Maklumat dan sumbangan sila layari:


Thursday, December 16, 2010

Ekspedisi Bermotor Tingkatkan Imej Negara

Utusan Malaysia bertarikh 16 Disember 2010

Zahid Hamidi melihat cenderahati yang disampaikan oleh Kapten Azizi Hashim
yang terlibat dalam
Ekspedisi Merdeka 1Malaysia Kuala Lumpur-London di Parlimen, semalam.
- utusan/Nooradzrene Mohd Noor

--------------------------------------------------------------------------------


Ekspedisi bermotor tingkatkan imej negara

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ekspedisi bermotor yang melibatkan rakyat Malaysia ke seluruh dunia boleh meningkatkan imej positif buat negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ekspedisi itu juga selari dengan slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat negara ini melakukan transformasi diri supaya lebih berkeyakinan pada masa akan datang.

Seperti contoh, katanya, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang dianggotai oleh peserta pelbagai kaum pada siri jelajah lalu membuktikan negara mempunyai aset masyarakat yang cekal serta mampu menempuh pelbagai halangan.

"Ia membuktikan jelajah EM1M ke seluruh dunia terutama melibatkan destinasi hingga London, seterusnya merayakan hari kebangsaan di sana adalah satu usaha cukup dibanggakan kerana saya faham perjalanan ini menempuh beberapa halangan yang tidak boleh ditempuh oleh penunggang biasa.

"Tetapi apabila ada kekentalan semangat, ia membuktikan rakyat Malaysia boleh sampai satu tahap kemampuan untuk terus bergerak. Tanpa semangat kental, kita tidak akan sampai ke destinasi," katanya.

Beliau yang juga Penaung Kehormat EM1M berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim di bangunan Parlimen hari ini.

Pada 1 Julai lalu, EM1M yang dianggotai dua penunggang Melayu, seorang Cina dan seorang Kadazandusun memulakan perjalanan penuh mencabar dari Bangi ke London yang berakhir pada 31 Ogos lalu dengan melalui 18 buah negara.

Ekspedisi itu merupakan simbolik untuk mengenang kembali proses perundingan hari kemerdekaan negara oleh sekumpulan pemimpin terdahulu yang diketuai Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman pada 1956.

Utusan Malaysia pula berperanan sebagai rakan media EM1M yang menyiarkan laporan mengenai perjalanan itu sepanjang ia berlangsung.

Dalam pada itu, Azizi berkata, EM1M merancang untuk mengadakan satu lagi ekspedisi jelajah ke seluruh negara pada masa depan.

TERISTIMEWA UNTUK ANDA SEMUA

 Terimakasih di atas sokongan dan doa tuan puan yang berterusan kepada EM1M!

IKHLAS DARI KAMI
Azizi Hashim
Saiful Haizan
Chua Chern Kwang
Maxwell Ripin
--------------------------
Grafik oleh: zulkawa@yahoo.com



Wednesday, December 15, 2010

Tirai EM1M 2010 dilabuhkan

Tirai EM1M 2010 telah dilabuhkan sebentar tadi di Bangunan Parlimen Malaysia
oleh YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi selaku Penaung Kehormat EM1M. Cenderamata kenang-kenangan dari EM1M telahpun diserahkan kepada beliau sebagai tanda ingatan dari kami.

Nantikan kemunculan buku terbitan khas di pasaran, EM1M - Kenyataan! Bukan lagi mimpi... yang akan menemui anda pada awal 2011 nanti.

Buku yang berkonsepkan panduan secara santai untuk dikongsi bersama masyarakat Malaysia serta dunia pada masa kini dan juga bagi generasi akan datang.
 
Terimakasih di atas sokongan tuan puan yang menjayakan EM1M.
 
Teruskan setia bersama kami...dan jumpa lagi di EM1M yang akan datang.


 
Segala memori dan pengalaman terindah kami bermula di sini pada 01 Julai 2010 yang lalu...


 
 
Wassalam
1M-CAH