Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2010:
90% SIAP WALAUPUN DANA MEMBANTU ANAK YATIM BELUM CUKUP
KUALA LUMPUR 30 Mei - Semangat peserta Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang akan berlepas pada 1 Julai ini berada pada tahap tinggi walaupun kutipan dana amal yang dipromosikan mereka belum memberangsangkan.
Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim berkata, pada masa ini persiapan EM1M yang disertai lima penunggang motosikal berkuasa tinggi pula hampir 90 peratus siap.
Katanya, jadual laluan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke London melalui China membabitkan jarak perjalanan darat sejauh 22,000 kilometer merentasi 18 buah negara juga tidak berubah.
"Kami mahu menyahut saranan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, caranya kami akan bantu dengan 'menjual' nama baik negara di pentas antarabangsa, inilah yang menjadi penguat semangat kami.
"Pada masa yang sama, kita turut mempromosikan kutipan dana bagi menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim yang merupakan inisiatif Islamic Relief Malaysia (IRM)," katanya di sini hari ini.
EM1M yang merupakan program kembara lasak bermotosikal bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan meraikan semangat 1Malaysia itu disertai peserta Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan Penaung Kehormat EM1M manakala akhbar Utusan Malaysia pula merupakan rakan media yang akan melaporkan pergerakan harian ekspedisi.
Mengulas mengenai kutipan dana semasa, Azizi berkata, pihaknya akan terus membuat promosi untuk membangkitkan kesedaran masyarakat.
Katanya, selain laporan akhbar, sekretariat EM1M turut melakukan promosi melalui blog rasmi dan laman sosial Facebook.
"Alhamdulillah, walaupun belum memberangsangkan, ia mula menunjukkan hasil. Kerajaan Negeri Sembilan umpamanya muncul sebagai penyumbang dana terbesar sebanyak RM50,000,'' katanya.
Ujarnya, bagi membolehkan lebih ramai tampil menyumbang, promosi kutipan dana oleh IRM akan terus dipergiatkan sehingga peserta ekspedisi kembali ke tanah air pada awal September ini.
"Kami akan terus mengadakan promosi untuk menarik lebih banyak sumbangan," katanya.
Untuk menderma secara online, layari www.irm.org.my manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 atau Rizqi Saladin 019-3322161 dan dengan melayari xpdc1malaysia.blogspot.com, Facebook di Ekspedisi Merdeka Kl-London dan e-mel xpdc1malaysia@gmail.com.
Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR
Tuesday, June 1, 2010
Thursday, May 27, 2010
Syarikat GULA PADANG TERAP Sdn Bhd juga tampil membantu anak yatim!
Pengeluar gula di utara Semenanjung Malaysia, Syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd yang berpengkalan di Kuala Nerang, Kedah juga telah turut sama menyumbang untuk DANA PENUBUHAN PERPUSTAKAAN ANAK YATIM yang digerakkan oleh pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia ini.
Tahniah dan syabas kami ucapkan atas keprihatinan pihak pengurusan GPT yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi Musa!
Moga ALLAH memberkati sumbangan GPT!
Ayuh kita bersama-sama membantu golongan anak yatim ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka melalui Islamic Relief Malaysia dengan melayari http://www.irm.org.my/ untuk menyumbang secara online atau hubungi kami di xpdc1malaysia@gmail.com .
Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR
Tahniah dan syabas kami ucapkan atas keprihatinan pihak pengurusan GPT yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi Musa!
Moga ALLAH memberkati sumbangan GPT!
Ayuh kita bersama-sama membantu golongan anak yatim ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka melalui Islamic Relief Malaysia dengan melayari http://www.irm.org.my/ untuk menyumbang secara online atau hubungi kami di xpdc1malaysia@gmail.com .
Wassalam
Ketua Xpedisi
KUALA LUMPUR
Monday, May 24, 2010
Thank you to the IRAN EMBASSY in Kuala Lumpur too!
We really appreciate your effort and co-operation to make this noble Xpedisi Merdeka 1Malaysia success as per plan and wish to further promote people to people contacts between our two countries MALAYSIA &IRAN.
Wassalam
Xpedition Leader
KUALA LUMPUR
Many thanks to KYRGYSTAN EMBASSY in Kuala Lumpur
Many thanks to Kyrgystan Embassy staff in Kuala Lumpur namely Mr. Azamat Kaibalier and Mr Baki for your kind assistance, hospitality and infos. I really enjoyed my visit to your office today.
We really appreciate your effort and co-operation to make this noble Xpedisi Merdeka 1Malaysia success as per plan and wish to further promote people to people contacts between our two countries MALAYSIA & KYRGYSTAN.
Thank you very much.
Xpedition Leader
KUALA LUMPUR
Sunday, May 23, 2010
Tahniah kepada NALURI JALURMAS SDN BHD yang turut tampil menyumbang.
Syarikat yang dimiliki serta dikendalikan oleh 3 adik-beradik, Sharman, Reza serta Aizan masing-masing mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri, di mana salah seorang dari mereka juga adalah doktor veterinar.
Ketika ditanya mengapa mereka terpanggil untuk bersama menyumbang kepada dana ini, kata Aizan secara berseloroh , "Kerana kambing itu sendiri adalah ternakan 1MALAYSIA. Di mana semua bangsa dan ugama di Malaysia boleh memakannya tanpa was-was".
Kepada syarikat Naluri Jalurmas Sdn Bhd, jutaan terimakasih kami ucapkan di atas keprihatinan untuk bersama membantu mereka yang tidak bernasib baik ini. Moga ALLAH memberkati usaha mulia anda ini.
Kepada masyarakat majmuk Malaysia semua... Ayuh! Usah berlengah lagi untuk bersama-sama membantu golongan yang tidak bernasib baik ini!
Untuk menyumbang, sila hubungi kami di xpdc1malaysia@gmail.com ataupun layari www.irm.org.my bagi menyumbang secara online.
Wassalam
Ketua Xpedisi
Saturday, May 22, 2010
COUNTDOWN.... another 39 DAYS TO GO!
KAWASAKI bikes are ready! GIVI equipment all ready!
Just another 39 days to go.
Flag-off will be held on 01 July 2010 and our journey will be ended in London on 31 August 2010.
SAKE OF THE ORPHANAGES
Do not forget to contribute
Visit
for further infos.
Thank you and Wassalam.
Friday, May 21, 2010
Merci to MALAYSIA AIRLINES!!!
Yessss... MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS), our National Airline has come forward to support this historical and noble charity event too!
Many thanks to Miss Nova, Indra, Tg Zubaidah, Fazleen and Sabrina who are involved to make this charity programme success!!
Our salute to you all. MH is MALAYSIAN HOSPITALITY
Thanks and regards.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

