Maklumat dan sumbangan sila layari:


Monday, June 14, 2010

KAZAKHSTAN...here we come!!!

Kazakhstan's Flag

 


In view of the current political development in Kyrgyzstan especially at Osh,  we have decided to avoid Kyrgystan in total.

Bye bye Kyrgystan...

From Urumqi, China we are heading northwest to Kazakhstan border town... KORGAS instead of heading down south to Kashgar - Irkeshtam - Sary Tash in Kyrgystan! 

To Kazakhstan people... here we come to promote further people to people contacts between our two countries, MALAYSIA - KAZAKHSTAN !!

Regards and Wassalam
Xpedition Leader
KUALA LUMPUR

Situasi di Osh, Kyrgystan TIDAK STABIL!


Laluan pergunungan di Kyrgystan yang indah seperti ini mungkin tidak dapat kami rentasi.



OSH, Kyrgystan http://en.wikipedia.org/wiki/Osh adalah bandar kedua terbesar di Kyrgystan (Asia Tengah) yang juga menjadi salah satu tempat persinggahan di laluan kami kelak kini sedang mengalami keadaan tidak stabil di mana sekarang ini sedang berlakunya konflik antara etnik. Hingga kini ianya telah dilaporkan meragut lebih dari 100 nyawa akibat dari konflik tersebut.

Pasukan EM1M kini sedang menunggu perkembangan terkini dari pihak Kedutaan Malaysia di Tashkent serta Wisma Putra. Kami juga telahpun bersedia untuk membuat "detour" dengan mengelakkan dari memasuki negara Kyrgystan ini untuk ke Uzbekistan.

Negara Kazakhstan menjadi pilihan kami untuk meneruskan laluan ke Eropah.

Korgas, bandar sempadan antara negara China dan Kazakhstan akan kami gunakan untuk menghala ke Zharkent - Almaty - Merke - Taraz - Shymkent seterusnya ke Tashkent, Uzbekistan.

Perkembangan lanjut akan kami maklumkan dari masa ke semasa.

Another 16 days to go!

Stay tune and Wassalam.
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR.

Sunday, June 13, 2010

Another 17 DAYS to go!


SUNDAY - 13 June 2010, just another 17 days to go! As now, our Technical Director, Mr 1M-CCK struggling to complete our "weapons" preparation. The"LIMITED EDITON" Kawasaki Versys complete with the GIVI equipment.

You cannot miss to view this machine "live" on our flag-off day:  01 July 2010 - Thursday at Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi.

As todate, we are waiting for the Uzbekistan's visa which should be ready in a few days. The rest, almost completed.

Stay tune for further updates. Enjoy your weekend.

Wassalam
Xpedition Leader
Bandar SUNWAY

Friday, June 11, 2010

TEKNIKKOM ELEKTRONIK S/B turut menyokong EM1M

Syarikat bumiputera, Teknikkom Elektronik Sdn Bhd yang beribupejabat dan beroperasi di Klang adalah pengedar utama perkhidmatan komunikasi satelit "THURAYA" di Malaysia turut sama menyokong pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini.



TEKNIKKOM akan menyokong perkhidmatan komunikasi satelit secara talian telefon mudahalih "THURAYA XT" serta laluan internet mudahalih dengan menggunakan produk perkhidmatan satelit "THURAYA IP" bagi memastikan pasukan EM1M tidak terputus hubungan dengan dunia luar disepanjang tempoh kembaraan kami kelak.


Insyaallah dengan sokongan ini, laporan harian kami dapat dikemaskini disini dan juga disalurkan di media-media bagi memastikan kepuasan kepada ANDA mengikuti program EM1M ini.

SYABAS dan TERIMAKASIH kepada TEKNIKKOM!!!!

Laporan EM1M ini dibawakan oleh TEKNIKKOM - penyedia perkhidmatan satelit THURAYA di Malaysia.


Wassalam
Ketua Xpedisi
KLANG

Thursday, June 10, 2010

Terimakasih MECINDA!


Pelopor pembekal barangan kelengkapan menunggang motosikal, syarikat MECINDA yang berpusat di Kompleks Pertama, KUALA LUMPUR juga tidak ketinggalan menyumbang kelengkapan untuk penunggang.

SYABAS dan TAHNIAH kami ucapkan kepada pihak pengurusan MECINDA. Moga perniagaan tuan akan terus berkembang.

Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR

COUNTDOWN!!



Another 20 days to go!

Pantasnya masa berlalu. Persiapan jentera sedang rancak dilakukan oleh Pengarah Teknikal kami, Saudara 1M-CCK.

Barangan keperluan jentera telahpun diterima dari pihak KAWASAKI serta GIVI.
Kelengkapan penunggang dijangka akan diterima dalam tempoh 3-4 hari lagi.

Urusan dokumentasi hampir selesai kesemuanya.
Kepada mereka yang telah bersama-sama kami membantu persiapan ini, jutaan terimakasih diucapkan.

Moga ALLAH mempermudahkan segalanya.... AMIN!

Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR

Sunday, June 6, 2010

Majlis Doa Selamat untuk EKSPEDISI MERDEKA 1MALAYSIA - DEMI ANAK YATIM


Majlis DOA SELAMAT bagi Ekspedisi Merdeka 1Malaysia akan diadakan di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada:


Tarikh: 24 Jun 2010
Hari: KHAMIS
Masa: 7-9 malam

Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ini. Semoga ALLAH memberkati usaha kita ini.


Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR