) Sabtu
ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
kira-kira 5.30 petang Ahad ini.
Selain penajaan tiket, pengurusan MAS juga turut memberi
kelonggaran had berat bagasi secara percuma kepada pasukan EM1M bagi membolehkan
kami membawa balik kelengkapan lojistik yang dibawa sepanjang ekspedisi yang
bermula 1 Julai lalu.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan MAS amat kami hargai
dan ia ibarat pelengkap kepada perjalanan pasukan EM1M 'menawan' 18 buah
negara.
Bagi menyatakan rasa terimakasih kepada MAS, kami mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengurus MAS, Wilayah UK-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz di pejabatnya, di sini, petang Rabu lalu.
Bagi menyatakan rasa terimakasih kepada MAS, kami mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengurus MAS, Wilayah UK-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz di pejabatnya, di sini, petang Rabu lalu.
Dalam pertemuan berkenaan, Syed Abdillah menyatakan
kekaguman dengan kerjasama berpasukan dalam EM1M sekaligus membuktikan
1Malaysia bukannya satu impian kerana ia adalah realiti semasa di negara kita.
Beliau dalam pada itu turut menyatakan komitmen peribadi
untuk memastikan urusan perjalanan EM1M dengan MAS akan berjalan lancar.
| Pasukan EM1M bersama Pengurus Wilayah MAS, Uk-Ireland, Datuk Syed Abdillah Syed Aziz (bertali leher) di pejabat MAS di London, UK |
Empat motosikal yang sama-sama melakar sejarah dengan
pasukan EM1M itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang dalam tempoh 20 hari.
Pada sebelah malam pula, kami sekali lagi berkunjung ke
Rumah Malaysia iaitu kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk
Zakaria Sulong untuk memenuhi undangan berbuka puasa.
Undangan berkenaan membuatkan kami terasa amat dihargai dan
ia ibarat satu penyudah kepada layanan mesra Duta-Duta Malaysia yang kami
terima sebelum ini seperti Roseli Abdul (Konsul Jeneral di Kunming,
China), Datuk Saw Ching Hong (Kazakhstan), Abdul Aziz Harun (Uzbekistan),
Datuk Saipul Anuar (Turki), Datuk Kamilan Makson (Hungary), Datuk Muhammad
Shahrul Ikram Yaakob (Austria), Datuk Ho May Yong (Switzerland) dan Tan Sri
Abdul Aziz Zainal (Perancis).
Untuk menyumbang kepada dana penubuhan perpustakaan di rumah
anak yatim oleh IRM, layari www.irm.org.my
atau hubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 manakala untuk
mendapatkan baju-T EM1M edisi terhad, layari www.superyan.net atau hubungi
Ahmad Shahiran di 016-5270969.
Subscribe to:
Posts (Atom)